Isnin, 1 Ogos 2011

Puasa Tapi Main Nombor Ekor

Haa pilih la sama ada nak 4D atau 5D atau 6D. Kalau rasa sangat hebat dan pandai tikam nombor, apa kata ambil yang 10D terus. Eh !! 10D tu ada ke ? Kalau ada mesti lumayan ganjarannya kan ? 10 ribu ? 20 ribu ? atau berpuluh-puluh ribu ? Dosa dan pahala tolak tepi je bai, janji dapat duit berpuluh ribu tu.

Bila dapat duit berpuluh ribu, buat jadi modal perniagaan. Pergh !!! maju gila perniagaan yang dia buka. Yer la macam mana tak maju, modal pun dah 100 ribu hasil daripada tikam nombor ekor. Setahun kemudian perniagaan menjadi sangat maju dan pelanggan pun dah sangat ramai. Hidup dah jadi kaya sekarang. Yeahh !! aku dah berjaya dalam perniagaan dengan menggunakan modal haram.

Kali pertama aku mengenali nombor ekor atau 4D adalah semasa zaman Matrik. Masa tu outing ke pekan Masjid Tanah, Melaka. Bila lalu kat sebuah kedai ni, aku nampak ada orang ramai sedang beratur. Apa benda yang mereka sedang beli tu ? Aku mula sibukkan diri nak tahu kerana sangat ramai orang dalam kedai tu. Bila tengok kat signboard kedai tu, ada tulis Totto 4D Magnum.

Ni kedai Jadah apa siap ada Magnum lagi ? Bunyi Magnum macam bunyi senjata je tapi takkan la kedai senjata api. Aku pun terus tanya kawan-kawan pasal kedai tu. Rupanya tu adalah kedai nombor ekor. Hah ? Kedai nombor ekor ? Gila ramai pelanggan yang beli nombor ekor siap ada beratur beberapa barisan lagi.

Kalau yang beratur tu kaum lain tak apa lagi. Tapi yang ramai dan memenuhi kedai nombor ekor tu adalah kaum aku !! Kaum Melayu !! Haii takkan la nak cepat kaya sampai sanggup main nombor ekor abang-abang sekalian ? Yang tak boleh blah, masa bulan puasa pun ada yang duk beratur beli.

Tapi ada 1 kali masa di bulan puasa, aku dan kawan-kawan lalu di hadapan kedai nombor ekor tu. Seperti biasa sangat ramai yang ada dalam kedai tu. Kawan aku seorang ni sangat berani, dia cakap kuat macam terpekik kat kami :

" Haaii Bulan Puasa Pun Main Nombor Ekor Keeee "

Lepas tu ramai orang dalam kedai tu pandang kami. Alamak !! bahaya ni. Cepat-cepat kami berlalu pergi dengan buat muka bodoh selamba. Tapi aku memang respek la kat kawan aku yang sound dengan kuat tadi. kah kah adoiyai.

Comments
16 Comments

16 ulasan:

Salim Harmanain berkata...

hahaaha terbaik la kawan ko .. :p

sergeant keroro berkata...

haha, serius terbaik XD

aiman berkata...

hehe.. memang terbaik.. pesanan azlee senario dalam filem ngangkung..

kalau memburu, tembak di badannya, bukan di ekornya..hehe

RepublicAku berkata...

keh3...benda ini mmg hobi org kita...

cucu umie berkata...

nak bt mcm maner bro..mereka sudah terbiasa..kalo buln ramadhan xboleh berhenti kot..huhu

Syuxer berkata...

kaki ekor ke kaki judi ke kaki betina..memang kita yang pegang selama neh..siap juara bertahan,bro..uhuhu malu weh..wat malu kesucian agama Islam je

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

hahaaa . bapa berani ...

hira berkata...

hahaha. apa la nak jadi dengan kaum kita sekarang ni. dah ada agama tapi tak ikut betul-betul. haih. macam-macam.

Atiqah Sa'ahiry berkata...

memang berani tul...

saveqmm berkata...

muahahha..memang tak dinafikan bro..
ala~orang begini susah sikit mau ajar..dah hati keras..biasanya org bgini akan insaf sendiri ni..

salam ramadhan ya bro...

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

gile beraniii . kang tak pepasal korang kena kejar lak .. huhuh :)

Papa Mifz berkata...

harap mereka yg main no ekor tuh terbuka la pintu hati nye utk bertaubat...

Faidhatul Arfah berkata...

semoga mereka-mereka t'buka hati untk bertaubat hehe (:

uMi_atiQaH berkata...

mmg trbaek kna sound mcm tuu...hehe

nurAMALLINA berkata...

haha bagus la. terbaik!

My Name is Mar berkata...

Ha-ha-ha:D
Kawan kau tu macam aku arrr....

Tapi kan... Aku pun macam pelik..
Kenapa melayu ramai beli num ekor?...
Yang lagi pelik... Pakcik-pakcik yang 'kubur kata mari' yang penuhkan kedai tu..

Orang berbudi, Kita Berbahasa.. Orang MENYANYI?

 
Related Posts with Thumbnails