Jumaat, 12 Ogos 2011

Selamat Pagi 12 Ogos 2011

Jom lawat dan follow senarai blog kumpulan 13 di SINI .

Selamat pagi !! selamat pagi !! dan selamat pagi !!... Hari ni dah masuk hari ke 12 kita berpuasa. Lagi 2 hari dah masuk 2 minggu kita berpuasa. Lepas tu 3 minggu. Lepas tu ?? ... Hari Raya Aidilfitri la jawabnya.. Tapi lambat lagi nak Hari Raya. Masih ada 2 minggu lebih lagi kena berpuasa. Lambat sangat ke ? Pejam celik, pejam celik jap lagi masuk la Hari Raya.

Ok lupakan pasal Hari Raya yang masih lambat tu. Aku dengar ramai dah buat persiapan nak sambut. Baju raya, kuih raya, langsir raya, kereta raya semua dah siap dibeli dan di simpan. Errkk kereta raya pun ada ke ? Amboi mewah gila tiap kali raya, tukar kereta baru. Pergi haji pun belum, duk bazir duit bayar payment kereta yang tak pernah nak habis.

Sebelum aku cakap sesuatu yang boleh buat orang tersinggung, baik aku tukar topik dulu. Hari ni aku takde rasa nak pergi jalan-jalan atau ambil angin. Tapi dalam hati ada juga rasa nak pergi jalan-jalan kerana dah lama aku tak keluar rumah untuk tengok dunia luar. Asyik terperap dalam rumah macam anak dara je. Anak dara pun kalah dengan aku kalau lawan terperap dalam rumah.

p/s : Tapi nak jalan-jalan ke mana.. Hurmmm =_=

Comments
8 Comments

8 ulasan:

SITI NOORNADIYANA berkata...

bagos betol duduk rumah terperap macam anak dara. mesti rajin tolong mak ni. ahaha! :D

aiman berkata...

samela.. da nk jd nak dara dah ku pun.. haha

aimie amalina berkata...

moning!
jalan-jalan cari makan
tapi sebb x leh makan tgk je =p

sergeant keroro berkata...

sama la kita, HAHA

jom tido :P

Syuxer berkata...

selamat pagi..jom breakfast cam biasa hahahahah...;p..

pegi la pantai ke, air terjun ke, n jalan2 kat pusat bandar heheh..

Luqeem™ berkata...

sama la..

nak keluar pun takur pahala kurang tgk awek cun..haha.

super d0uble F :) berkata...

selamat pagi ;)

shaliza khairi berkata...

azam baru nak raya ada tak? hee~
samat pagi, bro ^^

 
Related Posts with Thumbnails