Jumaat, 26 Ogos 2011

Bahasa Rojak atau Bahasa Tak Rojak



Hari ni beberapa post aku menggunakan bahasa rojak sampaikan Kak Diana pun ada cakap pasal bahasa rojak yang aku gunakan. Antara post aku hari ni yang gunakan bahasa rojak adalah :

- Best Gila Kalau Ada COffee Machine
- Steve Jobs Letak Jawatan

Kenapa aku tiba-tiba gunakan bahasa rojak ni ? Pada hal sebelum ni memang 100% aku gunakan bahasa Melayu dalam setiap post blog ni. Sebenarnya begini. Semalam ( 22 jam yang lepas ) aku ada blogwalking di 1 blog ni. Post blog dia memang banyak gunakan bahasa rojak. Boleh kata 70% bahasa inggeris dan 30 bahasa melayu dalam 1 entri tu.

Tapi bila aku baca post dalam bahasa rojak tu, aku rasa sangat menarik pula. Mungkin kerana penggunaan ayat bahasa inggeris dia sangat gempak sampai entri biasa pun jadi sangat seronok untuk dibaca. Jadi aku pun buat la keputusan untuk mencuba buat entri bahasa rojak. Maka terhasil la 2 post bahasa rojak seperti yang aku senaraikan di atas.


Tapi kan abang dan kakak sekalian, baru aku tahu bukan mudah juga nak buat post yang campur adukkan bahasa inggeris dan juga bahasa melayu. Mungkin kerana aku dah biasa tulis blog dalam bahasa melayu jadi agak susah nak campurkan bahasa inggeris dalam tu. Tapi kalau aku buat entri bahasa inggeris sepenuhnya ok pula. Maksud aku takde la penin seperti nak rojak bahasa.

Rasanya tak ramai yang sukakan baca post blog yang ada bahasa rojak. Sebab ia akan melambatkan pembacaan di blog. Tengah sedap duk baca perenggan bahasa melayu, tiba-tiba ada ayat bahasa inggeris pula. Haa kan dah penin tu. Tapi aku ok je baca post bahasa rojak asalkan entri dia best dan vocab yang digunakan sangat mantap ( Bombastic Words ) .

Tapi bagi guru bahasa melayu atau guru bahasa inggeris memang tak suka kalau bahasa rojak ni. ha ha ha jadi jangan biarkan guru bahasa inggeris / bahasa melayu baca blog anda. Silap hari bulan anda akan dapat markah 0 dalam ujian bahasa. Ngeee sangat seram kan ?

p/s : Kadang-kadang aku teringin juga nak buat entri full in english walaupun grammar sangat berterabur.. LOL :D

Comments
20 Comments

20 ulasan:

SoLy SoLicious berkata...

ok pe cmpur2.. tp dh terbiase bace entri bm freaky..heeee

Panggil aku Han berkata...

rojak2 mmg best tapi klau trlalu rojak pening ooo...

syrupmasin berkata...

haha..style kan kalu bole buat campur2..

sergeant keroro berkata...

haha, aku rasa macam aku jek buat ikut sedap jek. :p

azrijohan berkata...

buat ahhh english..mesti masyukkk nanti

Ezad Skytech berkata...

aq rasa ada sikit la aq campur2 bahasa rojak ni..huhu~

Shah Blogger berkata...

mmg btl pon bro. bukan senang. lg kebiasaan kita. Then aku sendiri tertarik seyh ngan bahasa rojak ni. Rasa tidak tertekan dan santai dgn gaya bahasa tu. Susah tp indah! haha

Syazwan Che Deraman berkata...

aku setuju.menarik juga baca entry bahasa rojak ni..lebih lebih lagi bila entry tu menggunakan simple english.

cayob berkata...

i biasa je..think macam tu....u know me....hahaha...the end lah bahasa melayu...

Wanz Mejuez berkata...

kalau bahasa rojak contoh the other khairul aku leh terima.. penggunaan bahasa senang faham...

kalau terlampau rojak aku da pening..

kalau bahasa rojak contoh the other khairul aku leh terima.. penggunaan bahasa senang faham...

kalau terlampau rojak aku da pening..

ROJAK berkata...

Dengan selamba ROJAK buat blog berbahasa rojak hahahaha

[sutera kasih] berkata...

kalau terlalu rojak, pening jgk nk baca kan huhu..kalo rojak cket2 xpa :)

sy pun teringin nk post fully english..tp grammar berterabur la..malu2 hhehe

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

hehee . teringin jugak nak buat entri ala-ala rojak tapi tak menjadi . lagi senang guna bahasa Melayu penuh :)

Zul Fattah berkata...

xpe la .. sikit2 ok la oh.. jangan duk bagi bi straight kawe x pahe..

kiz berkata...

rojak kan sedap..huhu

diana berkata...

akak ok je kalau ditulis dengan betul..
yang geram bila tulis bahasa inggeris tapi perkataan tu dia ubah2 mcm yang budak2 sekolah guna tu...
ala..yang pelik2 tu la..
nak sebut pun tak reti nih..
hahahha

FARIZA AINA berkata...

try la buat..terabuq sket2 xpe..asalkan boleh fhm maksud yg nak disampaikan :)

Luqeem™ berkata...

mcm Mr K pnya blog la..blog dia mmg 50& BM 5% BI..tp cara dia tulis tu peh gempak beb

Tea Dno berkata...

hehehe.. best kalau boleh buat full english dalam entry.. tp, sape pula yg sudi baca nt.. :((

nsdahlia berkata...

biasanya kalo tulis full english org x baca. or ada org baca, tp terkedu nak komen ape =,="

dulu kesah gak bahasa rojak ni. tp malas dah. org kata kalau guna bahasa rojak ni takda jati diri la apala. tp kita setiap hari ckp guna bhs rojak. Assalamualaikum tu pun bhs Arab. lol. so kita semua dah hilang jati diri ke? huhu~ panjang plak komennya :D

 
Related Posts with Thumbnails