Selasa, 2 Ogos 2011

Dengki Punya Pasal

Nak update blog dan nak menaip tapi..... idea pula tiada. Waduuh !! Gimana sih ? Memandangkan tangan pun dah gian sangat dengan keyboard jadi aku taip la juga entri. Apa yang aku nak mengarut dalam entri ni pun aku tak tahu janji tangan puas dapat tekan keyboard dengan laju. Malam-malam macam ni aku rasa nak cakap pasal isu Dengki la.

Dengki ni sangat bahaya terutama sekali dengki yang boleh membawa ke arah perkara negatif. Ada je dengki yang positif tapi aku tak nak bincang hal tu kat sini kerana bagi aku dengki yang negatif tu yang boleh memusnahkan hidup pen-dengki dan juga manusia yang mereka dengki tu.

Pantang nampak orang lain senang sikit, mula la nak berdengki. Pantang nampak orang ada awek, mula la dia dengki juga nak hancurkan hubungan orang. Pantang nampak orang berjaya sikit, mula la pasang strategi untuk jatuhkan orang. Pantang nampak orang show off, mula la dia pun nak show off. Haihh memang susah berhadapan dengan orang yang suka dengki ni.

Tak cukup lagi perasaan dengki, mereka juga berfikiran kreatif dan mempunyai otak geliga terutama sekali dalam bab menjatuhkan atau memusnahkan kesenangan seseorang. Yer la mana boleh tengok orang lain senang beb. Aku tak dapat, ko pun kena la tak dapat jugak. Kalau kau dapat juga, aku akan pastikan kau akan kehilangan benda yang dapat tu.

Nampak kan ? Dalam otak, dalam hati hanya fikir 1 benda je iaitu untuk menjatuhkan seseorang yang dia dengki tu. Tu la silapnya. Ada otak, ada fikiran tapi tak guna dengan sebaiknya untuk fikir strategi supaya diri sendiri maju dan mengecapi kejayaan. Last sekali kenapa mereka begitu berhasad dengki ? Kerana mereka terlalu membenarkan nafsu mengawal diri mereka. Sepatutnya iman dan akal yang waras menjadi panduan dalam menghadapi perasaan dengki.
Comments
19 Comments

19 ulasan:

Hishyamuddin berkata...

PHD..hehhee

Freaky berkata...

apo yang phd tu ?

FizA berkata...

betul tu..skg ramai dengki mendengki.. =_="

sabar je la... hihihi

Panggil aku Han berkata...

PHD
penyakit hasad dengki :D

aimie amalina berkata...

haiiihhhh~
penyakit PHD ni memang
kalo seranh~ dgn owg yg x de kene mngena pon kene..
ish2...minta jao lah kan =)

sergeant keroro berkata...

susah bila PHD ni datang, keh3

kiz berkata...

hasad dengki membusukkan hati.

peNulis SeNjA berkata...

hahahaha dengki dengki .. haihh

Cik Teddy berkata...

nak nyah cas org mcm tu..

hira berkata...

masalah kalau ada orang macam tu. banyakkan bersabar~

Syuxer berkata...

dengki adalah salah satu sikap kemestian dalam jiwa manusia yang neutral..:)..

kadang kala sepupunya ialah iri hati dan cemburu..

apapun sikap sedemikian sememangnya kalau memilikinya untuk dimaki kaw2..hahahah

Luqeem™ berkata...

bila dah ada PHD, kita kna pnggil orang tu Dr. haha..

itu kalau orng tu mmg suka PHD.

SoLy SoLicious berkata...

tuuddiaa..... hee..
moralnye, gunalah akal tuk berfikir..jgn guna nafsu semata

nazirah berkata...

tak taw nak menaip ape tpi pergh mantap je entry ni huhu tp tula dengki ni mmg tka elok mmg sngt lah dielakkan.. dengki ke arah kebaikan takpe heeh ;)

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

Tia bukan lah dengki . tapi cemburu . cemburu dengan kejayaan orang lain . tapi rasa cemburu tu lah yang mebuatkan Tia nak bersaing secara sihat dengan dia . kalau dia boleh , apasal Tia tak boleh ? kalau freaky dengan keroro boleh , apsal Tia tak boleh? hahaaaa :)

Eyka Laikha Zulaikha berkata...

kwn aku ade yang dengki .
apa yang aku buat msti dye akan buat .
kurang asam btoi .
xley tgok org dok sng .

sme la mcm jiran aku .
pntg org lain ade smting . dye pon 2x5 .

isk.moga aku dijauhkan dir PHD niy.
amin :)

NuSaNa NoSa 91 berkata...

paling xsuka klu dengki dan guna ilmu hitam nk jatuhkan lwn dia tu.. aishh~ xpasal2 org yg xbersalah tu terseksa.. huhu~ =.="

♥CIK IERA♥ berkata...

orang kalau dah dengki macam-macam hal lah die sanggup buat...minta dijauhkan dari semua ni... :)

[sutera kasih] berkata...

bahaya kalau ada PHD negatif kt dlm diri ni..huhu..
saya cemburu org2 yang dapat menahan marah hehe

 
Related Posts with Thumbnails