Selasa, 9 Ogos 2011

Ciri-ciri Pasangan Idaman. Semua Nak Yang Top

Alhamdulillah baru sudah solat sunat terawih dan keadaan di masjid semakin lama semakin sunyi. Kanak-kanak pun tak ramai sangat dah. Orang dewasa lagi la semakin berkurang. Tapi ok juga kurang orang kat masjid tadi, takde la nak bersesak dan berhimpit sangat masa sembahyang. Rasa lega sikit dan tak bising sangat dengan ketawa kanak-kanak yang bermain dalam masjid.

Berbalik kepada tajuk diatas, kalau ditanya kepada perempuan, apakah ciri-ciri lelaki idaman yang sesuai dijadikan teman hidup ? Jawapan mereka pasti menarik sampai mampu membuatkan lelaki pengsan. Antara jawapan yang selalu diberi adalah nak yang kaya raya, hensem, tubuh badan best, baik, bla bla dan bla lagi. Tapi last sekali mereka bercinta dan berkahwin dengan lelaki yang takde ciri-ciri idaman tadi. Ha ha ha lawak betol.

Bukan perempuan je alami kes macam ni. Lelaki pun sama je 2 X 5 = 10. Bila ditanya apakah ciri-ciri perempuan idaman dan sesuai dijadikan teman hidup ? Perghh jawapan lelaki lagi ganas. Nak yang seksi, yang cun, kaya raya ( boleh tumpang senang ) , bersifat lemah lembut, sifat itu, sifat ini dan bla bla. Last sekali sama juga bercinta dan berkahwin dengan perempuan yang tidak ada ciri-ciri idaman mereka.

Bila dah jatuh cinta dan syok, memang tak pandang dah ciri-ciri idaman tu. Ahhh semua tu tolak ke tepi je yang hensem, yang cun, yang seksi, yang kaya semua tu. Yang penting diri tu bahagia dan seperti berada di alam kayangan sewaktu bercinta. Tak guna kalau penuhi ciri idaman seperti diatas kalau hidup langsung tidak bahagia bersama pasangan.

Ok malas nak tulis panjang sangat malam ni, aku nak deco template jap. Hurmm macam nak tukar kepada tema merah, hitam dan putih. Waaa nanti dah jadi macam emo gothic blog Firdaus Life ni.
Comments
23 Comments

23 ulasan:

syrupmasin berkata...

haha..jd bersyukur la walaupon dpt yg ta penuhi ciri-ciri idaman kalbu :D

SoLy SoLicious berkata...

deco tempalte..wah rajinnye...........

Allah dah menetapkan jodoh tuk kita sejak roh kita tertanam dalam diri kita.. Memilih tak salah....tapi buat ape memilih yang hensem tapi men kayu 3...buat ape plih yang chantik tp xmenutup aurat? teeheee

Clara berkata...

Jodoh sudah ditetapkan, terimalah dgn hati terbuka..

=)

kaya, miskin and so on..
sila tolak ke tepi..

hhehhe,,

cucu umie berkata...

bersyukur dengan apa yg telah diberikan.. incya-Allah pasti ad hikmahnyer..

deco jgn tidak deco..

sergeant keroro berkata...

betul, terima seadanya jek XD

baik amik yang sederhana, yang gorjes sangat susah gak :p

p/s : pergh! deco lagi XD

SITI NOORNADIYANA berkata...

suke bace entri pasangan2 nih. hehe.

usaha untuk jadi yang t'baik. insyaAllah yg t'baik akan dtg pada kita. ;)

shaliza khairi berkata...

betol2, kalau dah jatuh chenta tu, tak ingat lagi dah dekat list panjang berjela lelaki/perempuan idaman kita. =))

cik najihah berkata...

x gune jugak kalau dapat yg cun2 hensem2 tapi hati x baik kan..
baik campak je..
bia buruk janji hati mulia ..wah gitu

shaliza khairi berkata...

betol2, kalau dah jatuh chenta tu, tak ingat lagi dah dekat list panjang berjela lelaki/perempuan idaman kita. =))

mas saari berkata...

setiap manusia memang nak yg terbaik je... tapi kena bersyukur dgn apa yg kita perolehi!!

aimie amalina berkata...

weee..
kalo betol cinta sejati.buktikan la =)

fieha berkata...

kita dijadikan berpasang pasangan utk melengkapi antara 1 dengan yg lain...manusia mmg dijadikan tidak sempurna..setiap org ada kelebihan dan kelemahan masing2 ^^

GaRy™ berkata...

emo gothic?... ko sindir blog aq ke bro?.. hahahahaha... XD

Luqeem™ berkata...

cinta itu buta. sebab tu jadi mcm tu..hehe

p/s: bro klu background kaler buat silver ok? nampak macam smart.

Ezad Skytech berkata...

terima la pasangan seadanya..nak demand tinggi2 pon tak boleh..merana nanti...hee..

p/s : rajin deco blog ye bro..hee~

k.h.a.l.i.l.a berkata...

mengharap sangat nnt x dpt. jd, rilex je la. huhu

Syuxer berkata...

check diri kita dulu baru nak sepadankan dengan pasangan idaman kita heheh..:)..

apapun x salah nak impimkan pasangan top2 cam lisa surihani or anuar zain..tapi itu dalam mimpi je hahahah..

Shaherah berkata...

emo gothic >.<" hahah.. mcm laen mcm jek.. hahaha..

hahah.. kengkadang kte x sempurna.. tp berangan nk org yg sempurna gler..

memang mimpi je lar gtu.. hehhe

[sutera kasih] berkata...

smua nk tip top kan hehe biasala tu..lumrah manusia..nnti suatu tahap berubah gak citarasa tu :P

rajinnya deco blog :)

My Name is Mar berkata...

Berangan dapat partner lawa tu, apa salahnya...
Mana tau.. Angan-angan jadi kenyataan ke...
Huhuhu...

Anif Abdullah| AA berkata...

zaman sekrang mana ade putera katak....ciderella..Kita dah di'brainwash' nak dapatkan pasangan camtu..Dan sebenarnya,jadi diri sendiri n cuba yg terbaik untuk pasangan ^^-->bahagia

'Ainun Qalbi berkata...

semua ciptaan ALLAH ni sempurna.. cuma manusia jer menilainya dari pelbagai persepsi... lain mata, lain pendapat ..:)

aiman berkata...

terima seadanya..

 
Related Posts with Thumbnails