Rabu, 24 Ogos 2011

Idea Oh Idea

Aku bangun je daripada tidur pukul 2 tadi terus nampak bahagian rumah aku dipenuhi dengan banyak bekas biskut dan kuih raya. Well aku maksudkan sangat banyak sampai penuh 1 ruang lantai kat ruang tamu sampai susah nak berjalan kat bahagian tu. Haiihh mak aku dah buat hal dia dah. Kalau tak silap, tu semua biskut raya yang ditempah oleh kawan-kawan dia. Dia hanya tolong jual je sebab pembuatnya adalah kawan dia sendiri.

Malas nak tengok biskut raya yang banyak tu, kang aku berenang pula dalam lautan biskut raya sambil makan. he he he aku masuk ke dalam bilik, buang baju dan seluar. Ops !! Aku BOGEL :P ... lepas tu lantas aku ambil Towel dan segera menuju ke bilik air. Hurmm mandi ketika cuaca sangat panas memang menyeronokkan.

Tapi biasanya aku tak mandi macam cara biasa. Aku buka paip air hujan tu dengan kelajuan sederhana. Kemudian aku duduk di atas lantai seperti gambar di bawah. Aku biarkan air paip hujan tu menyiram dan menyimbah di kepala dan di badanku. Sangat tenang rasanya.

Semasa duduk dalam posisi seperti dalam gambar di atas sambil dibiarkan air menyiram badanku, kerja seterusnya yang aku lakukan adalah berfikir dan berkhayal. Banyak yang aku fikir dan khayalkan. Antaranya cuti yang semakin nak habis, raya semakin hampir, idea untuk blog, blog dan juga blog. Waahh banyaknya aku fikir pasal blog. Gila dah ke ?

p/s : Sangat tenang berfikir sambil membiarkan air menyiram kepala dan badan.

Comments
11 Comments

11 ulasan:

Farhan Hanif berkata...

nk try mandi mcm ni jugak lah...=D

kiz berkata...

adakah entri ini di tulis ketika sedang mandi..gila kentang..kalis air huhu

Panggil aku Han berkata...

gambor seksi oo...

SoLy SoLicious berkata...

siram air d badan xpe..jgn dlam mulut sudeh..hahaa

Luqeem™ berkata...

hahahaaha...ingtkn ko mandi dlm lautan biskut tu..:P

tak gila tapi fanatik :D

Tea Dno berkata...

dah obses blog dah ni.. harharhar..

sergeant keroro berkata...

wah wah, blog sepanjang masa :P

p/s : kongsi la tips earning tinggi XD

Syuxer berkata...

aku faham situasi ko mandi camtu..coz aku pernah amal camtu bila aku tengah stress..lepas je mandi camtuh..terus otak kembali ok..hehe..

Zul Fattah berkata...

tengah duk mandi tu.. sempat lagi ko update blog.. gilo palo..

haha.. mandi pun bogel lagi.. haha..
malu budak wei.. :p

Cik Siti Aziz berkata...

isk...malu la cik tngok..seksi o0..kurang pahala puasa

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

hahaa . tamo bayangkan . wahahaaa ..

 
Related Posts with Thumbnails