Selasa, 2 Ogos 2011

Bazaar Ramadhan Pulak

Nak cek peratusan SEO blog anda ? sila ke SINI .


Waktu petang macam ni aku percaya pasti ramai yang bercadang mahu ke bazaar ramadhan yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka. Yang sudah pulang daripada bazaar ramadhan pun ada juga. Maklum la kena pergi awal sikit. Kalau pergi lewat memang sah la takde apa yang tinggal lagi. Lagipun kalau pergi awal takde la penin sangat dengan kesibukan yang melanda di sekitar bazaar tu.

Masuk ni dah hari ke 2 puasa tapi aku masih lagi tak pergi ke bazaar ramadhan. Rasa malas melanda untuk keluar rumah dan juga malas untuk mengalami kesesakan yang amat di kawasan bazaar tu. Biasanya kalau pergi bazaar pun, akan pergi dengan cepat dan beli dengan cepat. Takde dah nak round sana round sini untuk cuci mata tengok awek-awek cun. Kalau cuci mata memang kurus la pahala puasa.

Serius !! salah satu sebab aku tak nak pergi ke bazaar ramadhan adalah kerana tak mahu cuci mata tengok gadis-gadis yang seksi dan cun. Memang betol kena jaga pandangan, kena kuatkan iman walaupun syaitan dah tiada pada bulan puasa ni. Tapi perlu diingatkan juga bahawa nafsu masih ada dan menggantikan syaitan. Nafsu lelaki yang paling utama adalah perempuan dan kalau nampak yang ehem sikit tu, memang sah la melekat mata.

Aku tak salahkan lelaki kerana gagal mengawal pandangan. Aku juga tak salahkan perempuan kerana berpakaian sebegitu. Masing-masing ada nafsu tapi kalau boleh dinasihatkan kepada perempuan jangan la pakai yang mendedahkan bila ke bazaar ramadhan. Nanti hilang seri nama bazaar ramadhan tu. Silap hari bulan jadi bazaar skodeng dan bazaar maksiat.

Ok nafsu pasal perempuan dah 1 hal kat bazaar ramadhan tu. Lagi 1 nafsu apabila melihat makanan. Perghh rambang mata tengok kuih muih, minuman, makanan, bakar-bakar, itu, ini, sana, sini. Aarrgghh !! banyaknya makanan. Haa dah mula la nak beli makanan dengan banyak. Kalau duit banyak, silap hari bulan semua makanan yang ada kat bazaar ramadhan tu semua nak dibedal bawa balik untuk berbuka.

Tak salah bernafsu apabila melihat makanan yang banyak. tapi perlu diingatkan bahawa kena kawal juga nafsu makan tu supaya tidak berlaku pembaziran setelah membeli nanti. Bila terjadinya aktiviti membazir, maka Allah akan menarik rezeki daripada hambanya. Bila rezeki ditarik, mula la menyesal tak sudah. Takkan nak tunggu sampai rezeki ditarik baru nak menyesal ?

Kalau boleh beli la berpada sahaja. Makan pun sekadar ala kadar apabila tibanya waktu berbuka. Nanti terawih takde la nak pengsan. Kalau makan banyak sangat sampai tak larat nak terawih tu yang bahaya dan sangat dilarang dalam agama. Jadi sama-sama la kita saling mengingati :)

p/s : Aku masih gagal kawal pandangan. huurmm
Comments
16 Comments

16 ulasan:

Fee Hafeezah ketuk keyboard berkata...

harus kawal pandangn doe..masa ramadhan nih lah kau kena didik jiwa kau..okay? aku pn berusaha jugak utk jadi muslimah sejati..insyaALLAH..~

Selamat berbuka nanti freaky! :D

Luqeem™ berkata...

solutionnya, kalau teringin nak pergi bazar, pandang atas atau bawah sahaja..haha. jgn pndang depan.

sergeant keroro berkata...

kalau nak gi bazaar, pakai hidung jek. HAHA

p/s : yang ko higlightkan tu seo keywords eh?

Syuxer berkata...

petua untuk rileks dan santai di bazar..setkan dalam kepala..beli pe yang patut..kalau terpandang awek cun seksi gila babas, bro tenung dia lama2 hahahah biar dia rasa x selesa..hahah..ceh petua neh x leh pakai..

NuSaNa NoSa 91 berkata...

dah lama xgi bazar ramadhan.. last seklai, time f.5 dulu.. huhu~

aiman berkata...

bazaar xda delivery eh?

Syazwan Che Deraman berkata...

g bazarr tu..pakai speh hitam ok bro..baru nampak gelap je..hehe..selau g bazaar mano?

nurAMALLINA berkata...

hahah aku selalu rambang mata bila kat bazar

iMBobo berkata...

betul juga ek, tak perasan selama ni..ramai juga yg pkai menjolok mata..dorg tu kekadg malas nk pakai elok2 sbb "nak pergi bazar je" itu lah ayat dorg..

Shaherah berkata...

hahaha.. shera pun belum jejak lagi ke bazar.. sebab malas nak layan mamat2 yang meniaga kat bazar tu.. main sweet2 pulak.. nyampak lar..

tp tang prempuan pkai menjolok mata tu tak dapat nafikan.. memang ade.. ^_^

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

huish .. gagal kawal pandangan ? cemana tu? heheh .. hurmm , Tia pun dah masuk hari kedua ni tak jengah mana2 ramadhan pun lagi . pakat makan apa yang ibu masak sude ..

gedek! berkata...

PARAM = Pasar Ramadhan

hana sudradjat berkata...

hmm..saya pun rambang mata gak bila tengok makanan-makanan yang ada :0

cucu umie berkata...

haha..kawal dok mata tu..btw, ayie blom pergi lg bazar dekt tmpat ayie nie.. xthu ag bila nk pi

aimie amalina berkata...

betol!
pose utk kurus kan bdn gemokkan iman
weeee~

Ezad Skytech berkata...

masuk bazaar je memang rasa macam nak beli semua..haha..

 
Related Posts with Thumbnails