Rabu, 17 Ogos 2011

Update Blog Sambil Dengar Lagu

Aku rasa ni memang dah jadi habit kepada blogger. Bila masa nak update atau tulis kat blog, pasti pasang headphone kat telinga dan pasang lagu favourite kan ? Dengan cara ni boleh kasi mood yang gembira kepada blogger dan rasa agak seronok ketika menulis. Tapi kalau mood dah gembira, idea takde juga, memang tak update jugak la jawabnya kan ? he he he cumanya kalau dengar lagu kegemaran tu bole la kasi enjoyment masa duk tengok blog. Takde la rasa sunyi atau sepi je.

Tapi aku ada satu masalah masa tengah update blog sambil dengar lagu. Masalah yang aku maksudkan tu adalah typo atau kesalahan menaip. Hurrmm mungkin otak tu terbang ke lain sambil dengar lagu sampai tak sedar pun salah taip atau kadang-kadang lari daripada topik. Mula-mula syok cerita pasal ayam. Bila dah syok sangat layan lagu, tiba-tiba cerita bertukar kepada cerita Lembu pulak. Haaa dasat gila. Tu pun nasib baik sempat baca sekali lagi sebelum publish. Kalau tak dalam 1 entri tu mesti campur cerita ayam dan cerita Lembu dan silap hari bulan boleh penin kalau baca.

p/s : Entri ringkas jep. Nak blogwalking :)

Comments
11 Comments

11 ulasan:

SoLy SoLicious berkata...

kdg smpai tersalah tulis lirik lagu sebab syok sgt dgr lagu..hahahaha

Ezad Skytech berkata...

haha..kadang2 mmg macam tu..da layan sgt lagu tu sampai tak sedar banyak typo da..hee~

NMH berkata...

a'ah..kadaang2 typo..laju2 je teros post xbace balik bila dengar lagu..aishh

Zul Fattah berkata...

sebab tu aku tak dngar lagu time menulis entry..huhu..

tulis entry pasal agama..tapi dngar lagu Jlo..tak ke bodoh tu..

aiman berkata...

ku xdengar sgt lagu skrg.. dulu slalu jugak.. skrg layan ustaz kazim.. input pun byk..

mas saari berkata...

ye ke?
akak tak boleh, mesti nak update dalam keadaan yang tenang dan sunyi sepi...heheheeee

diana berkata...

akak jarang2 dengar lagu sambil berblog..
tambah2 kalau tv terpasang..
memang tak pasang lagu la..
nak membaca pun susah..
tak masuk..

Luqeem™ berkata...

aku selalunya akan tertulis lirik lagu tu kalau buat entry smbil dgr lagu..haha

NadiRah berkata...

otak dok ingt lirik...
tu jadinya..huhuhu

cucu umie berkata...

kehkeh..ayie biasa shje typo nie..huhuhu

cik najihah berkata...

hahahah syok tu taip entry sambil dengar lagu heee

 
Related Posts with Thumbnails