Isnin, 1 Ogos 2011

Selamat Tinggal Mangga Ads

SELAMAT TINGGAL MANGGA ADS yang aku tak sayang.Kebiasaannya kita meletak iklan sesebuah syarikat di dalam blog dengan mengharapkan ada pertambahan dan peningkatan pada pendapatan. Walaupun tak banyak, sedikit pun sudah memadai untuk buat kita tersenyum sendirian macam orang gila. Sebab apa gila ? Kerana tersengih dan tersenyum seorang diri di hadapan skrin komputer.

Ok sekarang kita tukar situasi pula. Kalau tadi kita tersenyum melihat pendapatan bertambah, apa pula reaksi kalau pendapatan langsung tidak bergerak. Marah ? Tension ? Geram ? Semua ada kan ? Kalau boleh mahu berhenti blogging pun ada. Tapi walau tension macam mana pun, blogging tetap perlu diteruskan.

Biasa la adat dalam dunia blog. Ada ketika rasa gembira dan ada ketika juga rasa sangat kecewa. Aku percaya ramai juga yang kecewa kerana pendapatan melalui blog tidak la lumayan seperti yang digembar gemburkan oleh sesetengah pihak. Ada je yang dapat lumayan tapi berapa kerat je. Siap boleh bilang dengan jari lagi tu. Kalau tak cukup jari tangan, pakai la jari kaki.

Berbalik kepada tajuk entri di atas, mulai saat ni aku ucapkan selamat tinggal kepada Mangga Ads. Selama 2 minggu aku sahut cabaran mahu mencuba Mangga Ads ni pada blog nombor 2 aku di SINI . Hasilnya selama 2 minggu itu adalah Rm 0.00 . Hairan bin ajaib bila difikir dengan teliti.

Setahu aku Mangga Ads ni menggunakan sistem Cost Per Meter ( CPM ) untuk menambah pendapatan. Selama 2 minggu itu juga aku berjaya kumpul sebanyak lebih daripada 20 ribu impression. Tapi hasilnya masih RM 0.00 . Ke mana perginya sistem CPM yang diguna pakai tu ?

Kalau dengan company lain, 20 000 impression tu mungkin sudah boleh dapat RM 40 atau paling kurang dengan Advertlets pun boleh dapat RM 6 . Tapi dengan Mangga ads hanya RM 0.00 . Nasib baik ni hanya sekadar percubaan selama 2 minggu. Kalau la aku guna Mangga Ads sebagai yang utama. Memang menangis la jawabnya :D

Apa pun aku dah buang iklan Mangga ads daripada blog nombor 2 aku tu. Biarkan tidak beriklan dulu buat sementara waktu. Sangat seronok mencuba Mangga Ads selama 2 minggu kerana iklan yang dipaparkan sangat menarik dan ceria terutama sekali ada juga iklan Innity yang masuk dalam iklan Mangga ads.

p/s : Alamak panjang pulak entri ni :P
Comments
11 Comments

11 ulasan:

NA berkata...

Rajin betul cuba macam-macam iklan eh Freaky :)

L berkata...

dtg sini bg senyuman, nk bawak milo tp xleh, pose kaaan =)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/selamat-berpuasa-ya.html

berkata...

iklan kat belog saye lagilah hampeh. 2 bulan baru ade rm1.25. haha. mesti sebab xramai org singgah =_=

syrupmasin berkata...

rajin kau try mcm2 eh :D

Bui Junaidi berkata...

bui setakat ni tetap setia pada nuffnang..wpun ciput,tp dlm seminggu tetap ada jugak bertambah..*_*

sergeant keroro berkata...

hehe, dah ada innity tu.. XD

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

ye ke freaky ? adeh .. nak buang ahhh mangga ads ni .. huuu~

Adry@Daun berkata...

Sy pn gna mangga ad utk blog sblm ni tp dh buang.. Bkn jana pendapatan, dkt setahun dpt ciput je..dh tu mlambatkn loading blog Skrg puashati sbb iklan smua dh buang..haha..

Helmi berkata...

oh ye ke.. aku ingatkan mangga ad yang paling byk dpt duit sbb ade orang kater bleh dpt lebih kurang rm1000 sebulan.. huhu.. x kot.. kalau nuffnang ok x? =)

hira berkata...

erk. saya tak berani nak pakai banyak ads dalam blog. nuffnang tu pun bukannya banyak sangat duitnya. hoho

Ahmad Zaki berkata...

Assalamualaikum...

Saya pada mulanya letakkan Mangga Ads pada blog pertama saya kerana ia merupakan blog peribadi dan paling banyak trafik berbanding dnegan blog saya yang lain, tetapi walaupun blog saya mengalirkan sejumlah trafik yang banyak namun pendapatan yang diterima amatlah mengecewakan.

Sebaliknya iklan dari Nuffnang yang saya letakkan pada blog saya yang kedua yang trafiknya sangat sedikit, pendapatan yang diterima lebih banyak. Makanya saya terus daftarkan blog pertama saya pada Nuffnang dan memadamkan Mangga Ads.

Sekarang setelah bersama dengan Nuffnang sudah 3 kali saya tunaikan cek (saya set kan jumlah minima untuk ditunaikan / dikeluarkan cek kepada RM50). Kini saya menunggu masa yang sesuai untuk membuat tuntutan pengeluaran cek dari Nuffnang kerana ada lagi kempen di blog yang belum tamat dan jumlah duit terkumpul adalah memuaskan bagi blog saya yang sederhana jumlah pengunjung jika dibandingkan dengan apa yang diperolehi oleh blogger popular.Khidmatan pelanggan Nuffnang juga memuaskan, pembayaran cek juga tiada masalah.Iklan yang masuk ke dalam blog ada yang dari syarikat koperat yang mempunyai nama yang "besar" dalam dunia perniagaan...

****************

Rahsia Bisnes Di Kampus


Syed Mokhtar AlBukhary : Jutawan ke 526 dunia

 
Related Posts with Thumbnails