Ahad, 21 Ogos 2011

Jelesnya Tengok Orang Menang Contest

Beberapa hari ni aku nampak banyak blog buat contest yang menarik. Ada yang sangat susah dan ada yang senang untuk menang. Tapi kalau yang senang tu mesti ramai gila yang join. Last sekali jadi susah juga nak menang sebab ramai sangat penyertaan dan peluang untuk menang jadi sangat tipis. Apa yang paling menarik dalam contest sudah tentu la hadiah yang ditawarkan kepada pemenang.

Setakat ni contest yang aku rasa sangat menarik menawarkan hadiah adalah Hosting selama 1 tahun beserta domain. Perghhh gila hebat bai hadiah hosting tuu. Kalau la aku dapat 1 hosting dah tentu aku buka blog baru dan pakai wordpress untuk main seo kat blog baru tu. Errkk tapi pandai ke aku main SEO ? :P


Tak pandai pun sebenarnya tapi apa salahnya mencuba kan ? Ok cakap pasal contest lagi. Ada beberapa contest yang buatkan aku tak berapa minat nak join. Antaranya contest yang melibatkan pemenang dipilih berdasarkan random generator. Haa part random generator tu yang aku paling tak suka dan rasa sangat tidak adil.

Bila penganjur pakai random generator, aku nak tanya sikit ni, Siapa sebenarnya juri ? Korang yang anjur contest atau random generator tu sebagai juri ? Orang lain punya la buat entri susah dan memberi jawapan yang bernas untuk menang tapi akhirnya yang MENANG CONTEST tu adalah dipilih berdasarkan random generator tu. Kasihan pada orang yang bersungguh-sungguh fikir idea semata-mata untuk menang.

Sepatutnya juri atau pengadil tu adalah korang yang anjurkan contest. Baru la adil dan telus. Mana yang betol-betol terbaik entrinya, maka dia tu la yang layak menang. Bukan suruh robot / sistem untuk tentukan siapa pemenang. Haiiyaa kan aku dah panjang merepek ni dan dah lari daripada tajuk yang sebenar.

Dah la.. lupakan pasal random generator tu. Aku sebenarnya sangat jeles melihat orang yang menang contest ni. Ada yang menang topup, menang keyboard, menang cendera hati dan macam-macam hadiah yang menarik lagi. Tapi yang tetap membuatkan aku WOW adalah hadiah Hosting dan Domain.

p/s : Ada siapa nak support Domain / Hosting untuk blog Firdaus Life tak ? Wuahahaha
Comments
27 Comments

27 ulasan:

Ezad Skytech berkata...

hosting mahal tu bro..domain boleh la..haha~

ir prof dr alia rosli berkata...

hahhahaha, kalaw yang soh random.org tue kalaw nak buat pemenang bertuah je

kalaw yang nak pilih 123, sendiri nilai la

hahhaha, sabar, ada rezeki, ada tue

a n a s t a s y e a berkata...

hehehe .. saya pun nak hosting percuma. ada sesiapa nak kasi ke (",)

www.anastasyea.com

RepublicAku berkata...

kalau aku sponsor kau aku dapat apa...keh3....menantikan jawapan!

Syazwan Che Deraman berkata...

beli la so boh.
duit innity masuk tuh!

diana berkata...

mahal la hosting...
akak rasa tak mau pakai hosting pun lagi..
pakai domain je pun ok pe..

Umie Artoqiemie berkata...

aku suka kontes yang bagi duit atau gadget je.. hahaha.. dasar mata duitan betoi aku ni.

akoo pae berkata...

btol tuu..jeles3~hee

AliaJustea berkata...

bagi alia..kalau pakai random tu untuk GA je sesuai..

PeRmAtA bIrU berkata...

random x suka pilih saya.. hukhukhuk...

SoLy SoLicious berkata...

hosting mahal kan..hohohoh.. nmpaknye berbahagia dengan blogspot aje lah...

SITI NOORNADIYANA berkata...

lagi satu, tak suke dgn contest yg kena "like" gambar & page macam kat fb tu. ^^

NadiRah berkata...

klo ga yang copy n paste banner je ambik random..
klo ikot kreativiti ambik ikot pilihan juri...
so, jeles ngan nad ke..?? hihihi

pamie berkata...

sokong bro syazwan..duit innity dah banyak dah tu..haha

Queen F berkata...

kalau yang pkaia generator tu setakat GA bulehh laa.. kalau contest yang buat itu ini kena teliti lah :D yeah aku pon jeles jugak tengok orang menang kontest >.< btw hosting tu apa? domain tu apa? okay aku noob sikit -.-'

AesyaZealous berkata...

kalau contest tu mmg kene ade juri la..setakat GA tu boleh random lagi..

fiq. berkata...

selalunye yg random ni yang GA kan, cabaran dia same je,,mcm buat entry itu je,kalau yang contest gambar ke tak patut le randomly kan,,sebab memang tak fair.

kiz berkata...

random macam tak best je..huhu..oit nak domain ka nak hosting? cepat habaq..sebelum bertukar fikiran...haha

Abang Long berkata...

Salam...kalau dah jeles sgt tengok org lain menang, apa kata, kita sendiri buat kontest, kita sendiri masuk kontest tu, kita sendiri jd juri yg pasti akan pilih kita sendiri utk jd pemenang? huahuahua

i'm ezza haniza berkata...

sobss,,,jeles jugak..sependapat dengan kamu !

Blogger Newbie berkata...

Ada banyak berjuta2 lemon membiak org2 yg buat kontest skang. Tapi x berapa byk yg btl2 buat kontest yg berkualiti patut di buru :P

Setuju dengan abg long di komen atas ekekekke

cucu umie berkata...

kehkeh.. kalo ayie rase kalo memerlukan perah otak mmg kne pakai juri diri sendiri.. hehe

Saiazuan berkata...

rmi pki rndom generator skrng.. mayb mls sgt nk judge, mayb tkt ad yg kecik ati..

Luqeem™ berkata...

aku tak pernah masuk contest. haha.

Zul Fattah berkata...

menatang apo tu, hosting dan domain?

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

huish , dapat main SEO best tu .. ada dua blog . satu personal , satu SEO . masyukkk :)

[sutera kasih] berkata...

sy support blog FL ada domain sendiri ^_^

jeles jgk kalo tgk org menang contest..tp tgk jenis contest jgkla, kalo diadili guna random, tu luck dia la menang huhu

 
Related Posts with Thumbnails