Ahad, 7 Ogos 2011

Perbincangan Bersama Blogger Alien

Jom lawat dan follow senarai blog kumpulan 3 yang siap pagi tadi di SINI .


Sahur tadi makan nasi goreng dan mak aku letak banyak gila telor scramble dalam nasi goreng tu. Perghh sampai tambah nasi waktu sahur tadi. Memang betol-betol Ho Liao dan terbaik la. Ok jangan cakap lagi pasal nasi goreng, kang ada yang marah aku sebut pasal makanan waktu pagi.

Lepas sahur aku ada bincang bersama jiran aku ni haaa. Ops bukan jiran rumah sebelah tu. Aku maksudkan jiran blog ni iaitu alien. Eh salah !! nama dia dalam blog adalah Sergeant Keroro. Haa nak backlink ye ? Nah ini dia backlink untuk Sergeant Keroro ye. Jadi apa yang aku bincang bersama dia ?
Hurmm ada yang boleh beritahu kat sini dan ada yang tak boleh. Maklum la kami berdua suka mengumpat isu itu dan isu ini. Alamak dah kantoi aku dan Keroro selalu mengumpat. Tapi tadi banyak bincang pasal strategi yang sesuai dipakai untuk naikkan lagi blog Firdaus Life dan juga blog Invasion Plan.

Seronok juga berkongsi pendapat sambil bincang cara-cara serta strategi yang sesuai untuk blog kami berdua. Kami ni kan masih newbie dalam blog. Nak tanya otai, memang takkan dilayan la jawabnya. Jadi terpaksa la kami sesama newbie berkongsi pandangan masing-masing untuk survive dalam dunia blog yang mencabar ni. Wuahaha gurau je :P

Ok tu je nak beritahu dalam entri ni. Kalau nak tahu apa strategi kami, boleh la tanya pada Sergeant Keroro tu. Haa mana la tahu kalau-kalau dia berkongsi dengan korang ke. Untung juga kalau dia ada kongsi. Tapi aku rasa Keroro takkan kongsi punya. Ni plan aku dan dia je. Wuahaha gila perasan. Mahu sambung tidur. zzzZZZZzzz.


Comments
9 Comments

9 ulasan:

sergeant keroro berkata...

hehe, shhhhh!! XD

NuSaNa NoSa 91 berkata...

alahai~~ duk main rahsia2 plak.. =.="

Luqeem™ berkata...

haha..terbaik la..kongsi kt aku..hee :D

Ezad Skytech berkata...

pergghh...berahsia2 pulak korang berdua ni..haha~

Atiqah Sa'ahiry berkata...

senyap..

H.J berkata...

haish..bangun2..tadarrus..aha

kiz berkata...

tak mahu ajak ka...aku pun newbie gak..tengah cari jiran gak ni..

[sutera kasih] berkata...

kongsilahhhhh sekaliiiii hehe

Bitter berkata...

perghhh! berahsia rahsia pulak dah! fine fine! HAHA!

 
Related Posts with Thumbnails