Jumaat, 19 Ogos 2011

Aku | Blog Dan Perasaan

Bila cakap mengenai blog peribadi, sudah tentu ia melibatkan perasaan. Tapi aku bukan nak sembang pasal perasaan cinta, perasaan benci atau perasaan marah dalam blog. Aku hanya nak berkongsi mengenai perasaan aku terhadap aktiviti blogging yang aku tengah alami sekarang.

Mungkin ada yang agak annoying dengan apa yang aku nak cakap ni. Ok pertama sekali nak cakap pasal trafik blog. Perasan tak bahawa blog aku ni takde tunjuk pun mengenai trafik harian. Dulu aku ada pasang widget trafik macam Histats dan juga Feedjit, lepas tu aku buang. Kenapa aku buang ? Tujuan aku buang bukan nak sembunyikan statistik trafik blog.

Tapi bagi aku ia membuatkan aku semakin tension dalam blog. Hari ni trafik aku 500, esok 700, lusa jadi 300... alamak !!! jatuh gila trafik. Kenapa boleh jatuh ? Aaarrgghh !!! nampak tak ? Disebabkan trafik aku jatuh dah boleh buatkan aku tension sampai boleh hilang mood blogging. Jadi demi mengatasi masalah yang aku hadapi ni, aku terpaksa buang widget trafik supaya boleh blogging dengan lebih tenang dan santai. Aku tahu, boleh je buat tak endah pada jumlah pelawat sehari tu tapi sebenarnya aku tak boleh sebab aku gersang dan ghairahkan nombor. LOL

Iklan jap.. Hensemnya Sharingan

Ok tadi tu pasal trafik, sekarang mengenai iklan di blog pula. Aku letakkan 4 lokasi iklan di dalam blog ni. 1 leaderboard, 2 sidebar dan 1 bawah entri. 4 ? Gila banyak tu wesss !!! semak je tengok iklan banyak dalam blog. Semak sangat ke ? Ahh lantak la.. dah aku suka tengok iklan berjoget dalam blog ni. Walaupun income belum tentu dapat tapi aku suka tengok iklan lebih-lebih lagi iklan Innity ni. Comel gila warna hijau.

Ehem kasi la income banyak sikit Cik INNITY Oii. Aku dah puji iklan cantik tuu.. ha ha ha. Rasanya hanya 2 perkara ni saja yang aku nak kongsi perasaan buat masa sekarang. Kalau lain kali datang idea untuk sambung entri ni, aku akan buat tajuk AKU | BLOG DAN PERASAAN 2 pula ye.

p/s : Motif aku buat entri ni pun aku sendiri tak tahu. LOL :D

Comments
18 Comments

18 ulasan:

twinkeenabilah berkata...

Mesti Pro Math ni kan ? Sbb suka nombor :D

Ezad Skytech berkata...

kalau turun kaw2 memang boleh jejaskan mood nak blogging..hee~

Luqeem™ berkata...

stat aku sejak mnggu lepas merudum kot..haha. tp aku biar je, jnji lepas sasaran minimum.

AzatLazat berkata...

aku pon rasa macam tu la
kekeke
kena buang la lepas ni
:P

siti kektus berkata...

haha.

tak pasal2 emosi terganggu pulak dah. ;)

zeeck berkata...

huhu aku pun gile no gak XD tapi aku letak total pageview je XD

no smakin naik..xde turun2 XD yeah...

diana berkata...

tu maknanya kamu giler traffic..
wakakkak

akak letak je wiget histat tu..
tapi tak peduli pun..
hahahah..
yang peliknya bila nak tengok uv akak pi bukak nuff je..
wakakak..
tak tau apasal..
dah terbiasa kot...

Zul Fattah berkata...

yup..bro..kita blogging ni..bukan kerana nama..dan bukan kerana duit nuffnang or innity.. tapi.. blogging ini adalah hobby aku bro..
sbgai medium utk aku myampai ilmu dan meluahkan segala rasa yg terbuku di hati.. dan sebagai tempat hilangkan stress.. bukan tempat menambahkan stress..

ir yien 9897 berkata...

mest ramai juga yang berperasaan macam kamu...

tapi utk tidak menjadikan diri kita tension...

kita tukar niat..berblog utk happening..

sitihanisahali berkata...

blog saye x de traffic xde iklan.hehehe,.

Hanie_Dew berkata...

meamng penuh persaaan...

akoo pae berkata...

hheehe akoo maen letak je feedjit tu..tp tak paham pon camane nak tgk.=.='

Syazwan Che Deraman berkata...

aku jadikan hitstats aku sebagai panduan aku nak blogging..hehehe.

syrupmasin berkata...

haha..iklan berjoget lah best..baru ade m daud kilau :D

shah Blogger berkata...

sape xnak trafik dan nak sunyi dengan telur kan bro :D

tp tu la, skang ni pon org busy pose n nak raya. pelan2 naik gak tu :)

IKlan kena saiz ngan tmopt mmg nmpk elegent . aku sendiri suka tgk :)

Syazwan Che Deraman berkata...

demo di tag ;)

[sutera kasih] berkata...

sy pun tak suka number...juling mata hehe

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

Tia belum dapat jawapan dari depa .. huhuhhh . giles frust kot ..

 
Related Posts with Thumbnails