Jumaat, 12 Ogos 2011

Marang Kerapu Haktui Bomoh !!

Jom lawat dan Follow senarai blog kumpulan 13 di SINI .

Hari ni tiba-tiba je aku teringat akan situasi mengenai bomoh. Cerita ni berlaku pada tahun 2006 dan pada masa tu aku berada di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Masa tu aku jatuh sakit dan terpaksa berada di hospital selama 2 minggu lebih. Beberapa hari sebelum nak balik rumah, aku bersama ayah ada pergi jalan-jalan di sekitar hospital untuk lakukan senaman kesihatan aku.

Masa jalan-jalan di sekitar hospital, aku dan ayah ada berhenti di satu taman. Taman tu dekat dengan bahagian menunggu bagi pesakit yang ingin bertemu dengan doktor. Jadi aku nampak sangat ramai orang yang menunggu giliran. Dalam ramai-ramai tu, aku nampak seorang budak dan ayahnya sedang menunggu di suatu sudut.

Dari segi pemerhatian aku, mungkin budak tu sakit macam aku jugak kerana badannya sangat kurus dan muka cengkung macam kekurangan zat. Ayah aku pun pergi dekat budak dan ayahnya tu. Ayah aku pun tanya kepada pakcik tu mengenai sakit anaknya. Pakcik tu pun cerita la mengenai sakit anaknya dan memang anaknya sakit sama macam aku.
Sedang tengah rancak berbual, pakcik tu ada buka topik pasal bomoh. Dia kata sebelum datang ke hospital, dia bawa anak dia pergi jumpa bomoh untuk rawat. Lepas berbomoh, dapat tahu bahawa sakit anaknya itu dibuat orang. Ubatnya perlu minum air yang diberi bomoh tu.

Air yang diberi oleh bomoh itu sangat mujarab kerana anaknya sihat untuk satu tempoh yang agak lama. Suatu hari sakit anaknya datang kembali. Maka pakcik tu pun bawak berjumpa dengan bomoh tu balik. Bomoh tu kata masih lagi buatan orang dan diberi lagi air jampi sebagai ubat kepada sakit anaknya itu.

Pakcik tu pun bagi lagi air jampi kepada anaknya dan selepas tu anaknya sihat kembali. Suatu tempoh kemudian, sakit anaknya datang lagi. Kali ni pakcik tu bertindak dengan sangat cerdik dengan membawa anaknya ke hospital untuk di-cek. Lepas cek dan X-ray semua, baru la tahu sakit yang dihadapi anaknya.

Mujur la pakcik tu sempat bawa anaknya ke hospital dan perancangan untuk lakukan pembedahan secepat mungkin dalam proses perbincangan dengan doktor. Kalau la pakcik tu masih lagi berjumpa dengan bomoh, entah apa la keadaan anak dia nanti. Mungkin dah jadi arwah.

Sebelum aku dan ayah beredar, pakcik tu ada sebut bahawa bomoh tak boleh pakai. Kata buatan orang itu dan ini. Tapi siapa yang buat pun tak tahu. Last sekali datang hospital dapat juga tahu apa sebab sakit anaknya dan bagaimana nak rawat sakit anak dia. hi hi hi tu la pakcik, siapa suruh pergi bomoh. Pergi hospital kan mudah.
Comments
9 Comments

9 ulasan:

peachippo berkata...

hehehe..betol3..org islam mane bole pakai bomoh laa..pakcik ni sekeh kan!hehe

peachippo berkata...

hehehe..betol3..org islam mane bole pakai bomoh laa..pakcik ni sekeh kan!hehe

RepublicAku berkata...

kalau tangan doktor dah angkat tinggi2 tanda serender barulah gunakan jalan alternatif...

Luqeem™ berkata...

guna rawatan islam je sekarang ni klu nk rawat penyakit..mudah dan senang..

:)

ir yien 9897 berkata...

kalau yien nak guna rawatan ASYARAF MUSLIM... :)
ada udang di sebalik batu..hehehe

syaz@rozelt berkata...

ntah air ape la bomoh tu kasik dak tu minum kan..ehee~

cucu umie berkata...

mmg ad certain bomoh ini hanya ingin duit semata2..

sergeant keroro berkata...

perubatan islam ok jugak kot, hehe XD

aiman berkata...

ikut jer perubatan islam.. dah banyak sekarang ni..

 
Related Posts with Thumbnails