Selasa, 16 Ogos 2011

Kepentingan Join Segmen Bloglist

Aku pernah bincang pasal kepentingan dan faedah join segmen bloglist dalam 1 entri pada bulan Julai. Tapi kali ni aku nak cakap lagi sebagai tujuan berkongsi ilmu. Aku pernah baca di beberapa blog bahawa join segmen bloglist ni tidak memberi apa-apa faedah atau manfaat kerana last sekali penganjur yang buat segmen bloglist langsung tidak melawat ke blog yang dimasukkan ke dalam bloglist. Betol ke penganjur tidak lawat ? Yang tu aku tak tahu la betol atau tidak dan aku tak mahu pertikaikan yang tu.

Jadi balik kepada tajuk asal, apa itu KEPENTINGAN JOIN SEGMEN BLOGLIST ? atau dengan kata lain adalah Faedah yang diperoleh dengan join segmen bloglist. Dulu masa aku mula-mula buat blog, cara utama aku nak promosi blog adalah dengan join segmen Bloglist. Masa tu tak kenal lagi group blog di facebook atau geng blogger. Jadi aku cuba dengan cara join segmen bloglist dan hasilnya agak memberansangkan. Boleh la dapat beberapa pengunjung daripada beberapa blog penganjur.
Kita bukan popular atau terkenal atau punya ramai kawan untuk orang lain letakkan blog kita dalam bloglist mereka. Jadi untuk atasi masalah ni, join segmen bloglist sebanyak mungkin. Lagi banyak yang di join, lagi membawa keuntungan kepada blog anda sendiri. Tapi persoalan utamanya adalah, dari mana datang keuntungan atau faedah itu ? hurrmm cuba fikir.

Ok jawapannya mudah je. Apabila kita join segmen bloglist, penganjur akan meletakkan blog kita ke dalam bloglist mereka. Kalau kita join 20 segmen bloglist ? haaa maka 20 penganjur akan letakkan blog kita ke dalam bloglist mereka. Nampak tak ? Tak nampak lagi ? ok lepas dah join 20 segmen bloglist dan penganjur dah masukkan ke dalam bloglist mereka, maka tugas utama anda hanya la perlu update sekerap yang mungkin.

Bila kita update blog, entri terbaru kita akan terpampang di 20 bloglist penganjur. Waaa 20 tuuu banyak. Kalau semua 20 blog penganjur mempunyai pengunjung 300 lebih sehari, kita pun boleh dapat sikit trafik daripada mereka apabila pengunjung klik entri blog kita pada bloglist penganjur. Haaa dah penin ke ? aku pun tengah penin juga ni.

Jadi itu la kebaikan join segmen bloglist. Tak rugi apa pun kalau join. Lantak la penganjur nak lawat ke tidak, yang penting pengunjung blog penganjur akan datang ke blog kita dan blog kita sudah dimasukkan ke dalam bloglist mereka. Itu salah satu cara untuk promote blog yang agak berkesan yang pernah aku guna.

p/s : Kalau 50 penganjur letakkan blog kita dalam bloglist... waahhh untung laaaa.. nak join segmen ? klik sini

Comments
11 Comments

11 ulasan:

♛ Azie Azra ♛ berkata...

azie dah lama tak join bloglist. tp skank mcm dah berkurang je mende cmtu. contest pun kurg

Lieyda berkata...

yeah betol sgt2 firdaus. psstt.ble nk letak link i kt blog u? haha

sergeant keroro berkata...

tapi selalunya tak berkesan actually. daripada aku sendiri yang selalu masuk bloglist.

well, expectation versus reality.

Bitter berkata...

ermmm..kdg kdg betul jugak..tapi kdg kdg tak berkesan jugakk :)

Shaherah berkata...

haaa.. betul betul2..

faridah nazurah berkata...

setuju sangat. join bloglist memang menguntungkan. haha melebih lak

cucu umie berkata...

that's right bro..ayie dpt juga merasa traffic yg dtng dripada blog freaky..hehe diorng dtng dripda bloglist

Luqeem™ berkata...

tapi ikut bloglist tu jugak la. kalau dalam 1 bloglist tu ramai yang update, percentage untuk blog kita ditekan lebih kurang 20%.

lain la kalau bloglist tu tak ramai yang update, senang orang nak klik.

kiz berkata...

tapi aku tak der pun buat segmen..tapi ada lak senarai bloglist..hahahaha..

aimie amalina berkata...

hehehe
betol!
ni cara supaya belog selalu mnjadi tumpuan reader =)

GaRy™ berkata...

hehehehe..... sebab tuh aq buat segmen bloglist... untung sama untung... hihihi....

 
Related Posts with Thumbnails