Rabu, 3 Ogos 2011

Nasib Baik Tak Lemah Jantung


Ceritanya begini. Semalam aku ada cakap dalam entri bahawa sangat ramai kanak-kanak kecil yang datang ke masjid. Tapi malangnya mereka datang bukan nak solat terawih tapi duk main kejar-kejar dalam masjid dan bergelak ketawa. Biasa la budak-budak, Aku pun faham dengan perangai mereka jadi aku tak de nak kisah sangat mereka nak bising.

Tadi lepas maghrib aku datang awal ke masjid. Bila sampai kat masjid, aku pergi ke ruang lapang yang agak gelap sambil berbaring menunggu waktu isyak. 10 minit kemudian sekumpulan kanak-kanak datang di ruang yang aku berbaring tu. Mula-mula mereka hanya sembang sambil gelak ketawa. Lepas tu aku bunyi adengan kanak-kanak tu berlari sambil memekik pula.

Adess tak senang aku nak berbaring kerana bunyi bising mereka berlari dan bergurau senda. Aku pekakkan telinga dan ketika hampir terlena dan terlelap, ada satu suara yang amat kuat memecahkan kebisingan kanak-kanak yang bergurau tu.

" Hoii !! Pergi balik sekarang !! Sebelum kena penampar sorang2, baik balik sekarang. Orang datang masjid nak solat. Bukan buat bising !! "

Terkejut gila Kambing aku dengar ada orang marah. Kuat gila. Nasib baik aku takde lemah jantung. Kalau tak, dah meninggal aku dalam masjid tadi. hu hu. Rupanya yang sergah kanak-kanak tadi tu adalah Bilal masjid. Patut la suara kuat bergema 1 masjid masa dia sergah. Ha ha padan muka kanak-kanak tadi kena marah. ha ha aku tergelak sorang diri sambil berbaring.

p/s : Isu apa blogger ada sekarang ni ? hurmm aku taknak terlibat =_=
Comments
21 Comments

21 ulasan:

hira berkata...

haha. budak-budak sekarang memang macam tu. tak takut betul. insaf kejap, buat balik kemudiannya. haha :D

p/s: isu.... huhu. tak perlu terlibat~

Luqeem™ berkata...

kanak2 kena ajar solat terawih ni. hee..

p/s: ada isu apa eh? yg dgr pn psl BA tu la..huhu

syarifahsidrus berkata...

sama lah kat sini, kanak2 bermain2 kat masjid..sabor ajela...

p/s : ada isu ke? tataw2..hehe

aiman berkata...

hahaha.. sempat lg baring lepas makan.. ku dulu macam tu kot.. haha..

p/s : isu.. tak perlu terlibat kot..

[sutera kasih] berkata...

td pun tak khusyuk sbb adaka patut bdk2 tu main mercum kt luar..ya Allah..sabo je la..

aPIP berkata...

perh lps buka pose baring kt masjid :D seronok...ha3
hehe... ben ashaari mcm terasa jer ngn PS??

sergeant keroro berkata...

hehe, opocot mak kau XD

p/s : isu biasa la, nak borak ke?

Syuxer berkata...

dah boleh wat wasiat dah tuh hahahahah..;p..

cucu umie berkata...

cept2 lh bt wasiat bro..kehkeh

aimie amalina berkata...

maw teberak tekencing dgr ni..hehehhee

Panggil aku Han berkata...

hahah..biasa la budak :D

p/s: isu?? baca , komen lps tu blah mcm xde apa..

saiazuan berkata...

huhu dlu time bdak2 pn slalu baut mcm tu

Puteri Biru berkata...

nama pun budak2, sabar jelah..

Ezad Skytech berkata...

haha..budak2..biasa la tu..

kiz berkata...

kalau hari jumaat pun sama ler..bising cam tu gak..

eszy yamin berkata...

memang kadang rasa nak penampo dan penerajang bebudak tu, tp dr kecik ni la nak didik dorang pegi surau atau masjid, cuma parents kenan lebih pantau la anak2 dorang, blik umah tegur baik2 anak memasing..slps kejadian bilal tengking dorang aku rasa tak ramai bebudak yg berani pegi surau atau masjid lagi..dan jgn salahkan mereka lagi bila hati mereka tiada lagi untuk surau dan masjid..wallahualam...

SI GADIS AYU ADRIANA berkata...

eehhee..sgh sini..salam ramadhan :)

diana berkata...

budak2 ni memang la..
tak tahu nak cakap cemana dah..
kalau kata tak pesan tipu la kan...
tapi sekali sekala memang kena bekeras jugak..
untuk yang liat nak dengar nasihat..

yatie Awang berkata...

masa kita semua kecik2 dulu macam tu tak? terutama yg lelaki...sama aje kan? hihi

aremieroul berkata...

ha3..sian dak2 tu.. he3..

asnizaziz berkata...

kesian budak2 tu.tok bilal pon tak patut la marah sampai mcm tu sekali..

 
Related Posts with Thumbnails