Khamis, 4 Ogos 2011

Betul Ke Penulisan di Blog Sangat Penting ?


PENULISAN DI BLOG SANGAT PENTING

Dah nama pun blog. Tempat taip menaip dan juga MENULIS. Mesti la sangat penting penulisan tu. Nak bincang apa laginya ? Kan dah terang lagi bersuluh tu bahawa penulisan sangat penting dalam blog. Bagi yang buat Vlog tu lain cerita la. Entri ni mungkin tak ada sangkut paut dengan Vlog. Berbalik kepada tajuk entri, penulisan yang dicakapkan tu sangat umum. Cuba kasi yang spesifik sikit supaya lebih jelas apa yang cuba nak diberitahu.

Seperti yang kita tahu, lain blogger maka lain la juga penulisannya. Lagipun terdapat banyak jenis penulisan yang ada dalam blog sekarang ni. Kalau zaman awal blog diwujudkan dulu, ia lebih tertumpu kepada berkongsi maklumat atau pendapat. Tapi rakyat Malaysia telah membuatkan blog ber-evolusi menjadi sesuatu yang personal dan juga lebih bersifat terbuka.

Maka jenis penulisan yang terdapat di blog dan laman web juga turut sama berevolusi. Ada blogger yang menggunakan gaya penulisan santai dalam menarik minat pembaca. Ada juga yang menggunakan gaya penulisan bersifat kasar. Ada juga yang hanya tumpu kepada penulisan yang jenis berinformasi sahaja. Kalau nak senaraikan dan huraikan semua jenis penulisan, memang sampai ke waktu berbuka puasa pun belum tentu lagi habis.

Tapi apa yang penting adalah penulisan di blog perlu ada keistimewaan yang dapat menarik minat pembaca. Kalau penulisan tidak mampu menarik minat pembaca, maka cuba lakukan sesuatu dan perbaiki penulisan yang sedia ada. Kalau tak menjadi juga, cuba tanya pendapat orang lain mengenai blog kita. Tanya kepada blogger lain apa kelemahan yang perlu diperbaiki supaya pembaca tertarik dengan penulisan di blog anda.

Aku pun masih dalam proses memperbaiki dan mempelajari penulisan entri di blog melalui pembacaan di blog yang lebih berpengalaman. Nak kata baiki kepada penulisan yang lebih serius, aku tak berapa suka benda yang serius. Nak kata penulisan santai, takde la santai sangat. Lagipun aku jenis yang menulis ikut mood. Jika datang mood gila, maka gila la penulisan. Silap hari bulan, dengan aku sekali boleh jadi gila.

Comments
20 Comments

20 ulasan:

sergeant keroro berkata...

hehe, betul XD

p/s : nampak sangat ko tengah berevolusi :p

cucu umie berkata...

setiap orng ad gaya penulisan masing2... kalo mahu perbaiki okay shje untuk kepuasan diri dan tatapan blogger..

kiz berkata...

kau giler freaky..haha..aku tulis ikut jalan yang lurus...haha.

aimie amalina berkata...

hehehe..butul2!
sokong 200%
jgn jadi gilaaaaaaaaaa!
heheh =p

Cik Wedges berkata...

setuju....aku pun sama...tengah belajar ber-evolusi sekarang ni...hihihihi

Luqeem™ berkata...

betul2! aku pun tengah nak berevolosi ni..hehe..

p/s: kalau boleh sertakan 'klimaks' di setiap entri, jangan terlalu mendatar.

Siti Suriani berkata...

camne nak jadi penulis yg baek ek ? :)

Ibn Abdullah berkata...

firdaus!!!!!!
maju hang skang ni nooo..

Shaherah berkata...

shera tulis ikut mood.. idea dtg bler bngn dri tdo.. tak tahu sbb ape.. >.<"

aiman berkata...

ku tulis atas dasar nak kongsi ilmu.. :)

Abe Goreng berkata...

penulisan melambangkn identiti seseorg.nice info.:D

Nafsu Remaja vs PArt Time!

My Name is Mar berkata...

Jangan pula ditulis benda yang bukan-bukan sampai kena tangkap liwat.. Errr... Pe kaitan?
Ha-ha-ha:D

Relevankah penggunaan ARCHIVE ketika berblogging?

My Name is Mar berkata...

Jangan pula ditulis benda yang bukan-bukan sampai kena tangkap liwat.. Errr... Pe kaitan?
Ha-ha-ha:D

Relevankah penggunaan ARCHIVE ketika berblogging?

[sutera kasih] berkata...

jangan jadi gila suda la yaa hehe

kdg2 sy pun konfius blog sy ni dkategori blog apa..sbb post ikut suka sedap hati saja..huhu

diana berkata...

nak menarik orang supaya tertarik buat je entry ada lucah2 sikit..
cept naik tau blogger yang macam tu..
buka blog 3,4 bulan,mencarut sikit,
kompem meletup2 blog tu..
wakakakak

RepublicAku berkata...

kita umpama budak baru belajar rajin kita memebaca lagi banyak info kita terima bila info cukup banyak idea pasti datang berlumba-lumba dan bila terjadi begini ...itu yang gila menggila ...ada sahaja bahan utk di tulis...cuba lihat gaya penulisan kau sekarang ...tahu2 sudah siap satu entry.....keh3

Bui Junaidi berkata...

bui menulis ikut suka-suki hati..hehehe..

Freaky berkata...

siti suriani : huhu x tau la camana nak hasilkan =_=

atta : kih kih hidup kena maju :P

Fee Hafeezah ketuk keyboard berkata...

yup2..betul3..penulisan sedikit sebanyak mmpengaruhi follower..if best penulisannya, ramailah follower and reader yg dtg jenguk blog..

Selain cntik, indah lagi murni blog tuh..penulisan jugak kena mantop! and perlu bagus jgk ..okay freaky? :)

anismelon berkata...

hehehe..betul betul betul..kalo tulis syok sendiri pon jenuh gak..weee

 
Related Posts with Thumbnails