Jumaat, 9 September 2011

Blogwalking Di Luar Kawasan

Ramai blogger ( termasuk aku ) tidak blogwalking pada luar kawasan kecuali bagi yang benar-benar ingin menambah kenalan / follower dan juga meningkatkan trafik. Maksudnya mereka hanya blogwalking melalui blog yang di follow sama ada melalui bloglist atau Dashboard.

Sebenarnya cara ini tidak berapa bagus kerana dianggap tidak berapa berkembang akibat daripada membaca blog yang sama pada setiap hari. Hari ni lawat blog ni, esok pun lawat blog ni, lusa tulat dan tahun depan ? Nak lawat blog yang sama pada setiap hari jugak ke ?


Tak salah nak lawat blog yang sama tiap kali blogwalking demi menambah keakraban kawan dalam blog. Erkkk loya betul ayat aku. Tapi melalui cara macam ni kita tidak akan nampak dunia sebenar mengenai blog.

Kat luar sana ada berpuluh ribu blog dan website yang mana terdiri daripada pelbagai kategori antaranya adalah Peribadi, sukan, SEO, hiburan, lawak, informasi, mengarut, dan macam-macam lagi. Jadi sekali sekala kena luangkan juga masa melawat / blogwalking di blog yang kita tak pernah follow.


Kalau malas sangat nak cari, kat Facebook tu ada belambak ping blog yang kita tak pernah nak lawat dan semuanya mempersembahkan entri yang menarik. Jangan hanya duk berjalan dalam kawasan sendiri je dan jangan hanya stay pada beberapa blog yang bagus.

Jangan pula kerana kita ni blog personal, maka yang kita baca pun hanya blog personal je. Cara macam ni akan sempitkan lagi fikiran dalam blog dan silap hari bulan boleh buntu dan takde idea nak tulis dalam blog. Rajinkan diri melawat blog yang tidak pernah kita kunjungi. Ada banyak manfaat disamping menambah pengetahuan dan pengalaman melalui pembacaan yang pelbagai.

p/s : Merepek memang panjang. Tapi aku tak buat pun sebab malas. ha ha ha :D
Comments
15 Comments

15 ulasan:

Luqeem™ berkata...

aku pun ikut mood klu nak jejak luar kawasan ni..kdang2 tkut trlpas lak yang dlam kawasan..hee

Shaherah berkata...

hahah dlm sebulan dua bulan ni tak keluar.. memang tak berkembang..

Ezad Skytech berkata...

ada la jugak buat BW di luar kawasan ni...tapi kadang2 je..haha~

^^nu[dd]yra^^ berkata...

aku slaloo bw kat dalam kawasan jer.....yg dalam kawasan pon x habes jalan weh....adoi~

aimie amalina berkata...

aiyaaaaaak
hahahaha
tula.selalu nk bua cm tu
tapi tak terbalas
huhuhuhu...
mcm2 nak kejo..huhuhuhu

sha my heart berkata...

suka juga keluar dri kwsn, bila rajin jer.

Nak jugak bw di luar kawsn tpi line lembap tidak mengizinkan.. kena jaga yg dlm kwsn dulu takut tercicir pula.

nice n3

Bella berkata...

Betul tu... Kadang2 idea mencurah-curah dtg bila lawat blog di luar kawasan.. hehe

SuzaDin berkata...

suker jln sume tempat hehehe :)

sergeant keroro berkata...

haha, kadang2 jek :P

p/s : join segmen jom, muahaha XD

yatie Awang berkata...

kalau kakak rajin dan ada masa banyak, baru kakak terjah blog2 yg tidak biasa diterjah, dan followers2 lain, tapi tetap terjah hehehe

[sutera kasih] berkata...

eee...saya jugak tu huhu
sebab mcm xsempat nk keluar kawasan.
lawat dalam kawasan pun dh makan masa berjam2 huhu

iMBobo berkata...

macam xcukup masa nk pergi jauh2 hehehe

iPai berkata...

erk .. terasa plak .. memang selalu lawat geng2 je .. jarang nak pg yg jauh2 .. hee .. kadang2 tak sempat laa plak .. uhuh

juanita berkata...

Mula2 BW dlm kawasan.
Dah setel tu, baru ke luar kawasan :)

era kecik berkata...

betul3 . tapi , selalunya ta sempat . nak lawat yang dalam bloglist pon tak sempat . =='

 
Related Posts with Thumbnails