Selasa, 2 Ogos 2011

Duit Punya Pasal La

Cakap pasal duit, hujung bulan je pasti ramai yang runsing dan mula mengeluh. Pinjaman rumah dah bayar, bulanan kereta dah bayar, bil elektrik, air , bulanan perabot rumah, perkakasan elektrik, internet, semua dah bayar. Baki tinggal lagi ......... alamak !! cukup makan je untuk belanja bulan ni. Hujung bulan ni dah raya. Nak shoping baju raya lagi, biskut raya, langsir raya. Wahh botak kepala macam ni.

Yang lelaki botak kepala fikir pasal duit. Yang perempuan pula tak fikir dah pasal duit. Mereka lebih maju ke hadapan dalam bab pemikiran. Bagi perempuan, ada benda yang lebih penting daripada duit. Ermm baju raya tahun ni nak warna apa ? Langsir raya nak corak macam mana ? biskut raya nak beli jenis macam mana ? tahun ni nak raya kat mana ? Rantai emas untuk raya tak beli lagi.... =_=

Harap-harap la bila aku dah bekerja dan berumah tangga nanti, aku tak pening dan tidak botak kepala kerana isu duit belanja. Tapi sekarang ni pun dah mula pening. Semuanya gara-gara blog. Bila cek income. Aisehmen !! sikitnya income hari ni. Esok pun masih sikit, lusa lagi sikit, tulat langsung takde income. Ampehh betol !! Bila income sikit, mula la otak bergeliga duk fikir macam mana nak kasi income up sikit.

Fikir punya fikir, last sekali terus pening dan pengsan. Lepas daripada tu, push gila-gila trafik blog supaya bertambah income. Hasilnya memang ternyata lumayan. Tapi ada benda yang aku hilang dan tercicir dalam proses gila mengejar trafik. Kehilangan yang aku maksudkan tu adalah kualiti entri pada blog Firdaus Life ni.

Aku mula sedar akan kehilangan kualiti pada entri blog ni apabila membaca blog The Other Khairul. Aduss !! jauh bezanya taraf kualiti entri blog aku dengan blog dia. Umpama langit dan juga bumi. Sangat jauh seperti tiada perumpaan yang sesuai digunakan bagi menggambarkan situasi ni. Aku malu. Sangat malu. Demi mengejar trafik dan ranking, aku telah membuang kualiti.

Jika diteliti dengan baik dan secara halus, memang nyata blog aku dah lama kehilangan kualiti. Huurmm mungkin lepas ni aku kena lebih tumpukan kualiti berbanding pendapatan dalam blog ni.
Comments
14 Comments

14 ulasan:

Luqeem™ berkata...

kualiti pnulisan kau ok berbanding aku..XD

tp klu nk lawan dgn MR K, tu aku rasa aku lambat lg..

tp xpe, proses pembelajaran..nnti mantap la

sergeant keroro berkata...

hehe, kalau nak bandingkan dengan mr K, memang jauh panggang dari api.

p/s : ko punya ada kualiti jugak :)

RepublicAku berkata...

mr.k dia sudah lama kalau kau lihat semula post2 lama dia ...lebih kurang jugak sama macam kita tetapi dia rajin tulis panjang2 lama2 jadi bahan makanan sahaja...kepada kita.

tulisan kau ok apa lagi baik dari BA...keh3...

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

Tia pun susah nak nak tau macamana entri yang berkualiti sebenarnya .. freaky tau ?? huhu :)

aiman berkata...

emm.. majukan diri.. pesanan untuk diri sendiri juga..

diana berkata...

ok dah ni.tak kan kamu nak tiru gaya penulisan dia ?itu akan buat identiti kamu pulak hilang..berblog tak semestinya kena ada idea yang superb dan penulisan yang gempak..
sebab kita menulis masing2 dengan cara sendiri..kalau kita nak ikut orang saja cemana orang nak nilai dan membezakan kita..
kalau semua orang menulis macam dia,nampak satu warna sajalah dunia blog ni..

Bui Junaidi berkata...

bui pun dh malas nk fikir pasal duit dan traffik ni..kalau ada rezeki,adalah..(bajet pasrah)..hahaha..sebab kalau fikir sangat boleh bagi tekanan dekat diri sendiri..sekarang bagi bui apa yg penting blog berupdate,tak kisah lah berkualiti atau tidak..manalah tau,mayb bagi seseorang tu tak berkualiti,tp bagi org lain pulak tidak..tol tak..?

akoo pae berkata...

huu kalo dibanding ngan blog the other khairul tu,mmg la sesak napas.

=)

rilek suda.hee
akoo bace blog kamu, ok je..
=)

syrupmasin berkata...

haha..aku sokong akak diana..huhu..alaa lek la doe..aku rase kau tulis oke je :)

NuSaNa NoSa 91 berkata...

ayat Mr K yg keen paling suka dan ingt, "xkesah la dia update jrg2 ke, bukan hari2, yg pentingentry dia tu berkualiti.."

maksud berkualiti kat sini, entry yg bleh bg pngjrn kat org.. bukan ckp2 kosong je.. sbb apa yg kita tulis tu akan jd saham kita kt sana gak nnti..

tapiiiiiiii.. kdg2 keen merapu gak kt blog tu.. ahahahaha~ ^_^

aimie amalina berkata...

hehehe
sabo ye cek freaky
duet ni mmg
bile2 time pon pk mesti ase x cukoooop je
wuuwuuw
so!
jgn beli byk2 mse buke pose..hehehe

Tea Dno berkata...

rileks laa. sikit2 lama2 terer laa, :)

Bitter berkata...

sabar sabar..bykkan membaca dan buat research..nnt konfem boleh berjaya mcm mr.k..ecehh..beriya pulak aku nasihat kauu..aku sendiri pun hampeh..HAHA!

[sutera kasih] berkata...

xpa..lama2 nanti penulisan entri mesti ada peningkatan, just bagi ruang dan masa saja k..sy kenal blog freaky ni dari followers freaky dlm sekitar dua tiga ratus smpaila sekarang dh beribu kan..

sy nampak ada peningkatan, ada idea, penulisan dr gaya tersendiri..so not bad lah freaky..ehh nk pggl freaky ke firdaus ni?hehe

so, keep on blogging..btw, templete baru ni nice :)

 
Related Posts with Thumbnails