Sabtu, 20 Ogos 2011

Perbezaan Isu Blogger Lelaki dan Perempuan Dalam Facebook Chat

Tuuu dio !! punya la panjang tajuk entri ni sampai berjela. Tapi entri takde la panjang sangat pun. Kebelakangan ni ahli dalam group blog suka chat melalui Facebook dan aku akan perhatikan perbulan mereka mengenai topik apa yang dibincangkan. Tapi biasanya takde la menarik sangat apa yang mereka chat kerana hanya bertegur siapa hai itu dan hai ini. Last sekali senyap tiada yang balas dah.

Biasanya kalau yang chat tu ramai perempuan, aku tidak akan join kerana dah tahu apa yang mereka duk sembang. Sembang pasal baju raya tak siap lagi, pasal jemput datang ke blog, pasal makan, sahur, buka puasa dan banyak lagi. Ha ha ha kalau nak bersantai tu boleh la join tapi aku tak berapa suka santai dalam chat group tu. Takut menganggu orang lain je. Kita duk sembang sedap tapi bimbang juga kalau ada orang tak suka.

Ok bukan pasal suka dan tak suka apa yang aku nak cakap. Yang aku nak tumpu adalah perbezaan topik yang dibincangkan dalam group chat tu. Kalau yang chat tu ramai perempuan, memang sah la isu dan topik macam aku cakap kat atas tu. Mereka lebih banyak kepada isu santai dan lepak.

Tapi bila group chat tu dikuasai blogger lelaki, topik perbincangan sentiasa hangat. Bukan nak puji lelaki atau angkat lelaki tapi ini perkara benar. Antara topik yang duk sembang oleh blogger lelaki adalah macam mana nak up trafik, nak hasilkan entri yang best, nak tingkatkan income blog, seo itu, seo ini , ajar aku, ajar ko dan macam-macam lagi.

Kadang-kadang walaupun kita tak faham dan tak tahu apa yang mereka bincangkan, ia tetap nampak sangat menarik kerana isu dan topik yang mereka open table tu sangat seronok untuk dibaca. Nak lagi best bila ada blogger indonesia yang join chat dengan blogger malaysia. Perghh syok gila sembang pasal blog, pasal trafik, pasal google Adsense, pasal itu dan pasal ini.

Aku yang hanya sekadar baca apa yang mereka chat tu pun rasa dah sangat seronok kerana banyak ilmu dan tips boleh diambil hasil daripada perbualan berinformasi mereka. Tapi kadang-kadang teringin juga membaca chat daripada blogger perempuan mengenai hal-hal blog ni. Mana la tahu perempuan punya ilmu dan pendapat lagi hebat daripada lelaki kan ?

p/s : Aku tetap suka join chat dengan blogger lelaki berbanding blogger perempuan walaupun blogger perempuan ramai cun.. wawawawa


Comments
12 Comments

12 ulasan:

Luqeem™ berkata...

aku tutup chat tu. buat menyemak je..haha..klu smbang bnda elok ok la..klu mrapu..ahh mlas..

aimie amalina berkata...

hahahah
nape aku ase aku cam blogger lelaki
ups
i'm still girl..hahaha
nice!

.diannorhayati. berkata...

hehe, selalu memerhati ye.
aku tak berape suke chat. semak kepale.

tp mostly ppuan punye cite mmg camtu :p

PeRmAtA bIrU berkata...

saya dah set tutup grup punya chat.. jadi saya tak tau apa2... rugi plak..

SITI NOORNADIYANA berkata...

perempuan kalo sembang memang gitu ah. same ah kalo dgn makcik2 sebelah rumah tu.. hehe..

Zul Fattah berkata...

layan bro..

[sutera kasih] berkata...

saya tak suka chat ^__^

adifatah ~ berkata...

aku pny fb grup chat pon da set mmg xde..so,x tahu ape benda.nak bukak balik pon dah x tahu..nsb baek la kan... :p

azrijohan berkata...

uihhh,gatai mu freaky



http://innit.nuffnang.com/view/1992991/faktasebab-utama-bloggers-memilih-iklan-nuffnang

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

hahaaa . Tia jarang berchat lah .. dengan freaky dan adan saje lah .. hahaaa ..

Mas Ahmad Safwan berkata...

.perempuan suka bergossip ~
.menchik taw

Panggil aku Han berkata...

chat tu aku biar je...tgk tanpa menyampuk apa2..hahah..

 
Related Posts with Thumbnails