Isnin, 1 Ogos 2011

Alamak !! Siapa Kau ?

Alhamdulillah selesai menunaikan solat sunat terawih untuk malam ni. Seperti biasa suasana dalam masjid sangat meriah. Ramai yang datang tak kira tua dan muda. Kanak-kanak pun sangat ramai tadi sampai bising masjid mereka bergurau. Nak marah mereka bergurau tak sampai hati kerana semua masih kecil, hanya teguran lembut yang mampu diberi oleh orang-orang tua dalam masjid tadi.

Lagipun bukan selalu masjid dipenuhi dengan kanak-kanak. Kang kalau marah, esok dan lusa terus tak datang ke masjid. Haa jadi sunyi pula masjid kalau tiada kanak-kanak yang ceria. Semasa ada dalam masjid tadi, aku didatangi sekumpulan remaja dalam linkungan umur 15 hingga 17 tahun. Mereka datang dan bersalaman sambil memberi senyuman pada aku.

Aku pun menyambut salaman mereka serta membalas senyuman. Mereka duduk di sebelah aku dengan menyebut nama aku sambil bertanya khabar. Ehh alamak !! macam mana dia tahu nama aku ? Aku rasa macam tak pernah jumpa pun mereka semua ni. Aku dengan perasaan serba salah terus tanya macam mana mereka semua kenal dan tahu nama aku ?

Malu wess orang tahu nama kita tapi kita tak tahu nama mereka. Lepas sembang punya sembang, baru aku tahu yang mereka ni merupakan geng yang 1 tempat dengan aku mengaji al- Quran dulu. Tak sangka mereka semua dah besar dan sangat lain wajah serta tubuh badan. Yang membuatkan aku kagum, mereka masih lagi kenal rupa aku setelah banyak tahun tidak bersua muka.

Dalam ramai-ramai tu, ada yang masih sekolah dan ada juga yang bakal mengambil peperiksaan SPM pada tahun ni. Aku doakan mereka semua berjaya dalam pelajaran. Sangat menarik terawih pada malam ni apabila bertemu dengan kawan-kawan yang sudah lama berpisah. Kalau tak silap, kali terakhir jumpa dengan mereka semua adalah 6 tahun yang lepas. Lamanya ~~ dan sekejap je masa 6 tahun tu berlalu :)
Comments
17 Comments

17 ulasan:

sergeant keroro berkata...

hehe, member lama bersua kembali XD

syarifahsidrus berkata...

ingatkan kenal sebab blogger femes!heheh

syrupmasin berkata...

wuahaha..aku pon jumpe kawan lame..ta igt pon yg mane buat2 ingt suda :D

Syuxer berkata...

aku pula ada terjumpa member lama..:)..aku tak ramai mana pun kawan heheh..maklumlah aku tak bercampur mana orang kat kampung neh..

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

mak aih .. 6 tahun ?? gile lamaaaa ..

kiz berkata...

tapi bila aku jumpa encik Firdaus kat mana2..tentu aku akan kenal..caya ke tak?

ILA HonEyBuNNy berkata...

6 tahun...lama tu..

tapi kadang2 rasa kejap bila pejam celik pejam celik..hehehhe

Syazwan Che Deraman berkata...

best woo jumpa member lama..hhe

cucu umie berkata...

wah..okaylh tu ramai juga yg remaja dtng terawih..tmpt ayie boleh lh tahan tpy tak thu ah nty pertghan..hehe

akoo pae berkata...

huhu muke kau tak berubah kott dari dulu..

aimie amalina berkata...

weeee
ramadhan menyambung 6 taon yg lalu =)

fieha berkata...

sy terjumpa ustazah yg ajar mse sek rendah dan tegur..dia tanye sape ni?bg tau name bru dia igt..dia ckp lennnye muka.. :)

hira berkata...

kenangan lalu kembali~ huuuuu.. macam best! haha :D

hira berkata...

dah follow tapi asyik tak keluar dekat dashboard je. uih, bosanlah! haha :D tu yang tadi komen semua entry yang latest. hoho

hira berkata...

dah lama follow cuma asyik pending je entry awak dekat dashboard. tu yang unfollow. then, follow balik. haha :D sorry tau~

Freaky berkata...

oo macam tu.. takpe :)

[sutera kasih] berkata...

sy pun pernah jgk kena mcm tu..tiba2 org tegur, siap kenal nama lagi..sy terpinga-pinga dah..blurrr sebab xtau nama tp kenal muka..

masa pantas berlalu..

 
Related Posts with Thumbnails