Isnin, 1 Ogos 2011

The Other Khairul.. Gila Mantap !!!

Pada malam hari tu aku tidak tidur kerana sibuk membaca dan meneliti penulisan blog Pendekar Berkuda . Kesimpulannya entri Pendekar Berkuda sangat menarik untuk dibaca dan banyak juga aku pelajari hasil daripada pembacaan di blog Pendekar Berkuda.

Malam tadi juga aku tak tidur. Kali ni aku mahu membaca dan meneliti penulisan blog The Other Khairul kerana ramai blogger yang memuji mengenai penulisan dan entri dia. Ada suatu hari tu aku nampak seorang kawan di facebook share entri blog dia di wall. Tajuknya aku tak ingat kerana masa tu tak berminat nak tahu dengan lebih lanjut.

Aku Google dan baru saja taip The O, sudah ada senarai The Other Khairul. Wah ini sangat mantap. Terus aku ke blog beliau. First impression aku = Woww !! cantiknya template dan tema warna yang digunakan dalam blog. Erkk maaf, aku jenis yang mudah tertarik dengan style dan rupa paras blog. Nampak simple dan sangat kemas dan aku suka rupa blog dia.

Dah habis tengok rupa blog yang menarik tu, aku kemudian baca entri dia yang bertajuk Reasons Kenapa Ramai Orang Benci Bloggers . Alamak entri dia panjang sangat la. Aku tak berapa suka dengan entri panjang. Tapi takpe, demi belajar dan kaji penulisan blog dia, aku baca dengan teliti setiap ayat yang ditulis dalam entri tu.

Perenggan pertama dah berjaya membuatkan aku berfikir kenapa pengguna Facebook tidak digelar Facebooker. Aisehmen !! Gila mantap bai !! perenggan pertama dah berjaya goda aku. Kemudian aku baca lagi dengan teliti perenggan yang lain sampai la habis. Dah habis 1 entri aku baca. Aku baca sekali lagi entri yang sama. Bila dah habis, aku hanya mampu tersenyum.

Memang sangat puas dan menyeronokkan entri tersebut. Tapi 1 entri masih tidak cukup untuk aku teliti penulisan dia. Aku pilih lagi entri bertajuk Bila Blogger Terlalu Pentingkan Page View Melalui " Read More " dan juga Jenis Status dan Comment Facebook Yang Boleh Membunuh.

Perghh memang mantap gila. Disamping penulisan yang menarik, ada juga unsur lawak yang terselit membuatkan aku tersenyum dan gelak kecil semasa membaca entri di blog dia. Lepas tu aku luangkan masa beberapa jam untuk baca entri dia yang lama. Keseluruhannya memang berjaya menggoda aku dan sangat menarik untuk dibaca.

Aku dah jatuh cinta dengan blog dia. Sangat sangat menarik dan langsung tidak bosan. Lepas ni aku nak jadi silent reader blog dia la. Aku dah masukkan dalam senarai bloglist The Best Blog . Korang jangan heboh pula pasal ni. Ni hanya la pendapat dan penelitian aku terhadap blog dia. Penulisan dia memang sangat bagus.

p/s : Terima Kasih The Other Khairul kerana telah beri aku kepuasan membaca entri selama beberapa jam tanpa bosan :)
Comments
21 Comments

21 ulasan:

rara pinkmafia berkata...

wahhh mendapat pujian.nk usha jap lah.

sergeant keroro berkata...

aku dah lama jadi silent reader dia, keh3

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

Tia kenal T.O.K tu pun dari Keroro . tulisan dia memang mantap ah . setiap penulisan dia even panjang , ada isi . huhuu ..

snOw sakura berkata...

dh lma kenal mr.k tu.. mmg karangan pnjg berjela tp best.. =)

syarifahsidrus berkata...

nak baca jugala..

eh, template baru lagi? ehehe

aiman berkata...

dia memang sangat best..

GaRy™ berkata...

T^T.. aq baru taw dia wujud~..
template baru??.. mantap!!

Luqeem™ berkata...

ak baca blog dia sejak taun lepas lg..mmg best!

NuSaNa NoSa 91 berkata...

haaa.. baru freaky tau kehebatan Mr. K..

btw, melalui Mr K la keen bljr sesuatu.. bahawasanya.. xsemestinya org ske bc entry pendek2 je kn?? ramai je ske baca entry2 pnjg.. yg penting, cara penceritaan dan penulisan tu mesti menarik~ ^_^

Freaky berkata...

keen : sangat setuju. walaupun panjang tapi kalau menarik tetap ada yang membacanya. freaky dapat pengajaran juga

My Name is Mar berkata...

Aku pun baru menyedari kemantapan penulisan dia semalam...
Huhuhu....
Dia tulis panjang but still aku nak baca entri dia...

iPai berkata...

wah .. ni mesti another taiko ni ..

RepublicAku berkata...

mmg style penulisan dia ada karisma...aku juga tertarik...

sYafIk-wAy berkata...

suka gila aku blog dia tuh . hohoho

hira berkata...

hehe. best kan? dah lama saya usya blog tu~~

Clara berkata...

entry dia mmg mntap.. CR suka blog dia.. byk bce entry.. ada stu entry tu pasal surat cinta pada bakal isteri (lbey kurang cmtulah)..

suka gax bce entry tu..

mmg mantap sgt2!

myra yusreena berkata...

hehe..mr.k memang hebat lah!wlaupun entry dye mngutuk pompuan,still best..sbb bnde2 tu dye da kaji dulu before cakap men ikut sedap mulut..huhu

super d0uble F :) berkata...

bt0l3.da lame gak jadi silent reader dia.mmg mantap !

FasiHaH SupiaN berkata...

Mr K memang terbaik...

[sutera kasih] berkata...

penulisan khairul tu best..cara dia nak tackle pembaca tu, perghhh..walau panjang mana pun entri dia, org tetap nak baca jgk..sbb ada something yg buat org nak baca..

mizz coklat berkata...

best gila blog dia. lama dah jd silent readers dia, coment tak -_-"

 
Related Posts with Thumbnails