Rabu, 3 Ogos 2011

Mood Dalam Blogging

DAPATKAN MOOD DALAM BLOGGING

Dalam kehidupan, mood memainkan peranan yang penting dalam mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu kerja. Kalau takde mood, memang kerja entah kemana dan pekerja pun hilang entah ke mana. Silap hari bulan taraf hidup seseorang boleh jatuh mendadak kerana ketiadaan mood dalam bekerja. Itu merupakan satu contoh berkaitan mood individu dalam kehidupan yang nyata.

Kalau di alam maya, mood juga sangat penting terutama sekali kepada blogger. Ia sangat penting kerana membantu blogger lebih bersemangat untuk menulis di blog dan menghasilkan entri yang bagus. Kalau setakat ada idea yang bernas tapi tidak disokong dengan MOOD yang baik, akhir sekali entri yang dihasilkan mungkin agak cincai dan tidak menyeronokkan untuk dibaca.

Ada juga kes dimana blogger kehilangan mood semasa menaip entri. Perenggan pertama sudah disiapkan dan isinya agak menarik untuk dibaca. Bila masuk ke perenggan yang lain, mood tiba-tiba berubah dan menyebabkan kemalasan melanda untuk meneruskan penulisan. Bukan blur ketiadaan idea, bukan tak tahu nak tulis apa. Cuma mood dan feeling itu tiba-tiba hilang.

Yang tu masih ok lagi. Kalau jadi macam aku yang bengom ni, dah separuh entri nak siap ditulis. Last sekali mood tiba-tiba hilang. Ah sudah !! Macam mana ni ? Entri dah separuh ditaip tapi mood pula lari. Takkan nak padam semua entri yang dah taip ? Rugi laaa macam ni. Last sekali teruskan menaip juga walaupun mood hilang. Takpe masih ada idea yang menyokong ketiadaan mood.

Tu merupakan 2 situasi yang agak banyak berlaku pada blogger. Ada juga situasi di mana blogger belum menaip apa-apa lagi dalam blog akibat ketiadaan mood. Lepas tu tangguh nak update sampai ke esok. Esok pun sama juga tiada mood. Tangguh lagi sampai ke lusa. Lusa pun sama. Akhir sekali seminggu baru boleh update 1 entri. Fuuhh dasat !!. Tapi memang ada dan aku pernah alami masa mula-mula ada blog dulu.

Perkara ni dah menjadi kebiasaan pada blogger dan wajib mereka mengalaminya. Cuma yang bezanya, ada blogger cepat dapat mood berbanding dengan blogger lain. Ini kerana mereka pandai mencari mood untuk menulis atau boleh jadi mereka ni blogger tegar. Sekarang ni pun aku tak ada mood sangat nak menulis tapi main tulis juga. Huurmm =_=
Comments
23 Comments

23 ulasan:

syaz@rozelt berkata...

haha..nie SEO perkataan mood ke freaky??hhehe

selalu je jadi macam tu..btol la mooad sangat penting dlm berblog!

Luqeem™ berkata...

mood kadang2 up and down, kita boleh kawal mood kita kalau faham mood kita

sergeant keroro berkata...

beselah, semalam aku mood ke angkasa.

p/s : hari ni ko pulak? XD

SoLy SoLicious berkata...

kalo mood smpai sekerat jalan aje, alamknye simpan dlaam draf ajelah....teeheee

gedek! berkata...

faham maksod tu....

uncle sendiri dah terperangkap dengan belog ni... ada mood ke tak de mood ke....

kena buat entry jugak....

Syuxer berkata...

aku memang camtuh bro..heheh..ada mood adalah entri..xde mood..main game dan laayn citer heheh..

tapi kadang2 ada mood pun xde gak,kerna malas pulak jadi hal heheh

kiz berkata...

aku sekarang mood menulis tengah ok..tapi modd nak buka mata macam tak ada..haha

Shaherah berkata...

hahah mood ni kengkadang datang ngan pergi.. easy come, easy go.. hahah boleh gitu.. macam shera pun kengkadang tak ada mood nk update.. tapi nak pastikan satu ari satu entri.. kena cari mood tu gak.. heheh..

peNulis SeNjA berkata...

mood ganti template hari ni hahaha

Bui Junaidi berkata...

sangat setuju..bui kalau takder mood mmg tak der idea langsung..otak jadi blank..huhuhu

ainondreamergirl♥ berkata...

selalunya ada mood tp xde idea. hahaha :D

aimie amalina berkata...

kite sume kene ade mojaaaa!weee

cucu umie berkata...

kalo ayie..biaselah xad mood tido..ngeh4x

syrupmasin berkata...

mood maen perana penting oo :D

My Name is Mar berkata...

Mood aku kalau ke laut...
Entri aku pun ke laut jugak lah..
Ha-ha-ha:D

Aku seorang CASANOVA

Bigdaddyz berkata...

semakin berisi setiap entry....bagus teruskan....:)

mas saari berkata...

betullah... kadang2 ada mood takde idea! pastu bila takde mood idea ada! huhuhuhu...

diana berkata...

selalunya yang merungut tak de mood ni dari kalangan pelajar..kan??
surirumah macam akak ni kalau tak de mood tak bole diikut2kan sangt mood ni..sebab ada anak ada suami..takut mempengaruhi pulak..
sebab tu akak selalu update blog..
mood sentiasa ada..
heheheheh

Finaz Jaafar berkata...

ada mood nak update tapi takde bahan..haiyaaakkkkk

rara pinkmafia berkata...

rara pon sllu cm tu,tgh rajin rajin laaaa,kalau mls.hmm kirim salam.

PeRmAtA bIrU berkata...

betul tu.. mood sangat memainkan peranan yang penting... saya pon pernah.. tengah taip tba2 mood hilang... terus buka lagu.. kuar amik udara sikit... pastu duduk and terus menaip.. hahahah... selamat mood senang dapat balik.. kalau x tak terupdate la blog..:)

fort cornwallis tu kat penang..kat padang kota..:)

HAFIZAL berkata...

sejak dah guna templet baru nie...rajin yerk firdaus buat entri berjela

[sutera kasih] berkata...

mood penting jgk..yg penting, ada tangan nk menaip hehe
just chillex blogging ni..sy pernah xda mood terus dgn blog..sebulan tak update ngeee

 
Related Posts with Thumbnails