Jumaat, 15 Julai 2011

Tutorial Mobile Blogging

ini adalah TUTORIAL UNTUK MOBILE BLOGGING

Memandangkan ada yang tanya macam mana nak buat mobile blogging / update blog dari telefon, maka ini cara-caranya. Ini hanya untuk pengguna telefon Sony Ericsson saje ye. Telefon Nokia aku tak tahu macam mana.

Untuk telefon SE yang boleh buat email, anda kena setting login email. Pergi ke :

Menu > Mesej > Email.

Kemudian dia akan tanya untuk setting. Masukkan nama ( Nama samaran ) , Email Login Blogger, Password dan Siap. Lepas tu setting akan dimuat turun ke dalam henfon SE anda dalam masa beberapa saat, paling lama 2 minit kot.

Lepas setting dah siap apply, dia akan tanya nak update inbox atau tidak ?. Sila Jangan Update Inbox. Nanti kalau ada 1000 email dalam inbox, jenuh nak tunggu download dan buang masa serta kredit je.

Sekarang telefon anda dah boleh hantar emel. Emel itu nanti kita akan gunakan untuk update blog. Untuk membolehkan update di blog, sila ke :

Dashboard > Settings > Email & Mobile

Skroll ke bawah sampai jumpa Posting Options . Tandakan Publish Emails Immediately . Diatas tu ada Username.( BOX )@blogger.com.

BOX = Secret password. Sebagai contoh, username aku = freaky123 dan hensem = Secret Password, maka :

freaky123.hensem@blogger.com ----> Ini adalah address untuk send email supaya dapat update blog.

Dah siap, tekan save kat bawah tu.. Jadi untuk update blog dari phone, buka :

Menu > Mesej > Email > Write New

To : freaky123.hensem@blogger.com <-- jangan lupa address dan secret pass

Subject : Ini adalah Title untuk Entri

Text : Tulis la entri ape :D

Happy Mobile Blogging. Sebarang pertanyaan, sila komen :D
Comments
13 Comments

13 ulasan:

syarifahsidrus berkata...

banyak habis kredit tak?

Freaky berkata...

syrifah : x tau la. hahaha macam mms je kot.

iPai berkata...

pernah guna dulu .. pakai HP nokia ..

tp setting siap2 Publish emails macam firdaus post kan kat sini

untuk certain HP nokia lama, takleh masukkan subject dalam msg .. jadi bila post, entri yang takde tajuk. tp Hp baru boleh masukkan subject, boleh jadikan tajuk entri ..

ada juga taip siap2, kita anta kat email ni dia akan simpan kat draft .. balik bukak laptop/komputer, edit kasi cantik dulu, baru post ..

kredit guna macam 1 MMS

Ahmad Haziq Azlan berkata...

kredit rm10 tahan 2 bulan....

http://azlanthetypewriter.blogspot.com/2011/07/debaran-penantian-180-minit-terakhir.html

syed amirul berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
syed amirul berkata...

salam
i need help
ley tolong padamkan x iframe ni
coz kat shoutbox die asyik mrh2
plez

syrupmasin berkata...

gune phone feeling laen sikit dr ngadap lappy :D

Syuxer berkata...

unik plak wat mobile blogging..cam ekpress je..tuh yang best kan..

huNNy berkata...

cam best..leh try ni...:)

tia @ Ini Kisah Tia berkata...

adeh . tak pernah lagi pakai sony . nokia sokmo2 . haha :)

diana berkata...

kalau guna kredit tak nak la..
akak kedekut sikit bab duit2 ni..
ekekekkeek....

Anif Abdullah @Mr AA berkata...

xpernah try lagi.. tapi selesa guna mcm ni je.. thanks daus :)

sergeant keroro berkata...

kita memang sehati sejiwa kan?? hahaha

p/s : hp nokia pelik sikit guna email, tu yang aku lagi prefer MMS

 
Related Posts with Thumbnails