Khamis, 15 September 2011

Andai Aku Melamar Semula Nuffnang

Kepada Nuffnang,

Sejak bulan Julai yang lepas, aku telah melakukan proses penceraian dengan Nuffnang diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Kami merupakan pasangan yang tidak serasi dan Nuffnang gagal melayan dan memenuhi kehendak nafsu aku sebagai seorang blogger yang agak gila.

Setelah aku menceraikan Nuffnang, aku fikir mungkin itu merupakan kesilapan yang nyata dalam karier blogging. Tapi ternyata aku sangat silap kerana pengganti Nuffnang jauh lagi bagus melayan kehendak nafsu aku sebagai seorang blogger gila.

Yang jadi masalah sekarang, aku tiba-tiba menjadi rindu balik kepada Nuffnang. Tidak tahu mana yang waras dan mana yang gila sampaikan boleh rindu balik. Mungkin penangan Nuffnang sangat kuat sehingga menyebabkan aku menjadi rindu setelah 2 bulan bercerai.


Andai kata aku merujuk kembali Nuffnang, adakah aku akan terima kembali oleh beliau ? Ohh sungguh berat rasanya untuk aku meluahkan kerinduan yang terbuku di hati ini. Namun aku tahu setelah menceraikan beliau, aku tidak boleh kembali semula kerana aku lebih mencintai dan menyayangi isteri baruku ini.

Walau hebat macam mana sekalipun layanan isteri baru ini, Nuffnang masih tetap aku rindui. Mungkin kerana kenangan aku bersama Nuffnang sangat lama dan segala pahit manis telah aku tempuhi. Dengan isteri baru ni belum masuk 3 bulan lagi tapi aku hanya menemui kebahagiaan sahaja.

Dalam percintaan perlu ada kesedihan dan kebahagiaan. Jika hanya wujud kebahagiaan, maka tidak la dipanggil ianya percintaan kerana tidak cukup sempurna sifatnya. LOL aku semakin merepek. Sebelum aku mengarut lebih banyak, izinkan aku berhenti menaip dahulu kerana mahu berehat.. Salam :)

p/s : Post ni tiada kaitan dengan rujuk semula. Saja merepek dan suka-suka.
Comments
19 Comments

19 ulasan:

Pendekar Berkuda berkata...

hahahaha....antara kekasih ngan bini...mana lagi best??

Ezad Skytech berkata...

haha..rindu kat bini lama (nuffnang) ke freaky? huhu~

Freaky berkata...

PB : haha konpius x tau yang mana

ezad : rindu sket la :P

azrijohan berkata...

aku konpius ngan status seksual kau...ahahaha

Freaky berkata...

ape pasal konpius lak. haha

kiz berkata...

betul kata azri.. kenapa tetiba baru sekarang kau ada nafsu dengan iklan...kah kah..

Freaky berkata...

haha apa maksudnya ? aku x paham

Umie Artoqiemie berkata...

nuffnang adalah bapak tiri terbaik ku.. eh? kau isterikan bapak tiriku??

SoLy SoLicious berkata...

rindu nuffnang ke? ehehe

shah Blogger berkata...

muehehe ye ke rindu?? Isteri muda di peluk2, isteri tua di rindu2 je la eik hahaha

PeRmAtA bIrU berkata...

hahahah...:) adakah entri ini menceritakan bahawa iklan yang baru lebih membahagiakan sebab tak ada kesedihan??? huhuhu...

GaRy™ berkata...

hahahaha... sengal sungguh senior aq sorang ni.. XD

josrevalution berkata...

lawat sini dari blog kiz,eh..rupanya betul2 kerinduan ni..huhu..tp bg aku,aku rindukan klik nuff yang power tu je..sakli klik 0.75..!..:)

Terbelog berkata...

orang kaya ni hehe

ADfeez berkata...

hahahaha.. formalnya surat cinta? :P

Ini Kisah Tia berkata...

hahaaa .. penim2 ..

fatin syahirah :) berkata...

pehh kau T.T jiwang bebenar, hahaha

[sutera kasih] berkata...

kalau cerai nuffnang, boleh rujuk kembali tak ekk??
rs mcm nk ceraikan jgk

Luqeem™ berkata...

baik ko letak semua ads je..hehe..sumpah mnyemak je nnti..:P

ada tak advetiser yg bg duit setiap kali kita update post?

 
Related Posts with Thumbnails