Isnin, 18 Julai 2011

Virus Facebook ?

Sejak beberapa hari ni aku dengar ramai yang sudah kena virus di Facebook. Antaranya tiba-tiba ada orang yang tidak kenal menghantar chat sewaktu menggunakan Fb. Apabila dibalas chat tersebut, maka merepek pula balasan chat yang diberi kepada kita.

Sebenarnya anda bukan chat dengan orang tapi itu adalah virus yang disebarkan dengan jayanya melalui facebook. Selain tu ada juga yang hantar application disertakan suruh like atau approve application tersebut.

Cara ini juga ramai yang dah tertipu, kononnya applikasi tu untuk tengok siapa yang dah stalk profile facebook kita selama ini. Tapi bila di " Allow " aplikasi itu, tiada apa yang berlaku dan kita hanya terkebil-kebil memandang skrin komputer dengan muka yang blur tidak tahu apa yang berlaku.

Sebenarnya sebaik sahaja kita tekan " Allow " , itu bermakna kemungkinan besar aplikasi tersebut sudah dapat mencuri maklumat peribadi termasuk password. Jadi untuk elakkan sebarang kejadian buruk, lepas " allow " aplikasi yang takde fungsi, lebih baik tukar password anda dengan segera.

p/s : Semoga kita lebih berhati-hati di Facebook.. :)
Comments
13 Comments

13 ulasan:

Mr feckry berkata...

banyak mendatangkan masalah je FB ni

syarifahsidrus berkata...

FB..FB..FB..macam2,sebab tu dah makin tak best

brat2104 berkata...

aku dah kena dah tadi.. ingatkan murid aku memang tegur aku. rupanya virus.. apa kes?

cik najihah berkata...

baru kene jugak petang tadi..bia die syok sendiri

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

wahhhh . tamo ah men fb lagik . huhuu . eh , btw kalau Tia chat bagi salam . tu Tia tau , bukan virus . hheheee

Ezad Skytech berkata...

makin pandai nak sebarkan virus sekarang ni...

iMBobo berkata...

facebook sudah tidak selamat...

Ahmad Haziq Azlan berkata...

dah kena 2 hari lepas

[sutera kasih] berkata...

macam2 saja huhu berhati2lah..

GaRy™ berkata...

hahaha... aq x pernah pun tekan2 link tuh.. huhu~..

Tea berkata...

kalau ade link, serius xtekan. sgt gerun dgn link. haha. link churpchurp pn tkut nk tkan. :P

Khairil berkata...

jarang dok ber FB akhir2 ni..tapi memang mcm yang dah meresap masuk dalam FB seperti malware dan application yang ntahapapantah...

sergeant keroro berkata...

huhu, aku memang selalu offline chat. haha XD

 
Related Posts with Thumbnails