Sabtu, 13 Ogos 2011

Blogging Pun Kena Ada Rentak ?

BLOGGING PUN KENA ADA RENTAK

Selamat pagi !!! selamat pagi !!! dan selamat pagi !!! Hari ni dah masuk hari ke 13 kita berpuasa dan esok pula dah jadi 2 minggu kita berpuasa. Waaa dah nak separuh kita lalui bulan puasa yang penuh dengan keberkatan ni. Lepas habis separuh lagi, Aidilfitri akan menjelma dan akan disambut dengan riang oleh umat islam seluruh dunia.

Lupakan seketika pasal Aidilfitri tu dulu, nanti tak pasal-pasal aku duk cerita pasal kuih raya dan baju raya aku yang masih tak beli lagi. Hurmm tahun ni nak pakai baju warna apa ye ? Aahhh malas lagi la nak fikir. Seminggu nak raya baru aku nak pergi beli baju melayu yang dah siap.


Ok ok jom lupakan sekejap pasal Aildilfitri tadi :P .... Pagi ni apa kata sembang pasal blog. Kita kan blogger jadi mesti la syok kalau sembang pasal blog. Kali ni topik yang lebih terperinci adalah " RENTAK DALAM BLOGGING ". Blogging pun ada rentak beb. Kalau tak ikut rentak, tu yang jadi caca merba dalam blog dan entri pun sekejap mengarut dan sekejap elok.

Aku sendiri pun masih mencari rentak dalam blogging ni. Kadang dia ada dan kadang dia tiada. Bila ada, memang idea serta penulisan menjadi sangat kreatif dan mantap serta sangat seronok kita menulis sambil membaca. Kalau waktu tiada rentak, jangan kan nak tulis blog, idea pun langsung tak ada. Lepas tu mula la memerah otak fikir idea nak tulis pasal apa.

Kalau fikir ok la lagi, kalau dah memang takde rasa langsung nak blogging ? Haaa sudah !! terus tutup blog. Perlu diingatkan disini bahawa rentak tak sama dengan mood. Mood itu melibatkan perasaan manakala rentak melibatkan fikiran. Kalau nak faham lebih jelas lagi, blogger yang mempunya rentak dalam blog biasanya sentiasa banyak idea dan pantang je berada depan blog, pasti ada saja yang mahu ditaip.

Dan apa yang penting adalah isu atau perkara yang ditaip itu memberi keseronokan apabila membacanya. Yaaa itulah yang dinamakan rentak dalam blogging. Memang susah nak dapatkan rentak dalam blogging. Hanya yang betul-betul fokus dan memberi komitmen saja mampu mencapai rentak dalam blogging.

Kalau blg sekadar tempat luah perasaan huu haa huu haaa memang susah la nak dapat rentak blogging kerana blogger tersebut banyak dipengaruhi oleh perasaan dan juga mood. Bila tiada mood dan tiada rentak, tu pasal mengucapkan selamat tinggal kepada dunia blog. Adusss

p / s : sama-sama la kita berusaha mencari rentak dalam blogging :)

Comments
15 Comments

15 ulasan:

NA berkata...

Yelah nak cari rentak ni :)

-wina1979-

aimie amalina berkata...

huuuuuu
tu ah kak wina..nak cri la ni..x jumpe2 lagi...adehhh =.=

SITI NOORNADIYANA berkata...

mood ade. tapi rentak tenggelam timbul. haisy! T_T

sergeant keroro berkata...

aku pon sama. tapi macam dah jumpa sikit :P

Panggil aku Han berkata...

nk pakai rentak r&b la lepas ni..hahah

Clara berkata...

nice info..

Idea takdelah.. tak taw nak tulis..
Adeh.. mggu depan sdah exam.. Belum lg bukak buku nieh sbb sbuk ngan belog.. ahhaha..

p/s : Nak buat autopost tp tak taw apa yg nak dipost.. Kena ada idea lerr...

meaw berkata...

yeahhhhhh, cari rentak berblogging,kita punya penulisan tu mesti best ..tapi penulisan meaw 9G,huuu...kipidap yaaaaa ^__^

aiman berkata...

tu lah.. sedang mencari.. dah jumpa sikit2.. hehe..

Scarlett O'Hara berkata...

Paling menyampah bila hilang rentak nak blogging..

Luqeem™ berkata...

nak ada rentak kena pasang lagu. baru mood melonjak2..:)

peNulis SeNjA berkata...

ko nk ade rentak ? pi masjid dengar olang bace qur'an

Wanie berkata...

penah je jadi macam ni, hilang rentak..tapi tu dulu la..:)

SoLy SoLicious berkata...

kene menyanyi bagai baru berentak-rentak..ehehee

AIEN NOT ALIEN berkata...

sedang mencari..tapi da jumpa kot..hehe..

[sutera kasih] berkata...

rentak dangdut, boleh tak FL??heeee

 
Related Posts with Thumbnails