Isnin, 5 September 2011

Apa Itu Ubuntu ?

Memandangkan aku juga salah seorang peminat kepada Ubuntu dan juga komuniti sumber terbuka, maka aku rasa dah jadi tanggungjawab aku untuk memperkenalkan " Apa Itu Ubuntu " kepada pembaca blog ni. Tapi aku tak berapa suka join komuniti yang ada sekarang ni. LOL

1. Apa Itu Ubuntu ?

Ubuntu adalah sebuah sistem operasi lengkap yang berasaskan Linux. Ia sesuai digunakan pada pelbagai jenis komputer. Apa yang menarik mengenai Ubuntu ialah, ianya Percuma!!! Anda bebas menggunakannya di mana sahaja. Ubuntu juga dilengkapi dengan aplikasi asas yang anda perlukan.Perisian yang disertakan dalam Ubuntu adalah bebas dan bersumber terbuka. Hebat bukan? Sumber diambil di Sini .


2. Ubuntu Ini Menyusahkan


Ramai yang beranggapan bahawa Ubuntu ini sangat menyusahkan dan melecehkan berbanding Windows XP , Windows Vista dan juga Windows 7. Sebenarnya Ubuntu tidak menyusahkan tetapi ia sangat Advance berbanding Windows Xp, Vista dan 7.

Mengapa aku kata ia sangat advance dan tidak menyusahkan. Ok kebanyakan pembaca blog Firdaus Life banyak yang menggunakan Windows XP , Vista dan 7. Kalau anda betul-betul menjaga laptop anda, ini adalah senarai yang anda perlu lakukan supaya laptop anda sentiasa dalam prestasi yang baik :

- Update Anti Virus
- Scan Virus apabila cucuk Pendrive
- Update Windows <--- Apa benda yang diupdate kita Tidak pernah tahu
- Scan Disk ( C: ) <-- at least 2 minggu sekali
- Defragment Files <--- at least 2 minggu sekali

Banyak kerja sebenarnya yang perlu dilakukan supaya laptop / komputer kita sentiasa dalam prestasi yang baik. Tapi dengan Ubuntu, hanya 1 kali update sudah memadai untuk update sistem, aplikasi dan sekuriti ( keselamatan )

Dengan Ubuntu, kita akan rasa lebih selamat kerana kita boleh tahu dengan terperinci files apa yang akan diupdate di dalam aplikasi Update Manager. Malah kita sendiri boleh pilih files dan sistem apa yang kita mahu update dan tidak mahu update. Semuanya terletak pada pilihan pengguna itu sendiri.


3. Ubuntu Tidak Perlu Anti Virus


Percaya atau tidak Ubuntu tidak perlukan AntiVirus seperti yang ada dalam laptop / komputer anda sekarang ni. Avira ? Kaspersky ? Nod 32 ? AVG ? Semua tu tidak perlu untuk Ubuntu kerana Ubuntu tidak mudah dan tidak senang diserang virus atau dengan erti kata lain, Ubuntu Sangat Kebal dengan virus yang selalu menyerang komputer anda sekarang ni.


4. Mencari Software / Aplikasi Untuk Ubuntu


Andai kata anda mahu mencari software untuk dengar lagu ataupun software untuk buat kerja atau bermacam software dan aplikasi yang lain lagi, Ubuntu sudah sediakan semuanya dalam 1 aplikasi yang dipanggil Ubuntu Software Center.

Berbagai perisian dan aplikasi sudah tersedia lengkap dalam kategori yang disediakan. Andai kata anda mahu install Skype, anda hanya perlu tuliskan skype di bahagian Search Box dan akan keluar seperti di bawah :

Bila dah keluar skype, tekan je install dan ia akan automatik install dan dimuat-turun dengan kadar yang segera.

5. Ubuntu Sangat COOL !!!

Seriously, Ubuntu memang sangat Cool. Bagi anda yang mahu laptop anda kelihatan seperti seorang Hacker ( Hacker Wannabe ) , Anda boleh ubah interface dengan mudah dan menjadi sangat menarik seperti di bawah :


Itu tak cukup Cool lagi laaaa... kat bawah ni lagi Cool !!


Ok setakat ni saja dahulu perkongsian yang aku cuba sampaikan. Aku tahu masih ramai yang blurr dan tak tahu apa-apa pasal apa yang aku tulis dalam post ni tapi kalau kita tak explore dan tak cari, ilmu itu takkan datang dengan sendirinya :)

p/s : Nak baca dan mengetahui pasal ubuntu ? Meh klik Sini .

Comments
25 Comments

25 ulasan:

Luqeem™ berkata...

tapi pernah pasang lagi, tapi tengok kawan aku guna memang smart. cuma mengambil masa la nk teroka ubuntu tu..aku ambil masa 3 hari je..huhu

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

freaky guna jugak sekarang ?

berkata...

lecturer saya cakap, Ubuntu(linux) lagi bagus dari windows..betoi kaa? Ape pon, sape2 yang tau pasang linux, hang terrarr...hehe

sergeant keroro berkata...

tak reti, ajarkan camne sifu. hehe :P

Freaky berkata...

luqeem : waaa gile hebat explore 3 hari je..

tia : tengah guna la tia :)

ain : betol ckp lecture tu.. ubuntu bagus dan percuma :)

Freaky berkata...

keroro : ajar ape ? hehehe

aimie amalina berkata...

ha...betol2...ajar kami sifu...=]

faridah nazurah berkata...

macam best je.. nak try lah.. ada yg hilang tak dlm laptop ni kalau install?

Freaky berkata...

faridah : Nak install tu kena hati2 sket.. huhu buat backup dulu.. ataupun tanya yang mahir

Farhan Hanif berkata...

kena format balik mcm install windows 7 ke?

Freaky berkata...

farhan : x perlu format. expand partition untuk install ubuntu je

kiz berkata...

buntu sungguh aku dgn ubuntu ni..

Farhan Hanif berkata...

partition tu pe bnda plk? otak buntu ni...haha

Freaky berkata...

farhan : haha partition tu bahagian hard disk ko pecahkan. macam bahagian C dan D hard disk ko.. haa camtu la partition

Acap Raffe berkata...

erm.. kalo guna hard disk paling koman 32 gb,pentium 4,RAM 1 GB,Graphic card 32 MB boleh install UBUNTU ke? teringin gak nak try.. hehe..

cik bulan berkata...

kwn aku guna ni lama dah..bes jugak dia dok habaq..macam2 benda dia dok buat ..especially hacking ..sangat sng..ekekeke..

*aku xbuat mnde2 tu..hahahaha..#kbai

Freaky berkata...

acap : yang spec pentium 4 tu aku rasa tak sesuai kot. tp boleh try boot guna cd dulu. kalau bole loading, maknanya bole install la

cik bulan : hehe tak payah buat jahat dan hacking ni

AM berkata...

wow!! ni msti da otai ubuntu ni.. huhu.. nnti leh p berguru nih...

Freaky berkata...

am : caittt hang ni

mizz_pua berkata...

tension gne u buntu...

Freaky berkata...

kene slow2 learning.. sama je macam mula2 guna windows dulu. banyak juga tak tahu kan ? take time to learn

El-Janna berkata...

macam best je~~~

Bella berkata...

Wah... Tak tahu pula ubuntu ni lagi best dari window... Kalau tahu baik pasang ubuntu.. Dahla free...

Acap Raffe berkata...

yo freaky.. thanks intro about ubuntu. memang best n smarter than win XP,vista or 7..faster than them.. guna pentium 4 ngan graphic rendah pown still laju cam komputer baru.. timo kasih bnyak2.. hehe.. ubuntu yg terbaik.. tapi bnyak plugin tuk media player kena install la.. hehe.. bnyak update ler.. kena guna internet laju skit.. hehe ubuntu is my first choice..

[sutera kasih] berkata...

1st time dgr benda ni..lg bgs dr yg lain tu ekk..nnti nk usha2 jgk la hehe
thanks 4 sharing !!

 
Related Posts with Thumbnails