Ahad, 7 Ogos 2011

Kau Spam Wall Home Aku

Jom lawat dan follow senarai blog kumpulan 3 di SINI .


Entri ni bukan kategori emosional seperti tajuk diatas. Kebelakangan ni aku kurang ping entri blog kat group blog di facebook terutama sekali yang open group tu. Kalau dulu hampir semua group blog yang ada kat facebook tu aku nak ping tapi sejak sistem facebook di ubah, aku jadi tak berapa suka nak ping banyak-banyak.

Kalau nak ping pun kat 3 group je sekali ping. Tunggu sejam kemudian baru ping group lain pula. Sejak facebook upgrade sistem, semua friend boleh nampak ping yang kita buat di group blog. Maknanya kalau dalam 1 masa tu kita ping di 10 group blog, semua friend boleh nampak 10 ping kita tu di Home Wall mereka. Kalau ada kawan sampai 1000, semua 1000 tu boleh nampak ping yang kita buat kat group blog.

Itu kalau kita ping di 10 group. Kalau kita ping di 30 group blog serentak pada masa yang sama. Maka semua friend kita akan nampak 30 ping tu sampai semak Home Wall mereka. Kalau group blog itu kategori " closed group " , baru la friend kita tak nampak. Aku tahu perkara ni pun selepas tengok beberapa kawan blogger ping entri mereka di group yang aku tak pernah join.

Hairan juga, aku tak join pun group blog tu tapi macam mana aku boleh nampak dia ping kat group tersebut ? Lepas beberapa ketika baru aku faham yang semua friend boleh nampak kat Home Wall mereka mengenai dimana kita ping entri blog. Sebagai seorang blogger, aku tak kisah pun kalau nampak 30 ping berderet kat Home Wall kerana aku faham apa yang mereka lakukan.

Tapi bagi kawan-kawan kita yang takde blog, mereka sangat tak faham dengan apa yang kita lakukan sampai ping di 30 group dan semakkan Home Wall mereka. Memang mereka boleh hide all post daripada kita. Tapi takkan 1000 friend kita yang takde blog terpaksa hide post daripada kita semata-mata nak elakkan semak di Home Wall.

Last sekali aku tak ping dah kat 10+ group secara serentak pada masa yang sama. Takut semakkan Home Wall mereka. GGrrr !! Ini semua gara-gara sistem facebook yang baru diupgrade. Kalau yang dulu nak ping kat 100 group pun takpe kerana hanya yang join group itu akan nampak dan friend yang tak join takkan nampak ping kita.

p/s : Semuanya berpunca daripada sistem facebook yang baru ni.. gggrrrr
Comments
13 Comments

13 ulasan:

Luqeem™ berkata...

betul2..
aku pun tak suka gak, buat menyemak je..

selamat kawan2 aku tak kata2 apa lg..huhu

H.J berkata...

betul2..aku pom baru perasan

Bitter berkata...

agak lahh..mula mula aku tak amik pot sgt..tapi bila baca entri kau nih.mula aku dah teringat..tapi aku okay je cuma status2 kawan-kawan aku yg lain dah tak nampak..alamakkk!

c genk bah ne berkata...

betul tu,,genk tak suka,,semak je..lagi pun kbykkn org yg sama je yg ping...

Ct Aja berkata...

la patutla pelik, cm ne org yang luar dari group leh like blog saya... emm pasni conform tak ping dah... thnx share..

[sutera kasih] berkata...

aahhh..tu la yg peliknya tu, rupanya pasal sistem baru..hmm malas dh nk ping kalo cmtu..

Bigdaddyz berkata...

hmmm tak berapa tahu la pulak..

Bigdaddyz berkata...

hmmm tak berapa tahu la pulak..

Syazwan Che Deraman berkata...

betol bro..ramai kawan aku yang komen sebab menyemakkan wall mereka..hmmm..ada jalan penyelesaian tak?..

iMah berkata...

xsukoO oOo sistem fb yg baru..

aPIP berkata...

aku peduli hape dorg nk ckp..XD...

sergeant keroro berkata...

aku pon dah jarang, serius!

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

ye ke ? Tia baru tau ni Freaky .. tapi rakan fb Tia kebanyakkannya blogger . cemana tu ?

 
Related Posts with Thumbnails