Rabu, 10 Ogos 2011

Nuffnang Dan Innity

kalau nak bincang pasal NUFNANG DAN INNITY sebenarnya sampai ke esok dan lusa takkan habis kerana banyak benda yang boleh dibincangkan. Tapi aku akan tulis sesuatu yang ringkas sahaja berdasarkan pengalaman aku menggunakan Nuffnang dan Innity dalam blog Firdaus Life ni.

Kita mulakan dengan NUFFNANG dulu ye. Sepanjang aku menggunakan Nuffnang selama hampir 1 tahun, earning aku tidak la gempak seperti blogger yang lain kerana kempen Buffered Earning tak pernah dapat dan nak tunggu jumlah klik yang tinggi sangat susah. Boleh kata purata klik aku dalam sehari hanyalah 3 atau 2 klik sahaja. Tapi bagi siapa yang dapat kempen Buffered Earning, manfaatkan kempen tu dengan cuba naikkan trafik anda. InsyaAllah akan bertambah dengan banyak income jika trafik tinggi sewaktu kempen Buffered Earning berjalan.

Berbeza pula dengan INNITY , aku baru sahaja tak sampai sebulan menggunakan Innity dan hasilnya sangat memberansangkan. Boleh kata dalam sehari aku mampu cecah Rm 5 hingga Rm 10 dan bagi aku itu sudah cukup baik kerana Trafik blog aku pun takde gempak sangat. Jumlah klik semasa menggunakan Innity juga jauh bezanya dengan jumlah klik Nuffnang. Dalam sehari aku mampu capai 10 klik berbanding dengan Nuffnang hanya 2 klik sehari.

Rasanya hanya tu je yang dapat aku bandingkan 2 pengiklanan yang pernah aku pakai. Apa pun pendapatan daripada blog, jangan jadikan ia sebagai penghalang dalam aktiviti blogging. Jangan sampai kita jadi down kerana tidak menerima sebarang income daripada blog. Blog itu merupakan hobi yang menyeronokkan dan jadikan ia seronok. :)

Comments
1 Comments

1 ulasan:

Zul Fattah berkata...

woooo.. gempak gile.. aku tak pernah pun dapat cek dari nuffnang... malas doh raso nk caro.. letak iklan pun, sebab nk bagi blog nampak cantik je.. haha..

kalu lagu tu..aku pun nak innity ni..
ejah r.. aku nk daftar jugak r..

 
Related Posts with Thumbnails