Isnin, 22 Ogos 2011

Aku Pun Tak Cerdik Jugak

Waktu petang macam ni teringat lagi situasi masa awal aku buat blog dulu. Serba serbi tak tahu sampai blurr terus. Even nak tanya soalan pun tak tahu soalan apa yang patut ditanya. ha ha memang kategori noob gila yang teramat la masa tu. Bila ditanya kepada yang lebih tahu, jawapan yang mereka beri pun membuatkan aku masih kurang jelas.

Isshh apa ni ? Aku tak tahu apa-apa pun pasal blogging ni. Baik aku tak payah blog dan terus tutup blog ni. Pernah juga fikir macam tu tapi tetap tak sampai hati nak tutup blog ni. Memandangkan aku sangat noob dan tak tahu apa-apa, kebetulan masa tu baru berkawan dengan seseorang yang banyak bantu aku dalam blog.
Siapa orang tu ? he he tak payah la perkenalkan. Lagipun dia tak berapa suka orang ramai kenal dia. Ok balik kepada cerita tadi, banyak yang aku belajar daripada dia. Bila tak tahu suatu benda, aku akan tanya dia. Kalau ada yang tak faham, aku tanya dia lagi. Boleh kata semua pasal blog aku tanya dia.

Nak tanya yang lebih otai, aku tak berapa kenal. Memang otai sangat mesra tapi aku je segan nak bertanya kepada mereka. Jadi apa yang aku nak sampaikan sebenarnya adalah jangan segan untuk bertanya. Ada je yang tak tahu terus tanya. Kalau dia tak nak jawab soalan yang ditanya, pergi tanya orang lain pulak.

Susah ke nak bertanya ? Tak susah sebenarnya cuma diri kita yang malas dan segan tak tentu pasal. Tapi jangan la duk asyik tanya soalan yang merepek pulak. Kalau aku ditanya soalan merepek pun memang sah la tak layan. Overall kalau nak dapat ilmu banyak, sila ramaikan berkawan dan rajin bertanya. InsyaAllah semua persoalan akan terjawab dengan mudah.
Comments
18 Comments

18 ulasan:

azrijohan berkata...

betul tu..
malu bertanya sesat jalan

aku pun banyak gila tanya2 orang..ehehe,kau pon pena jadi kaunter pertanyaan aku kan?




jom undi pilihan raya bloggers

http://azrijohan.blogspot.com/2011/08/tarikh-pilihan-raya-umum-bloggers.html

Zul Fattah berkata...

ko otai sekarang ni..so aku tak payah r nk malu nk tanya ko kan.. haha..
tapi betul r..aku seyes cakap ko ni pro r..
sama2 bro.. aku blajar sendiri dulu..member semua kutuk...
haha.. tapi aku blogging ni kerana hobi dan nk dapat ramai member.. kalau bukan kerana blog..aku tak kenal ko.. haha..

Panggil aku Han berkata...

best la kn ade jugak org yg nk ditnye2...aku xde spe2 pun..tnye pakcik google je..

RepublicAku berkata...

tadi masa baca ada benda aku nak tanya ...la ni lupa la pulak...keh3

Freaky berkata...

zul : huhu thanx bro.. sangat hargainya

han : pakcik google pun bagus untuk tanya

republic : aiyakk nak tanya ape ?

[sutera kasih] berkata...

malu bertanya sesat jalan kan freaky hehe..ni nk tanya freaky ni, apa tips freaky rajin tukar wajah blog?hehe..

sergeant keroro berkata...

otai ni, alien dah menghilang T__T

kiz berkata...

aku suka lagu tanya itu sama hud hud...hehehe

IMANSHAH berkata...

i pemalu uols

Saiazuan berkata...

malu brtanya sesat ke lebuhraya karak la jwbnya.. hehe

inche hlovate berkata...

malu bertanya sesat jalan kan..so byk2kan la bertanya :)

SoLy SoLicious berkata...

freaky, nak tanye freaky ni... tp malu la...*gurlppp

Luqeem™ berkata...

aku selidik sendiri je ape ape pun..aku jarang bertanya..huhu

cik hani berkata...

dulu masa mula2 wat blog, siap call kawan kat KL tanye nak edit blog
hikhikk..semangat wehhh

Syazwan Che Deraman berkata...

malu bertanya..sesat jalan bro.
aku kenal demo maso mulo mulo blogging lagi dok?.
loni demo makin advance..buleh kongsi tips seket..traffic banyak jah hari hari..hehe..

aimie amalina berkata...

as conclusion = ajen2 la bertye =]

fiq. berkata...

biase, awal2 memang kosong,sampai sekrang dah jadi hero,,hehe...
nanti bagi ilmu pulak kan,,hehe

fiq. berkata...

btw,saya polo sini =] =]

 
Related Posts with Thumbnails