Jumaat, 2 September 2011

Booo Dah Kena Balik Universiti

Dalam beberapa hari lagi, pelajar baru yang mengambil kursus Sarjana Muda bagi lepasan Matrik dan juga STPM akan mendaftar di IPTA / IPTS yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Jadi aku nak ucapkan selamat menghadapi minggu Orientasi yang memenatkan kepada anda semua.

Dalam minggu orientasi, penat lelah tu semua boleh ditahan lagi. Apa yang paling Annoying adalah sikap senior yang Kepoh especially senior perempuan ? Am I rite ? hu hu memang aku agak Damn !! sikit dengan senior perempuan yang jaga minggu orientasi kerana mereka sangat bising. Bajet Bagus la tu.. Weekkkk


Tapi mujur la dalam ramai-ramai tu ade jugak senior perempuan yang baik dan berlemah lembut. Haaaa yang ni la baru betol. Yang kecoh dan memekik tak tentu pasal tu memang rasa nak langgar laju-laju je. Dah la memekik kat student baru lepas tu pandai pula berlembut dengan senior lelaki lain. Serius Damn !!

Ok ok dah la cakap pasal senior perempuan yang kecoh. Kang ada yang tersentap bila baca post blog aku ni. Apa pun aku nak ucap selamat menempuh minggu orientasi dengan gembira. Penat lelah, demam, kurang selera makan, dan kurang mandi tu semua dah jadi adat minggu orientasi. Alaaa seminggu je. Tahan la sikit. Lepas seminggu tu merdeka la anda semua.

p/s : Aku buat entri ni supaya Senior Perempuan yang jaga korang tak bising lepas ni. hahaha

Comments
14 Comments

14 ulasan:

mizz_pua berkata...

aq harap sempat la nak mandi...haha..jgn la dpt fasi pompuan yg mcm tue...

sergeant keroro berkata...

boooo.. booooo..

p/s : ko baca tak steins gate kat mangastream? best wooo

CIK PARO! berkata...

teringt zamn orientasi dulu..

Zul Fattah berkata...

booo.. padam muka ko.. fesi popuan yg tak cantik dan suka kepoh tu.. boo..

sama r Oh.. masa minggu orientasi dulu.. meyampah betul.. so aku tak pergi r.. tidor kat bilik lagi best.. haha

Qaseh berkata...

:) sudden aku terflash back time jadi junior, senior kepoh mmg buat aku meluat... terpekik2..tunjuk diorang punye sifat kepimpinan.. argghh..paling aku geram bile fasi pmpuan mengade2 dgn fasi lelaki.. hadddoiii..
tapi yang lelaki pun ade..aku ingat fasi time orientasi dulu.. aku dgn kwn2 pnggil die tembikai, sbb bile die nganga bukak mulot nak bg arahan..sumpah muke die mengembang mcm tembikai.. hahahah, okay my bad...

then msuk degree, aku tukar kos, time orientasi aku hilang..aku gi daftar and letak barg je.. smggu tu aku cabut g stay U kwn aku... hahahahah.

FaKArePa!n berkata...

mmg entri utk attack senior perempuan ni..haha

ANISA berkata...

minggu orientasi...tak berape suka...wahahaha...
nasib dah nak masuk third year...

Blogger Newbie berkata...

haha kenapa eik senior pompuan yang selalu perangai cam ni. baget bagus. ekekeke

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

hahaaa . kepohhh ..

Saiazuan berkata...

haha aku ada beberapa hari je nk lepak umah ni

Ezad Skytech berkata...

yang bajet2 ni den tak gomar ni..haha~

azeelia azman berkata...

cool..mmg stuju sgt.haha.

sgt xsuka orientasi sbb itulahh

:D

TK berkata...

tak suka orientasi...
lambat turun kena marah, tak nak turun senior serbu bilik paksa turun...
huhu~
pernah sekali tu tak sempat nak mandi pun...

Mohd Azrul Aziim berkata...

alamak, harap2 aku bukan dlm senior kepoh tu. Haha. Aku pernah jaga orientasi ni, tapi kena jaga unit agama, sukan dan riadah.

Yg susah jadi faci ni, kitorang kena tido pukul 3 pg kadang2 4 pg, bangun pulak pukul 5 pagi untuk kejutkan junior bagun solat subuh. tapi xpem, kenangan tu

 
Related Posts with Thumbnails