Khamis, 4 Ogos 2011

Blogspot Tak Mesra SEO

Hah ? BLOGSPOT TAK MESRA SEO ?.Betul ke Blogspot yang diguna ni tidak mesra SEO ? Huurrmm hairan juga aku dibuatnya bila baca kenyataan di atas. Blogspot ni kan under Google. Sepatutnya google perlu menjadikan sistem Blogspot supaya lebih mesra seo. Tapi kenapa jadi sebaliknya pula ? Kenapa wordpress dikatakan mempunyai kelebihan dalam SEO berbanding blogspot ?

Persoalan ni aku tak tahu nak jawab dengan jelas kerana aku sendiri pun bukan jenis yang bermain dengan teknik SEO dalam blog. Tapi kalau dilihat dengan mata kasar, rasanya kita sudah boleh nampak dengan jelas perbezaan yang aku maksudkan ini. Wordpress ( Self Hosted ) = BERBAYAR .... Blogspot = free . Sekarang nampak kan perbezaan yang ketara ni. Benda berbayar dengan benda free, biasanya yang berbayar la servisnya lagi baik.

Kalau berbayar itu tidak dapat menandingi yang percuma, maka lebih baik tak payah pakai yang berbayar. Buang duit je kan ? Ok disitu sudah nampak kelebihan Wordpress yang mana membezakan dia dengan Blogspot. Selain tu, Wordpress juga dikatakan mempunyai plug in yang lebih mesra SEO berbanding Blogspot ( Betol ke aku cakap ni ? ) .

Walaupun kat sini aku ada cakap kelebihan Wordpress dalam kategori SEO, jangan pula sangka Blogspot ni tidak boleh lawan wordpress. Boleh je nak jadikan Blogspot untuk menjadi lebih mesra dengan SEO tapi perlu ubah dan tambah serta buang apa yang patut pada template. Sama seperti kereta, jika enjinnya kurang bagus, maka keluarkan enjin. Kemudian pandai-pandai la ubah , buang dan tambah mana yang patut. Tapi jangan sampai kasi rosak enjin tu :P

Untuk jadikan Blogspot lebih mesra SEO, perlu la ada sedikit pembacaan mengenai sistem Blogspot. Ada je kat Google tu. Taip je " doctor blog " , " Blogspot trick " " Meta Tag ", dan banyak lagi. Banyak yang dicari lagi banyak yang dijumpai. Pakai je mana yang rasa agak ok kemudian tengok hasilnya. Kalau rasa tak ok, boleh ubah balik kepada yang asal.
Comments
25 Comments

25 ulasan:

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

hohooo . bio le .. yang pasti Tia takkan tuko ke wordpress . cukup domain aje . nyahahaa :D

rara pinkmafia berkata...

hmm jom bli domain sendiri lah cm tu.

aimie amalina berkata...

weee
xpe..
dah bahagia dengan blogspot an2..=)

Luqeem™ berkata...

btul eh? ohhh.. x ckup duit lg nk tkar ke wordpress

RepublicAku berkata...

aku macam faham....keh3

syaz@rozelt berkata...

wah nampaknye freaky nie mmg semangat dngn SEO nie..cayalah..hehe

p/s: dh like firdaus life blog~

azrijohan berkata...

SEO SEO...pening kepala den.hahaha

mas saari berkata...

akak tak kisah sangat SEO ni...janji akak leh update blog dahlah...heheheee

cucu umie berkata...

otak ayie biol lh freaky..SEO ea?? hehe tpy kalo nak ikotkan, kalo search engine kita akan nampak wordpress dulu ah..huh

Nini Hartini berkata...

setakat ni sgt berpuas hati dgn blogspot :)

GaRy™ berkata...

nak lebih mesra, kena beli domain sendiri kot~.. hmmm...

peNulis SeNjA berkata...

hahaha hosting ni best dowh .. jom tuka ke hosting

sergeant keroro berkata...

aku guna sampai habis benda free ni, hehe :p

Syuxer berkata...

aku suka benda free coz ianya simple..hahah..

SEO tuh kalau pandai men,dapatla trafik cam pokok kelapa..

[sutera kasih] berkata...

tp WP mcm strick cketla..huhu

blogspot selamanya hehe

Anif Abdullah| AA berkata...

poning gak pasal SEO nih..tapi den nak setia pada blogspot gak..hahak..
*nak letak blog kau dlm bloglist eh..

Shaherah berkata...

maybe shera pun stay dengan benda free ni jek.. >.<"

HAFIZAL berkata...

oh..mcm tu ker. nak kena tukar ker

Anyyss Shuhaimi berkata...

ada yg kata template,or layout blog kena mesra SEO..cmne tuh?

Freaky berkata...

adess aku x nak bertukar ke wordpress la.. huhu

anyss : maksudnya ada coding kena tambah dan kena buang untuk jadikannya mesra seo

fae jamal berkata...

sayang benda free ni ketat2! haha;P

Tea Dno berkata...

nak jugak pakai self-hosting, tp bukan masa ni. nanti je. sayang lg dengan blogspot.

diana berkata...

buat masa ni akak tak rasa langsung nak tukar ke wp..
macam tak best je akak tengok blog2 yang pakai wp ni..
kebanyakan nya tak best.
tak best langsung!

Cik Teddy berkata...

i love my blogspot anyway..hihi

shah URL berkata...

Anyway - mmg diakui WP berbayar ada kelebihan dari blogspot antaranya plugin2 yg belum boleh di dapati dgn koding-koding di blogspot.

Tapi tidak lah terlalu jauh beza seketul dua. Blogspot masih mampu bersaing satu2 keyword kalo ada niche n etc.

lagi terbaek ada domain sendiri dgn yg releven dengan Niche.

Btl x firdaus? :P

Long Live Blogger.com

 
Related Posts with Thumbnails