Rabu, 3 Ogos 2011

Panjang Berjela Atau Pendek ?

Komen ni daripada pemilik blog Auto Dunia Blog & Permotoran mengenai entri aku yang berjela selepas menukar template. Berjela sangat ke entri yang ditulis kebelakangan ni ? Hurmm aku pun ada rasa panjang juga tapi nak buat macam mana dah tangan sedap sangat menaip sampai tak ingat nak berhenti. Lagipun sekarang ni aku kurang update blog berbanding dulu kerana sejak masuk bulan ramadhan, banyak blog senyap dan aktiviti blogwalking pun agak slow.

Mungkin ramai yang penat atau pun malas nak tengok blog sebab tu pengunjung pun berkurangan dan aktiviti blogwalking tidak rancak sangat. Pagi hingga petang waktu berkerja. Balik kerja terus penat jadi kena la rehat. Petang kena pergi cari makanan atau lauk. Malam terawih. Balik terawih pun penat jadi mahu berehat dan masuk tidur awal untuk sahur esok pagi pula. Haa mana ada masa sangat nak blogwalking. Pandai-pandai je aku buat alasan merepek kan ?

Alamak !! ni dah lari tajuk sebenarnya. Kalau diikutkan tak kisah la nak buat entri panjang atau pendek kerana beberapa hari ni aku suka menaip ikut mood. Kalau mood elok dan gatal tangan, maka panjang la entrinya. Kalau takde mood, memang ciput la entri sampai 2 atau 3 perenggan je. Tapi yang penting bukan panjang atau pendek sesebuah entri tu, keseronokan kepada penulis dan pembaca lagi best.

Kalau panjang tapi tak best, tak guna juga kerana tiada siapa nak baca. Kalau pendek tapi sangat best entri tu, memang ramai la suka dan banyak la komen yang diterima. Apa pun yang paling penting adalah isi dan mesej yang ingin disampaikan dalam entri. Tapi kalau takde mesej pun takpe, pandai-pandai la selitkan unsur jenaka supaya apabila dibaca sangat seronok dan boleh gelak sampai guling-guling.

p/s : Hurmm nak buat apa ye =_=
Comments
16 Comments

16 ulasan:

sergeant keroro berkata...

well, that's what i'm talking about XD

Luqeem™ berkata...

betul, tak kisah panjang pendek, janji ada isi yang nak disampaikan. :D

azrijohan berkata...

hehe..
hang buat panjang pendek tetap cun kot....

cucu umie berkata...

yg pntg ad cerita yg mhu disampaikan..hehe

aiman berkata...

betul.. janji hasratnya sampai..

GaRy™ berkata...

hehehe... panjang ke, pendek ke, aq baca gak!!X)

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

hahaaa . Tia okey je pun baca . betul tu , kalau entri tu best .. yang membaca tu takkan sedar pun yang entri tu dia dah habis baca . heheh :D

aimie amalina berkata...

weeeee
betol!
pnjg ke pndk ke x kesah..asal best an2!

Cik Wedges berkata...

panjang pendek bukan ukuran....ukuran nilai itu terletak pada isinya...:)

Shaherah berkata...

ish.. memang tak kesah lar.. panjang ke pendek ke.. shera tetap bace.. ^_^

cx's berkata...

wah! gila terbaik letak iC Blogger kat blog. smart! :) bgs la idea musicbrilliant ni kan :)

SoLy SoLicious berkata...

pnjg ke pendek ke xkesah asal ade pengisian kan ^____^

izyan yasmin berkata...

betul betul , bila tgn dah sedap menaik tak sdr kot entry dh panjang :)

diana berkata...

ye ke traffic kurang bulan posa..??
akak rasa tak la..
makin bertambah ada la..
puasa 3 hari dah..
puasa hari pertama traffic akak mendadak 800uv sehari..
sebab akak berblog lepas sahur.
akak tengok lepas sahur memang rajin yang update blog dan bw..

Anyyss Shuhaimi berkata...

yang penting makna sampai kepada pembaca.. :)

[sutera kasih] berkata...

tak lah smpai berjela sgt..pjg jgkla tp still org nak baca sbb sedang-sedang, pendek tak, panjang sgt pun tak :)

kalau sy, hari rabu la hari sy eskep blogging..post gmbar saja..sbb kdg2 need rest jgk huhu

 
Related Posts with Thumbnails