Isnin, 29 Ogos 2011

Alternate Ads Dah Keluar

Wah tak sampai 1 jam lagi, baru je 30 minit Innity dah keluarkan alternate ads yang aku buat.. kih kih kih sangat mantap dan pantas walaupun banner tu sangat hodoh tapi ok la kan untuk tempoh permulaan ni. Nak buat banner cantik aku tak pandai sebab basic adobe photoshop dan paint aku tak pandai sangat. Paint pun aku agak FAIL .. LOL

Lagipun ni hanya la percubaan je sebab aku banyak baca kat blog, mereka ada cadang supaya buat alternate ads dan baru hari ni aku nak try. Agak looser aku disini. Ok ok aku tahu korang dah bosan dan menyampah aku sembang pasal iklan ni. Jom kita tukar topik pula ye.

Cakap pasal hari ni iaitu sehari sebelum hari raya, banyak benda juga aku kena buat jap lagi. Antaranya kena kemas rumah, sapu lantai, mop lantai, pasang langsir baru, kena pergi kedai beli itu ini untuk masakan raya esok, lepas tu baru la dapat berehat dan bersantai jap. Tu pun kalau takde penambahan kerja. kalau ada memang x rehat sangat la jawabnya.

p/s : Korang raya esok family masak ape ? Mak aku masak Nasi Dagang :)

Comments
19 Comments

19 ulasan:

sergeant keroro berkata...

nak nasi dagang!!

[sutera kasih] berkata...

apa kelebihan buat alternate ads, freaky? 1st time dgr..

mak saya masak nasi impit, kuah sate kacang, daging masak kurma :)

Zul Fattah berkata...

haha.. kata computer eng.. mesti pro oh..
haha..
mak aku tak tahu lagi nk masak apa.. haha..
x de mood nk raya.. semua family aku tak balik.. haha.. kejam

Cik Asma BLuppy berkata...

mak sy buat nasi myak ayam kampung..
jemput dtg umah ye...=)

kiz berkata...

haha..mcm2 kojo kono buek..padan muko ekau..kah kah

cucu umie berkata...

kalau terengganu mmg terkenal dgn nasi dagangkan.. hehe alhamdulila tmpat ayie masak ketupat, lepat and adlah serondeng, ayam masak kicap, merah.. masak daging..hehe bnyk juga nie..

syarifahsidrus berkata...

boleh buat banner sendiri ke?

raya nenek yang masak..lalaal...

Bigdaddyz berkata...

buat sup kura-kura...boleh...hehe

Dr. Fox berkata...

amboii, sakan noh nasi dagang. haha

M Firdaus Mohd berkata...

nasi dagang wo! feveret gua tu, nanti post skit kat sg buloh ni! :)

NasZ berkata...

nak nasi dagang gak. biasalah. nasi himpit, ketupat daun palas dan rendang ayam la. hehe.

MOHD NASER.com

Saiazuan berkata...

"TAQABBALULLAH MINNA WAMINKA"
(Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu)

happy eid sahabat.. thanks sbb rajin dtg blog aku yang tak seberapa tu.. :D

Luqeem™ berkata...

msak lonting dgn soto je..

Lieyda berkata...

wah mcm mne nk buat tu,.huhu.slmt ari raye firdaus :)

hira berkata...

nasi dagang dah muak makan sejak puasa hari tu. haha :D rendang, kuah kacang, nasi impit, ayam masakk merah. sedap tak? sedap tak? hahaha :p

p/s: hebat woooo iklan tu. haha. for beginner, not bad la kan? ;)

Freaky berkata...

waaa sume makan yang best raya nanti :D

hira : hehe boleh la tahan

Freaky berkata...

lieyda : innity je boleh buat camni

saiazuan. no hal bro.. welcome :D

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

hoh? wahh , banner sendirik ke ?

Freaky berkata...

haa banner sendiri tiaa

 
Related Posts with Thumbnails