Selasa, 2 Ogos 2011

Mencari Pembaca Setia


Pembaca setia... Bila ditanya kepada bloggers, memang mereka mahukan blog mereka mempunyai pembaca setia. Tapi ada juga yang mengaku dan syok sendiri macam aku bahawa blog mereka mempunyai pembaca setia. Errkk !! yang tu aku tak mahu sembang. Kang lari daripada topik pula dan silap hari bulan aku kena hentam dengan blogger lain.

Berbalik kepada tajuk mencari pembaca setia, ia bukan sesuatu yang mudah dan bukan juga sesuatu yang mustahil untuk dapat. Buktinya ada blog yang mana pengikutnya sedikit dan trafiknya rendah tapi mampu menarik pengunjung menjadi pembaca setia di blog mereka. Ada juga di mana blog mempunyai pengikut ramai dan trafik tinggi tapi sebenarnya tanpa kita ketahui bahawa blog dia langsung tiada pembaca setia. Trafik yang banyak itu mungkin datang daripada enjin carian dan followers yang ramai tak semestinya akan jadi pembaca setia. Ini adalah Fakta !!

Tapi persoalan utama yang bermain dalam benak fikiran ni, Gimana Sih mahu mendapatkan pembaca setia ? Adakah perlu ditampalkan gambar-gambar ghairah yang mampu menaikkan nafsu syahwat di dalam blog ? Adakah perlu membuat hentaman blog orang lain supaya orang lain jadi pembaca setia di blog kita ? atau bla bla bla ? Itu semua terpulang pada teknik masing.

Nak guna cara halal atau haram untuk dapatkan pembaca setia tu semua cara masing-masing dan aku tak nak bincang hal tu kat sini. Tapi dalam banyak-banyak teknik atau cara yang mereka gunakan untuk dapatkan pembaca setia, mereka semua ada 1 persamaan yang nyata iaitu identiti blog dan penulisan. Serius !! bila dilihat dengan teliti, blog yang mempunyai pembaca setia memang ada identiti mereka yang tersendiri.

Pembaca setia suka pada identiti dan sesuatu yang asli pada sesebuah blog. Buah fikiran yang asli, hasil penulisan yang asli, dan juga identiti blog yang asli merupakan faktor utama yang memainkan peranan dalam menggoda pengunjung blog menjadi pembaca setia. Lepas ni sila jadikan semua asli dalam blog anda jika mahu dapatkan pembaca setia. Tapi Awas !! jangan pula anda jadi orang asli. Bimbang nanti anda upload gambar separuh bogel di dalam blog :P

p/s : Pembaca setia dan Silent reader tu sama ke ? huurrmm
Comments
25 Comments

25 ulasan:

sergeant keroro berkata...

silent reader tu pembaca setia, pembaca setia tu tak semestinya silent reader.

keh3

Panggil aku Han berkata...

sokong part identiti tu :)

Luqeem™ berkata...

sokong keroro! haha

entry2 blog kena sama dengan identiti blog ke?

Tea Dno berkata...

setuju dengan kata2 kero. takyah komen lah camni. hahah. ;p

Tea Dno berkata...

terpulang la nak rencahkan blog kita camne. :)

daya berkata...

kadang2 kite tak tau blog kite tu ada org baca ke tak, kan. followers pun tak semestinya baca setiap entri kite. :)

My Name is Mar berkata...

Wa pembaca setia lu..
Ha-ha-ha:D
Susah ler derrr... Nak cari yang setia...
Kadang ada 1000 follower tapi yang setia baca just 1 orang sahaja...

Jadual UPDATE Blog

Faztee Danisha berkata...

kdg pengikut bnyk tp blog xde le best sngt..for me just jd diri sndiri je..tak de le serius ngt pn..actually lbih kpd suke..up to reader either nk bc or x..tapi kalu ade yg setia ngan blog kite tu alhamdulillah..silent reader yup slalunya pembaca setia..

aiman berkata...

hehe.. kalau ada pembaca setia best la.. :)

SoLy SoLicious berkata...

ade yang se"tia"..
ade yg 2 "tia"
ade yang 3"tia"


hahaha...btw, belog awk ni, slalu sy bce..

azrijohan berkata...

pembaca setia...

lagi best kalau ade anonymous setia..muahahaha...memang hari hari la bertekak jawab nya

rara pinkmafia berkata...

aah kan.apa guna nya kalau followers ramai tp tak de yg komen.xpuas.

Bitter berkata...

depends jugak pada niat blogger tu sendiri..dia nak tarik minat sapa utk membaca kan?? oh, btw..pembaca setia mostly akan follow sebab die taknak terlepas satu pun entri atau dia nak bertindak hanya sebagai silent reader utk sorok identiti/ takde blog :) salam ramadhan :)

sue perbs.. berkata...

best nye kucing pon bce blog ni ek.. hehe.. kdg2 bce enti tk komen tp tetap setia membace

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

hahaaa . Tia pun tak tau kalau blog Tia ada pembaca setia atau tak .. yang Tia tau , ada orang membacanya .. hehee :)

syiela berkata...

jgn follower ramai tapi tiada yg membacanya. dtg masa follow je.. pastu hilang...

***syiela pun x tau blog syiela ada pembaca setia ker tidak hehhehe

syarifahsidrus berkata...

kalau setiap entri kita ada sambutan adalah tu pembaca setia kan..macam blog freaky ni :)

HAFIZAL berkata...

saya sokong lah firdaus

gedek! berkata...

separuh setia boleh?

cik aisha berkata...

ssh kot nak cari pembaca setia...tapi mesti ada jugak.
silent reader mungkin pembaca setia....:)

~syue syada~ berkata...

bestnya kalo blog ada pembaca setia kan .... identiti sendiri yg menark tu yang susa nak cari.huhu

Nurasyiqin berkata...

nak cari polower tu senag tapi nak cari pembaca setia tu mmg susah..=) bg cikin pembaca setia tak semestinyer silent reader..

Shaherah berkata...

bg shera silent reader pun pembaca setia.. kengkadang dieorang tak ada blog.. tapi blog kita dia bookmarked.. jadi dia follow secara tak langsungkan.. ^_^

[sutera kasih] berkata...

sokong pendapat kero kt atas tu hehe
sy pun tengah berusaha utk jadi org asli, ehhh mksud sy, try utk tidak copy & paste dan sertakan sumber entri asal org lagi..try utk buat entri idea sendiri, tp bukan mudah huhu ibarat nk buat assignment la pulak..

tips paling simple nk ada pembaca setia, kita pun kena setia dgn mereka, walau sesibuk mana sekalipun, cuba jgk luangkan masa utk mereka yg setia :)

silent reader ni sukar dijangka..setiap blog rasanya pasti ada silent reader yg setia..dah namanya silent reder, memang kita takkan tahu :P

Fee Hafeezah ketuk keyboard berkata...

tak semstinya yg komen itu adalah pmbaca setia, tak semestinya jugak pmbaca setia kena drop komen.. sometimes silent reader tuh adalah pmbaca setia.. cuma dia low profile je nk menonjol..hehe.. okay freaky! aku baca je blog ko nih, jgn risau tp kngkdg malas nk drop komen,, so just baca n gelak.. bila aku rasa patut komen aku komenlah..komen tuh actually berfungsi utk menyatakan pendapat memasing..:D

 
Related Posts with Thumbnails