Isnin, 12 September 2011

Alexa Rank Tu Apa ?

Alhamdulillah kelas hanya ada 2 je hari ni bermula pada pukul 8 pagi sampai la ke 12 tengah hari. Dah habis kelas untuk hari pertama dan setakat ni semuanya baik saja. Tapi masih ramai pelajar yang belum pulang ke kampus. Hurmm mungkin cuti 4 bulan masih belum cukup bagi mereka sampai tak nak balik ke kampus lagi.

Aaahh malas la nak cakap pasal life kat UniMAP ni. Kita tukar topik yang berkaitan dengan blog pulak ye. Kali ni aku gatal tangan nak sembang pasal Alexa Rank. Apa tu Alexa Rank ? Senang cerita dan ringkasan semua sekali sampai A ke Z, ia adalah carta / paparan ranking laman web yang wujud di dunia maya ni.

Mungkin ramai yang masih lagi tak tahu dan tak ambil peduli pasal Alexa Rank ni kerana mereka berblog dengan riang tanpa mengejar ranking atau trafik. Tapi lain ceritanya bagi aku kerana salah satu target blog Firdaus Life ini mahu berada / tersenarai dalam top 500 site in Malaysia.

Maksudnya blog Firdaus Life ni berada dalam ranking 500 pertama pada laman Alexa. Penting sangat ke Alexa Rank ni ? Nak kata penting sangat tu takde la penting sangat. Tapi nak kata tak penting pun tak boleh juga kerana ini adalah prestasi dan kemampuan blog di alam maya. Makin mantap prestasi blog, makin mantap la juga ranking.

Persoalan yang timbul adalah bagaimana nak dapatkan ranking yang baik di Alexa ? Kalau nak cerita secara halus memang banyak cara yang mempengaruhi ranking Alexa ni antaranya adalah Backlink, Trafik, review website, jumlah carian dan lain-lain aku tak berapa tahu :P

Tapi dalam banyak-banyak tu aku lebih suka tumpu kepada trafik. Banyak blog gagal mendapat tempat yang baik di Alexa adalah kerana faktor utamanya mengalami Ketidakstabila Trafik. Sebagai contoh, hari ni trafik 800 pengunjung, esok 400 pengunjung, lusa 300 pengunjung. Trafik semakin menurun dan langsung tidak stabil. Sebab itu blog tidak stabil seperti ini susah mendapat tempat yang baik di Alexa.

Cara yang mudah untuk mendapatkan ranking yang bagus adalah dengan stabilkan trafik. Maksudnya kena tetapkan jumlah minima trafik harian dan pastikan jumlah tersebut mencecah pada setiap hari. Sebagai contoh, untuk blog ini aku sudah tetapkan jumlah minima trafik perlu mencecah 300 sehari. Jadi walau macam mana keadaan sekalipun, kena pastikan trafik mencecah 300 pelawat sehari.

Susah kan ? Takde la susah sangat sebenarnya dan jangan target tinggi sangat. Cukup 100 pelawat ke blog sehari pun dah ok. Yang penting kena stabil. Bila trafik dah stabil, maka ranking blog akan semakin baik dari seminggu ke seminggu akan datang. Jangan kasi trafik goyang dah la. Nanti ranking pun akan jadi goyang juga :D

Sekarang masa yang sesuai nak naikkan ranking blog kerana ramai pelajar IPTA / IPTS telah pulang ke pusat pengajian. Maka trafik pun tidaklah sekencang sewaktu cuti dulu. Agaknya kalau pengunjung 200 sehari pun sudah boleh baiki banyak ranking alexa.

p/s : Happy Blogging :D

Comments
18 Comments

18 ulasan:

aimie amalina berkata...

oooo
baru taw alexa tu ape
huhuhu
maceh freaky!

Luqeem™ berkata...

aku minimun pn 80 je huhu..

Ezad Skytech berkata...

kalau nak maintain alexa tu kena hari2 update la kan..hee~

Paris Hilton (M) berkata...

nice. bru gak blaja sal alexa ni. rank alexa saya ??? aishhh malulahhh

C` Ayob-Ilmu Asas Hidup berkata...

waa macam tu kah...tq.

ko sekarang kat u kan. So aktifkan diri dengan ativiti U. jadi pengarah aktivit lagi ok.

susah nak cari kerja sekarang ini. klo ko nak...pas abis u..ko masuk GEMS.....6 bulan pertikal.dapat pengalaman kerja free

Zul Fattah berkata...

makk aii..susah doe.. arghh. aku dah tak mahu ambik kisah pasal ni.. sebab aku nk happy blogging je.. cari member.. member dan member baru.. haha..

p/s: bila nk jumpa Oh?

HAFIZAL berkata...

betul tu.

mas saari berkata...

akak tau gaklah sikit2 pasal alexa ni, tapi tak pernah ambik port pun! huhuhuhuuu...

diana berkata...

akak dulu pun buat gitu..
sasaran sehari kena lepas 300..
alhamdulilah merasa la jugak dalam rank ke 500 tu..

tapi sekarang malas dah la..
impian dah tercapai rasanya tak de apa2 dah sasaran akak dalam berblog ni..
cuma nak kongsi cerita je..

faridah nazurah berkata...

hehe sebenarnya tak tau sangat psl alexa nih.nak tanya review website tu camne? sengal alam kejap

Syazwan Che Deraman berkata...

ooo.
macam tu.
tapi aku tak berminat mana pasal rank rank ni.

zareliqa afiqa berkata...

ooo..2 rupany.ingtkn ape benda lar alexa rank ni.
ermm,tak kisah la ngn rank tu.jnji happy.huhu

GaRy™ berkata...

dulu aq semangat giler nk up alexa... tapi skarang~... T^T

Farhan Hanif berkata...

berusaha nak capai ranking terbaik...susah kalau tak usaha...hahaa

kiz berkata...

majulah alexa untuk blog..haha..slmt belajar Freaky firdaus Falcon huhu

Anif Abdullah| AA berkata...

ouhh... dulu traffik aku macam tu(300 +) jugak

last2,macam dah malas plak..haha

[sutera kasih] berkata...

jarang nk cek trafik blog..tp suka cek keyword statistik hihi

shah blogger berkata...

aku target minima 250 je shari bro.. tp kdg2 x lepas jg jumlah tu bila aku x update blog adehhhh

P.S : Blogger in Top Alexa MY sudah berbicara hahaha

 
Related Posts with Thumbnails