Isnin, 22 Ogos 2011

Saya Tak Sengaja Jatuh Cinta

Tadi aku ada tengok cerita apa tah kat tv lepas tu ada adengan suami dan isteri bergaduh. Rupanya mereka bergaduh kerana si lelaki sudah jatuh cinta dengan perempuan lain. Well situasi macam ni memang banyak pun berlaku kat dunia nyata cuma ayat daripada lelaki tu yang aku tak boleh blah dan tak boleh terima.

Ayat suami dia bagi macam ni " Awak, Saya tak sengaja jatuh cinta dengan dia la ". LOL apa punya ayat daaa. Memang la jatuh cinta tu tak sengaja tapi kalau makin dilayan tidak sengaja tu, lama-lama akan jadi sengaja jatuh cinta. Haa ni la lelaki, bikin ayat putar belit sekali sampai last sekali dia sendiri pun penin.


Bila kantoi dengan kekasih / isteri, bermacam alasan yang diberi. Ada alasan yang tak munasabah langsung tapi lepas di goreng dan diputar belit oleh lelaki, terus jadi logik dan boleh diterima akal. Haa bahaya kan ? Memang bahaya habaq hang. Sebab tu kena berhati-hati dengan lelaki tak kira la sama ada yang masih single atau yang dah kahwin.

LOL kenapa aku buat entri menghentam lelaki pula ni ? Sebab aku faham bagaimana perasaan lelaki apabila digoda ataupun tergoda. Errgghh memang susah nak elak tapi itulah kenyataan. Hanya yang betul-betul kuat saja yang mampu melawan semua ni. Aku pula langsung tak kuat...

p/s : Entri ni pasal apa sebenarnya ? =_=

Comments
15 Comments

15 ulasan:

Zul Fattah berkata...

biase r tu bro.. aku pun sama la..
tengok awek seksi pun dah stim..ni kan pulak popuan bogel.. haha..
tak ke penuh air di kepala tu..

SoLy SoLicious berkata...

yg pnting iman kena kuat...

P.s : gila kentang komen si zul kat atas tu..haha

IMANSHAH berkata...

erk, tak tau nak cakap

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

boys , please be loyal ...

Luqeem™ berkata...

hahaha..style la zul..

laki kan kuat kelentong..tapi sekarang dua2 pun sama je. kuat kelentong..

yg laki kuat kelentong tu dlm dunia fantasi je

realiti, dua2 sma

aimie amalina berkata...

bile empunye belog x taw entri ni pasai pa
cek lagi x taw la..heheehe

kiz berkata...

saya lelaki..saya ok...haha

Fee Hafeezah ketuk keyboard berkata...

haha..lawak ah freaky ni..ko bebel pnye pjg at last ko tnye entry ni sal ape..kecewa lah aku doe..HAHA :d

aremieroul berkata...

kalau cinta jangan kacau..
kalau sayang tak perlu marah..
kalau ikhlas tak minta berbalas..
serahkan cintamu..pada yang punya cinta..lalala..~

Bigdaddyz berkata...

itu ayat power namanya...boleh tersengaja yer...:0

Addin berkata...

conclusion : lelaki memang mudah tergoda kan kan ! :D

Addin berkata...

conclusion : lelaki memang mudah tergoda kan kan ! :D

AzatLazat berkata...

lelaki walaupon mempunyai 9 akal 1 nafsu, tapi 1 nafsu tu cukup kuat terhadap wanita
kekeke
sori aku merepek
:P

Syuxer berkata...

setia semakin nak dipadamkan dalam hubungan sosial antara manusia..

ntah kenapa..mungkin nafsu sudah menang dalam pertempuran dalam akhir zaman neh..tengokla orang2 lama cam mak bapak kita..masih setia..tanyala pe rahsia dorang hehe..

GaRy™ berkata...

spesis bapak aq ni memang tak boleh pupus..

 
Related Posts with Thumbnails