Rabu, 3 Ogos 2011

Aku Bukan Tak Nak Buat. Seru Tak Sampai Lagi

" Aku bukan tak nak buat, cuma seru tu tak sampai lagi ". Selalu je kita dengar ayat ni daripada seseorang kan ? Biasanya ayat ni digunakan dalam isu berkaitan agama seperti isu bertudung, tutup aurat, solat, maksiat dan lain-lain lagi. Tapi kali ni aku bukan nak cakap pasal tudung atau aurat atau solat. Aku hanya nak sentuh pada bab menunaikan haji je.

Bila ditanya kenapa masih tidak pergi menunaikan haji, pasti banyak alasan yang diberi. Ada yang boleh diterima alasan mereka dan ada juga yang tidak boleh diterima. Antara yang selalu digunakan alasannya adalah " Masih tidak mampu ". Hurmm aku terfikir seketika, macam mana baru dikira mampu untuk pergi menunaikan haji ?

Kalau nak kata akal tidak waras, aku rasa mereka sangat waras kerana mereka terdiri daripada golongan elit dan bijaksana. Nak kata kesihatan tidak mengizinkan, nampak elok saja jogging tiap petang dan tak pernah dengar masuk hospital lagi sebelum ni. Nak kata kewangan masih tak cukup, tapi mampu je pakai kereta berharga 100 ribu keatas. Lepas tu 2 atau 3 tahun sekali tukar kereta. Eh tu patutnya tiada masalah dah kalau dari segi kewangan.

Habis tu macam mana baru dikira mampu untuk menunaikan haji ? Bila bentangkan hujah diatas, mereka akan berdalih dengan ayat " Tak sampai seru lagi ". Aku tak nak sembang panjang sangat. Bagi aku dan pendapat peribadi aku, jika kita menanamkan niat bersungguh-sungguh untuk menunaikan haji, insyaAllah akan dimakbulkan Allah ". Masalahnya sekarang, dalam diri tu takde tanam niat pun nak pergi menunaikan haji. Sikit pun takde niat tu.

Tu yang menyebabkan tak sampai seru lagi tu. Aku bukan hentam mana-mana golongan. Aku cuma ingin sampaikan bahawa mulai dari sekarang, tanam la niat untuk pergi menunaikan haji. Zaman sekarang ni ramai mati awal sebelum pergi menunaikan haji. Bukan mereka tak mampu. Mampu je tapi tu la. Macam aku cakap awal tadi. Niat takde, macam mana nak terbuka hati ?

Ada yang dah hantar permohonan tapi tempoh tu lama sangat dalam sekitar 10 tahun akan datang. Kalau bimbang takut tak sempat 10 tahun tu, ambil la pakej lain. Tapi pakej tabung haji juga yang paling bagus.. hurmm tabung haji sangat ramai yang memohon sampai yang dapat pun kena tunggu 5 tahun baru boleh pergi haji.

Aku pun bimbang bila dah bekerjaya dan berkeluarga nanti, langsung dah lupa akan tanggungjawab menunaikan haji. Takkan nak tunggu sampai tua dan tidak ada kudrat baru nak pergi tunai haji ? Itu pun kalau sempat tua. Kalau mati sebelum tua ? Hurrmm =_=
Comments
23 Comments

23 ulasan:

diana berkata...

muda2 duit banyak asyik nak bercuti luar negara je..
dah tua baru nak pi haji..
macam artis la..muda2 ada duit
pi umrah saja..
tak nak buat haji sebab takut bila balik tak tutup aurat orang bising pulak..

asnizaziz berkata...

betul2, selagi muda n kudrat masih kuat lagi baik pergi umur skrg..duit boleh dicari..asalkan ada niat ^^

sergeant keroro berkata...

betul, memang banyak alasan bagi mereka.

satu kita jawap, sepuluh dia balas.

p/s : nice one :)

Elyana Ahmad ツ berkata...

ingatkan seru nak kahwin.hehe

saiazuan berkata...

harap rmi brdarah tlinga baca ni :)

kiz berkata...

aku dah ada simpanan dalam tabung haji..harap cepatlah cukup..hehe.potong sikit-sikit melalui gaji..lama-lama banyak juga dari langsung tak ada..

Cik Ct berkata...

hmm.. mmg ct pun slalu gak dgr org ckp " lum smpai seru ag". diorng x tau gaknyer.. kalo dh wajib.. wajib laa jgk.. at least transform pelan2 dr kuar kn kenyataan " aq lum sedia or lum sampai seru"..

aiman berkata...

betul.. mmg slalu dengar camtu jugak.. yang penting kita tanam azam.. InsyaAllah akan dibuka pintu rezeki kita untuk pergi.

erniemusliana berkata...

tak semua mampu pergi. mampu ada banyak pula maksud kat sini. jadi, terpulanglah kat si polan tersebut.
semua bergantung juga. :)

Syazwan Che Deraman berkata...

betol kato demo..ore gitu tak dok tanam niat nak g haji..mgkin mereka fikir " buat ape, nak habiskan duit dengan macam tu, panas panas dan penat penat, g masjid cukup la, aku ni bukan baik sangat,"
mungkin laaa..

boleh start kumpul duit doh nie.
hehe

selamat berposo.

♥CIK IERA♥ berkata...

kalau mampu then pergi tapi tak ikhlas, tak gune jugak... haruslah tanam azam dan ikhlas... :)

iPai berkata...

betul bro .. niat nak g haji ni kena tanam dari skrang (walaupun aku pun tak pasang niat lagi)

mak aku cakap skrang ni, mohon sekarang 10 thun nanti baru dapat .. so aku pk, masa nak kawin mesti kumpul duit siap2 utk pergi haji n trus mohon bile dah kawin .. ..

Luqeem™ berkata...

iman tak cukup kuat lagi la tu..

My Name is Mar berkata...

Hari tu aku tengok rancangan DR Mashitah dan berbincang pasal isu buka aurat..
Ada juga ayat tak sampai seru..
Nazri Johari ex kumpulan raihan kata, TAK MANIS GUNA BELUM SAMPAI SERU.. Sebaiknya,.. Mungkin ALLAH belum buka pintu hati saya untuk menunaikannya. Cuma doakan perubahan saya kelak..

Aku dah jumpa pengganti SS

[sutera kasih] berkata...

saya pun mmg berhajat nk pergi sana..nak bawa mak bapak :)

RepublicAku berkata...

satu percubaan yang baik untuk meyentuh bab agama...teruskan perlahan-lahan...

Anyyss Shuhaimi berkata...

sebaiknya kalau hati belum terbuka lagi,carilah hidayah Allah tu sampai jumpa. wallahualam..

cucu umie berkata...

hal ini ayie tidak pasti mahu ktekan tapi yg ayie pasti setiap orng boleh tahu dia layak untuk pi.. kalo ikotkan kemampuan, sbnarnya ramai yng sudah mampu ...

SoLy SoLicious berkata...

semoga hati2 mereka terbuka untuk menunaikan haji kelak ~

GaRy™ berkata...

insyaallah.. harap2 dimurahkan rezeki aq dan dipanjangkan umur aq untuk tunaikan haji ni... huhu~..

aimie amalina berkata...

wuwuuwuuw
betol!
iso gak dgn diri sendiri an..
tap tula
kalo tggu asek hati bile nak berubah smp bile
kene la wt dulu..bru Tuhan buka hati utk berubah..ye dok?

Ummi berkata...

salam..

dah bukak tabung haji blum... kalau bukak sekarang 20 tahun pun belum tentu dpt..huhu ustaz aku cakap...ramai yang tgh q...

Abe Goreng berkata...

apa yang penting niat yg ikhlas bkn psl nk tnjuk2.:D

Nafsu Remaja vs PArt Time!

 
Related Posts with Thumbnails