Semua hipothesis dan hubung kait mengenai keburukan blogger mampu ditulis dalam satu entri yang cukup panjang dan cukup lengkap. Ditambah lagi dengan gaya bahasa metafora, hiperbola dan bola sepak yang sangat kreatif sampai menyebabkan entri itu dapat sambutan yang hangat serta komen yang belambak.
Yer memang hebat !! menyenaraikan keburukan dan kelemahan blogger lain sangat hebat. Tapi bila difikirkan untuk jangka masa yang panjang, apa yang dapat sebenarnya ? Dapat kepuasan kerana berjaya mencari kesalahan dan keburukan seseorang blogger tu ? Haihh memang otak sempit betol la.
Tapi takpe, aku faham perasaan mencari kelemahan dan keburukan yang terdapat pada blogger dan blog. Masa aku dalam proses mencari follower dulu, pernah juga aku buat entri yang kurang baik mengenai blog yang pasang lagu. Kadang-kadang aku juga buat entri mengenai blogger yang suka mencapub tayang muka di sepanjang sidebar tu.
Tapi apa yang dapat bila buat entri macam tu ? Habuk pun tarak dapat faedah tu. Kononnya buat entri nak suruh tuan blog dan blogger lain sedar tapi bila difikirkan balik, apa pasal aku kecoh tak tentu hala dengan blogger dan blog tersebut pada hal dia tak cari pasal dengan aku pun.
Lawak kan ? Memang lawak apabila blogger tu tak cari pasal dengan kita pun tapi kita sibuk duk cari kelemahan dan keburukan blogger tu.. Booo sangat memalukan. Tak cukup malu lagi ke ? Ahh memang memang tebal la muka tuu. Sudah sudah la cari keburukan dan kesalahan blogger lain.
Daripada sibuk duk perah otak cari keburukan dan kesalahan blogger, lebih baik gunakan otak yang cerdas tu untuk fikir cara nak majukan blog dan up trafik. Sekurang-kurangnya bila dah maju dan trafik tinggi, dapat la juga income tinggi dan silap hari bulan boleh pakai Innity.. Masyukk wooo pakai Innity.. :P
Tak payah duk kalut dan melatah sangat duk buat entri pasal keburukan blogger lain. Bukan apa, aku bimbang 1 perkara je. Keburukan orang lain memang laju je kita nampak, keburukan diri sendiri sampai KIAMAT pun takkan mengaku... Betol tak ? ce ce ce pandai tak mengaku pulak yeee.
Hentikan la cari kesalahan blogger lain. Baik tumpukan blog sendiri je. Tak malu ke duk kecoh pasal keburukan dan kesalahan orang lain di bulan puasa ni ? Haishh macam-macam la.

26 Comments
