Jumaat, 5 Ogos 2011

Anjing Cuba Bunuh Aku


Dalam pukul 7 pagi tadi, aku sambung tidur kerana sangat mengantuk. Masa tengah lena dibuai mimpi bersama katil lembut tu, tiba-tiba aku terjaga kerana ada bunyi bising di bahagian pintu utama rumah. Bunyi macam ada orang nak pecahkan pintu rumah je. Alamakk siapa pula nak datang ceroboh rumah aku ni.

Lepas seketika suasana jadi senyap balik. Aku pun hairan. Tadi bising, sekarang dah senyap. Aku cuba bangun daripada katil. Bila bangun daripada katil...... aku terkejut gila bila nampak anjing warna coklat yang agak besar. Serius muka agak garang dan badan anjing tu sangat besar.

Tiba-tiba anjing tu pun bersuara " Kau Firdaus Kan ? " Aisehmen !!, anjing ni pandai cakap ke ? Gila seram aku dibuatnya. Bila aku kata " Yer " , anjing tu pun tiba-tiba melompat dan menerkam ke arah aku. Dia serang dan gigit batang leher aku. Aku boleh rasa betapa sakitnya taring anjing tu mencucuk batang leher. Seketika kemudian aku nampak darah terpancut dan tersembur di merata tempat.

Aku hanya dapat meraung kesakitan tanpa boleh buat apa-apa. Lepas tu anjing tu pun lepaskan gigitannya daripada batang leher aku. Kemudian anjing tu beredar dan meninggalkan aku yang sedang berlumuran dengan darah. Katil aku, dinding bilik, dan badan aku habis penuh dengan darah.

Dalam keadaan yang lemah, aku cuba bangun daripada katil yang dipenuhi darah tu. Aku ambil kain tebal dan tutup di bahagian leher yang berlubang akibat digigit tadi. Darah masih tak berhenti mengalir keluar. Aku merangkak dan tertiarap sambil cuba bergerak mencari telefon bimbit untuk menelefon ambulan.

Bila dah jumpa telefon , aku segera telefon kepada pihak hospital dan beritahu ada kecemasa berlaku. Pihak hospital akan sampai bersama van kecemasan dalam masa 10 minit lagi. Masa tu aku dah lemah dan tak bermaya akibat banyak kehilangan darah. Badan dan muka aku masa tu seperti baru sahaja mandi dengan darah.

Aku semakin lemah. Sebelum ambulan sampai, aku dah pengsan kerana tidak bermaya. Bila aku sedar je, aku masih ada di rumah. Darah semua dah tiada. Luka gigitan pun dah tiada di leher aku. Fuuhh nasib baik mimpi je tadi. Ingatkan aku dah mati tadi. Tapi kenapa aku mimpi anjing cuba bunuh aku ? Mainan syaitan ? Ramadhan tiada syaitan tapi masih mimpi yang dasyat.

p/s : Segmen masih memerlukan 90 blog lagi. Jom join kat SINI .
Comments
17 Comments

17 ulasan:

Syazwan Che Deraman berkata...

apakah tafsir mimpi anjing gigit nie?..

better mhg check..
ada kalanya,kita boleh percaya mimpi ni..

AnAk dEneSor berkata...

wah anjing leh cakap..terer..hihi

sergeant keroro berkata...

mainan tido ni, keh3

p/s : laju betol lagi 90 jek XD

RepublicAku berkata...

wah...tulisan aku suka....berimaginasi selalu lama-lama kita bertambah terer...keh3...

dari tafsiran aku ...kau ni kena mandi air jejatas baru terhindar dari kecelakaan......keh keh keh !

mas saari berkata...

cubalah cari maksud mimpi tu...

Bella Bell berkata...

baca doa sebelum tido.. heheh!!~


^^

Alya Esprézzo berkata...

ermm..kadang2 mimpi tu pun merupakan satu petanda, haha tapi jgn percaya sgt laa..sebab kadang2 mainan tido je..

kalau ko mimpi anjing gigit nie, lepas nie kau kena hati2 laa..haha dia nak ko lebih berwaspada lepas nie.. :P

aiman berkata...

haa.. mainan tidur jer tuh.. tapi orang kata kalau mimpi anjing, ular, kala-jengking hitam.. ada jin ganggu..

wallahua'lam.

Anyyss Shuhaimi berkata...

hmm...permainan tidur..lain kali amik wudhu' sebelum tidur. :)

www.myobw.com berkata...

tido xmo cuci kaki... itu yng dibuai mimpi ngeri tu~

Ummi berkata...

aiyak~!

cucu umie berkata...

jgn lupe kalo nk tido kne hengat juga..waktu bila hang tido tu..haha

anamizu berkata...

wahh anjing bleh b'ckp la..hehe

lama x mai sini =P

syaz@rozelt berkata...

mesti suka layan cte imaginasi kan..sebab tu la terbawa2 dlm mimpi..hehe..

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

huishh . gile dasyat mimpi .. tapi Tia rasa ngeri lak bila terbayangkannya ...

liya alia berkata...

hahaha..macam buat karangan time sekolah rendah dulu pulak..

btw, kat rumah saya mmg byk anjing.. pukul 4 pagi tiap2 hari msti tejaga.. anjing bt bising dgn nk makan kucing... sekor kucing saya mati anjing punya hal.. sob sob

GaRy™ berkata...

hahahaha... seram sejuk je mimpi ko ni... meremang segala bulu yang ada~.. XP

 
Related Posts with Thumbnails