Ahad, 21 Ogos 2011

Bertukar Lagi... Ha Ha Ha

Lepas tukar, tukar lagi. Lepas tu tukar lain pulak. Minggu depan tukar lagi. ha ha ha sampai bila aku nak buat kerja gila asyik tukar template blog ni ? Nak buat macam mana, bila masuk laman web tu jumpa template yang style. Masuk laman web ni, jumpa yang lagi style. Memang sampai ke sudah aku asyik duk tukar.

Korang jangan jadi macam aku pula tau. Aku ni dah tahap kritikal. Blogging tahap kritikal, template tahap kritikal, trafik pun tahap kritikal. Boleh kata semua mengenai blog aku dalam tahap kritikal sekarang ni. Lepas ni apa pulak perangai yang kritikal. Jangan akhlak yang kritikal dah la. Kang tak pasal-pasal hancus hidup aku dengan akhlak kritikal.


Ok dah cakap pasal kritikal. Kang betul-betul kritikal baru naya aku. Hari ni hari Ahad jadi kemungkinan besar ramai yang tak mengadap blog kerana mahu bersantai dan berjalan-jalan sambil menenangkan fikiran. Jadi kemungkinan besar juga aku pun turut sama nak pergi jalan2 dan tenangkan fikiran juga.

Dah lama sangat aku tak keluar rumah dan ambil angin. Sepanjang cuti 4 bulan ni, aku rasa tak lebih 20 kali pun keluar rumah. Itu pun keluar sebab nak ambil adik aku balik daripada sekolah bila parents ada meeting. Kalau tak, memang sah la aku duk terperap dalam rumah ni 4 bulan.

Bosan ? Hurrmm memang sangat bosan tapi aku rasa lebih tenang. Bukan apa cuma aku nak hargai cuti ni betul-betul. Lepas raya nanti dah kena balik UniMAP, Perlis maka masa tu dah tak boleh nak rilek dan santai seperti kat rumah. Apa pun masa sangat cepat berlalu. Sedar je dah hampir 4 bulan aku berada di rumah. Hurmm sangat lama dan sangat best :D
Comments
20 Comments

20 ulasan:

Marina shamsudin berkata...

smelah. suka tukar2. tp x smpai tukar template laa. suka tukar header byk2 kali.haha

Zul Fattah berkata...

macam mana eh nk tukar template..aku tukar asyik error je..

Umie Artoqiemie berkata...

tak penat ke tukar template.. hahaha.. nak ejas itu ini..

♛ Azie Azra ♛ berkata...

tuka je. tak salah. azie pun suka tukar. hehehe.

setuju! azie cuti sebulan je rs nak duk uma jeee. yela. study jauh. rndu umah

RepublicAku berkata...

barang free bhai...keh3...ko dah kena virus aku kot ....tukar selagi boleh!

IMANSHAH berkata...

tuko jng tak tuko..hu hu

Syazwan Che Deraman berkata...

acap teh tukar..
hehehe..

kalo aku..dah lamo doh aku kijo..
buleh duit apooo..buleh beli hosting owk?

AmyZana berkata...

biasaler tuh....idop sbagai blogger sgt pantang tgk template cantik....

SoLy SoLicious berkata...

ingtkan pempuan aje suka tuka2 template...laki pun same na..haisshhh

My Name is Mar berkata...

Kau tukar brapa byk kali pon, lebih kurg je aku tgok...

kotak bulat berkata...

tak byk beza dri sblum2 ni.. tp suka biru!

Luqeem™ berkata...

aku sekarang dah setia..hehe..cuma aku tak puas hati dengan header je..xleh nk tukar ke gambar..

iPai berkata...

hee. biasa laa ek .. rasa nak tukar setiap kali jumpa yg best ..

nanti dah masuk belajar, belajar elok2 bro !! usahakan untuk kerjaya masa akan datang !!

SITI NOORNADIYANA berkata...

memang best pon dok lama cuti kat rumah. tapi dah nak hbs dah 4 bulan tu. lepas ni kena mengadap buku. huuu..XD

syrupmasin berkata...

rajin kau tukar2 bagus..betol2..mase cuti nih la nk rilex2 jap..nnt dah masuk sem mule nk jalan2 sane jalan sini :D

adifatah ~ berkata...

weh..aku pon suka tukar template jgkk.

templateholic kah?? *jgn tiru,broken english disini..*

tp last2 tgok du guna template sama..waa.xboleh bla lama2 surf tenet tp still duk tepek template sama..

ainondreamergirl♥ berkata...

tukar je slagi rajin tukar neh. hehe :D

Saiazuan berkata...

haha trafik aku 2 hari ni sgt2 teruk...haha

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

tak penat ke tuko template freaky ? hish , jenuh Tia .. nak letak meta tag lagi , itu lagi , ini lagi .. jenuh . hehe :)

[sutera kasih] berkata...

rajin bebeno FL ni tukar templete..kalo sy mesti pusing terus hehe

 
Related Posts with Thumbnails