Isnin, 26 September 2011

Berjalan Bersama Anjing ... aauuuwwww

Semalam aku dengan seorang kawan duk berjalan sepanjang 3+ km daripada kolej kediaman unimap lepas tu tawaf sawah padi sampai la jumpa balik ke kolej kediaman. Semalam tempoh berjalan kaki sampai 1 jam tanpa henti dan bila balik ke rumah, habis 1 badan rasa sengal dan kepala jadi penin.

Hari ni aku dengan kawan semalam teruskan berjalan lagi mengikut laluan yang sama cuma petang ni kami jalan laju sikit. Perjalanan yang memakan masa selama 1 jam pun sudah short menjadi 50 minit je. Pergghh rasa syok gila dapat habiskan berjalan tawaf 1 kawasan sawah padi.

Tapi yang paling tak syoknya dekat kawasan tu banyak anjing. Memang la anjing tu tak kejar atau tak gigit tapi nak lalu tu agak seriau la. Tadi ada seorang pakcik naik basikal bawak 2 ekor anjing yang dilepaskan. Dah la datang bertentangan dengan aku, memang seriau habis bulu roma bila dekat.


Anjing tu pulak berhenti depan aku sambil mata dia terkebil-kebil dan hidung dia macam mengidu sesuatu. Tapi anjing tu hanya berhenti dan tengok aku jalan je la. Mujur la tak datang dekat, kalau tak habis kentar kepala lutut aku. Demn !! memang aku sangat tidak suka kepada anjing. Saiko habis.

Roomate aku pulak lagi kelakar. Suatu pagi dia naik basikal duk kayuh tepi sawah lepas tu ada anjing kejar-kejar basikal yang dia naik tu. Kawan aku apa lagi terus kayuh dengan laju nak tinggal anjing tu. Bila dah sampai kat simpang, ada nampak tuan kepada anjing. Tuan dia kata anjing tu sekadar nak main-main kejar je. ha ha ha sumpah saiko. kalau aku kayuh basikal sampai tercabut kaki dah.

Comments
15 Comments

15 ulasan:

cik sakdi berkata...

lah trauma ngan anjing ke?? anjing kalau mcm dalam gambar ni x takot sangat. kalau yg besar tu takot oooo

SoLy SoLicious berkata...

trauma dengan anjing jugak..:((

sebab pernah kena kejar...

Ezad Skytech berkata...

haha...aq pernah kena kejar dengan anjing kot dulu...mmg lari tak ingat la..tahu2 laju je lari...haha~

kiz berkata...

haha..aku pernah kena kejar sekali dengan anjing..tapi aku kejar anjing lagi banyak kali dah..haha..pantang menyalak memang aku yg kejar dia sambil bawa batu

sergeant keroro berkata...

haha, anjing ni ko biar jek :P

Yatie Awang berkata...

akak pun dulu pernah kena kejar kat anjing ni, masa nak ke sekolah, uuuu...kecik kepala lari hahaha

diana berkata...

kalau akak,jawab gini je kat tuan anjing...

"maaf la..saya tak suka main2 dengan anjing.."
heheheheh

Nini Hartini berkata...

betullah. kdg x takut pun tp nak lalu depan dia mmg seriau. mcm2 difikiran. hhee

ezzyra berkata...

gile tkot klo kna kejar....wa...mcm2 dlm otak klo kna kjar...

shah Blogger berkata...

hahaha perenggan last tu lucu giler.. kecik2 lu selalu kena kejar anjing sampai panjat pagar tinggi dgn pantas. Pelik je pgr tggi leh panjat laju tu bila cemas haha..

Bigdaddyz berkata...

lain kali bawa cangkul sekali ...anjing takut cangkul....haha

azrijohan berkata...

peh,kalau aku...cabut terus

Bro ahmad berkata...

anjing tu acah2 je..tapi tengok jenis anjing apa..kalau jenis apa bro lupa..yg tu jgn buat main hmm

anamizu berkata...

kalo jns shephard mcm K9 punye tu cik ana gerun la..hehe


cik ana.

Anif Abdullah| AA berkata...

hahaha.. aku mmg geruu gak ngn anjing, xpasal kene samak plak kang... :P

 
Related Posts with Thumbnails