Khamis, 11 Ogos 2011

Tips Tingkatkan Pageview Blog Anda


Siapa yang menggunakan servis iklan daripada Advertlets pada blog mereka, tips ni mungkin berguna kepada anda. Seperti yang kita ketahui bahawa Advertlets menggunakan kempen Cost Per Metered ( CPM ) dalam memberi pendapatan kepada blogger. Kempen CPM sangat menguntungkan jika blog mempunyai trafik dan pageview yang sangat tinggi kerana blogger hanya perlu fikir untuk menghasilkan entri yang baik dan juga cara-cara untuk tarik pengunjung ke blog mereka.

Dengan adanya kempen CPM ini, blogger tidak perlu risau akan iklan mereka di klik ataupun tidak langsung di klik pengunjung kerana earning yang sebenar datang daripada trafik dan juga pageview. Ok sekarang dah tahu bahawa earning Advertlets datang daripada trafik dan juga pageview. Persoalan sekarang, bagaimana nak tingkatkan trafik dan juga pageview ?

Banyak cara boleh digunakan untuk meningkatkan trafik antaranya hasilkan entri yang seronok untuk dibaca, bermain dengan SEO, anjurkan segmen, blogwalking, join segmen, ping entri di merata tempat, dan boleh juga hasilkan sebuah video kemudian di akhir video itu selitkan url blog anda. Semua cara boleh pakai tau.

Yang atas tadi untuk trafik, biasanya trafik yang kencang belom tentu lagi pageview lagi kencang. Banyak blog peribadi jumlah pageview hampir sama dengan jumlah Unique Visitor ( Pelawat ). Contohnya kalau pelawat hari tu 100, maka pageview pun hanya dalam 120 hingga 150 sahaja. Tak banyak beza dengan jumlah pelawat. Apa yang kita idamkan adalah pelawat hanya 100, manakala pageview 300 hingga 500 atau mungkin lebih banyak lagi. Jadi macam mana nak buat begitu ?

Cara pertama yang boleh digunakan adalah dengan memasang Read More. Read more memang sangat membantu dalam meningkatkan pageview blog walaupun ada beberapa blogger tidak sukakan Read More pada blog yang dilawati. Tapi kalau anda nak cuba pasang Read More, boleh cuba tengok Tutorial Pasang Read More. Lepas pasang Read More, letak la 4 hingga 5 entri di halaman utama supaya dapat lebih banyak pageview.

Cara kedua jika anda tidak mahu pasang Read More adalah dengan memaparkan hanya 1 entri di halaman utama blog anda. Lepas itu anda letakkan Entri Hari Ini seperti dalam gambar di bawah ini. Cara ini boleh juga tingkatkan pageview blog anda sehingga 2, 3 atau 4 kali ganda daripada jumlah pelawat.

Cara nak buat entri hari :

1. Design > Add a Gadget > Feed

2. Masukkan url blog anda > Save > Susun di tempat yang sesuai.


Cara yang lain aku tahu adalah dengan meletakkan widget Linkwithin. Apa tu Linkwithin ? Linkwithin adalah widget yang akan memaparkan post-post kita yang lama di bawah entri blog seperti di bawah :


Untuk dapatkan Linkwithin. sila ke SINI .

Last sekali, cara yang anda boleh guna untuk tingkatkan pageview adalah dengan meletakkan widget Popular Post seperti di sidebar belah kanan aku yang bertajuk ENTRI PANAS !!! Letakkan widget Popular Post di kawasan yang sangat strategik seperti di sebelah entri anda. Dengan cara ini, pengunjung yang baca entri anda mungkin ternampak Popular Post di sebelah kanan sidebar dan menyebabkan mereka tergoda untuk membaca Popular Post anda.

Rasanya tu je apa yang aku tahu untuk meningkatkan pageview blog. Kalau buat semua yang aku cakap ni, boleh la nampak peningkatan pageview. Paling kurang pun 2 kali ganda jumlah pelawat, atau mungkin 3 kali ganda, atau 4, atau 5 atau lebih banyak lagi. Selamat Mencuba :)

Comments
26 Comments

26 ulasan:

mas saari berkata...

akak dah buat semua cara ni... agak berbaloi jugaklah!

sergeant keroro berkata...

otai bagi tips, hehe XD

asnizaziz berkata...

wahh tenkiuu di atas tips anda XD

cucu umie berkata...

thnkx for the tips bro..nice2..incya-aLLAH BOLEH DIGUNKAN//ptot letak shje je entry..hehe

Bui Junaidi berkata...

yg last tu mmg bui ader buat..

AzatLazat berkata...

thanx bro!

My Name is Mar berkata...

Bro, kalau aku guna says.my, adverlets t'effect tak?
Sebab kalau nuffnang,glitter dia t'effect.
Jawab kat shoutbox.

diana berkata...

ini lah punca kenapa akak tak pakai iklan ni lagi..tak seronok berblog dengan mengejar traffic dn pageview..
macam berblog dalam tekanan..
sebab tu akak pakai nuff je.
tak pyah pening pasal pageview dan traffic..
berblog dengan santai je..:)

Diana @ bilakukatacinta berkata...

boleh ke letak nuffnang ngan adverlets skali??

NadiRah berkata...

wahhh!!! ^^
nk buat segmen takot x terkejar nk updte nnt.. -.-

Anif Abdullah| AA berkata...

tapi kan,kalau pageviews tu dia t'masuk jugak dalam pmbayaran CPM kita x or kita traffik je?hehe..

Anif Abdullah| AA berkata...

tapi kan,kalau pageviews tu dia t'masuk jugak dalam pmbayaran CPM kita x or kita traffik je?hehe..

RepublicAku berkata...

aku tak payah penat2 nak cari info...kat sini pun dah cukup....buat banyak2 lagi yer....keh3!

GaRy™ berkata...

nice!! aq tak tahu pun pasal feed tuh... macam nak buat je.. hmmm...

rara pinkmafia berkata...

setuju ngan k.diana. =)

rara pon berbelog santai je.mls nk kejar trffic,sbb kdg2 nk g cuti2 ke,jalan2 ke,tak yah nk heret laptop.

kemboja berkata...

belum pernah dpt cpm lagi pun.. hehe

Freaky berkata...

anif : makin tinggi pageview, makin tinggi impression dan makin tinggi income

Luqeem™ berkata...

tenkiu2..:)

Tea Dno berkata...

advertlets oke ehh? tak penah try lagii.. huhu..

muz berkata...

thanks sharing info...nak pakai adverlets ne...hehe

syaz@rozelt berkata...

tips yg menarek..thanks..

p/s: x suka juga read more..huhu

faridah nazurah berkata...

huhu guna advertlets ni memang agak menguntungkan. sy baru guna brape hari, dah ada income. kalau nuff nk kena tggu buffered earning baru income naik skit. tp guna advrlet ni senang je. kte just kne pastikan pgeview tak jatuh

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

hohoo . takmo pakai avertlets .. heheh . kalau dibagi pilihan antara nuffnang yang lambat naik dengan advertlets yang lambat bayo/tak bayo langsung baik piling nuffnang ..

lambat naik takpe , jangan tak bayo .. hahaaa ..

Jerung Gergasi berkata...

baiklah aku follow cara kedua tu. klu buat camtu pun page load laju skit kan? ..skrg aku letak 10, pasni aku jadikan 3 je lah. keh3.. nisbah uv n pv aku skrg 1:2 ,,nak gak jadikan 1:10,000 ..hehehe

My Name is Mar berkata...

bro, wa nak TRY pakai adverlets. Tapi kita kena letak ke semua iklan dia? Wa malas lah kalau nak letak semua. Menyemak je-_-"

Clara berkata...

nak psg read more tp rmai yg cm tak suka..

thnx for this entry..

=)

 
Related Posts with Thumbnails