Ahad, 24 Julai 2011

Terima Kasih Celcom Broadband

Semalam aku ada cabut sim kad yang ada dalam modem usb tu dan masukkan dalam henfon emak memandangkan Henfon aku sudah hancur berkecai akibat dibaling kat dinding oleh aku sendiri dalam entri INI .

Bila dah On telefon, ada satu sms masuk. Ehh setahu aku tiada siapa pun tahu nombor ni tapi tiba-tiba je ada sms.. Hairan bin ajaib dan aku terus buka dan baca sms tu. Rupanya sms tu datang daripada Celcom dan aku hanya tersenyum membacanya :

" Tahniah servis internet anda telah dinaik taraf kepada kelajuan 1.5 Mbps. "

Haa lebih kurang macam tu la sms daripada Celcom. Terus aku tersenyum bila baca sms Celcom tu. Tak sangka pula dah diupgrade kelajuan kepada 1.5 Mbps. Dah 2 tahun guna Celcom Broadband dan kali pertama guna sejak 2 tahun yang lepas. Ketika tu kelajuan hanya 384 Kbps je.

Tak sangka dalam 2 tahun ni pihak Celcom dah upgrade sampai 1.5 Mbps. Mana la tahu tahun depan Celcom upgrade jadi 3 Mbps pulak ke. Wuahaha siapa tahu kan ?
Oh ya aku guna yang servis RM 68 tu. Ada orang kata mahal kerana ada yang harga Rm 50 ke bawah sekarang ni.

Tapi perbandingan sepanjang 2 tahun guna yang Celcom broadband Rm 68 ni agak bagus berbanding yang murah tu. Kalau yang Rm 98 tu aku no komen la kerana tak pernah test yang tu. Kawan2 pun takde pakai yang Rm 98 tu.

p/s : Terima Kasih banyak2 pihak Celcom kerana upgrade kelajuan servis internet aku kepada 1.5 Mbps
Comments
10 Comments

10 ulasan:

c genk bah ne berkata...

genk pun guna yg RM68..ok juga line tp kekdg sakit hati jugz..hhuhu
ada masa laju..dan ada masa siput lagi laju

kiz berkata...

hehe..tapi aku ada guna celcom broadband gak..kat tempat aku ni agak hancuss ler celcom..tapi bila aku test lak maxis 3.0mbps..haha memang terbaik dari biasa..sekarang guna 2..maxis @ streamyx..keh keh..celcom aku dah bagi adik aku pakai..

Suhazli berkata...

celcom kadang2 best gak!!tp lau fon aku pakai maxis..maxis cool!!hahaha

najihah sahami berkata...

yeahh..kita sama. mish pun baru dpt mesej semalam.dia upgrade speed. tp still 5 gb limit dia kan. adoi. makin cepat la limit. haha

SoLy SoLicious berkata...

teeheee...sy pun dpt.. ^_____^

mumui berkata...

baru cek dapat masg tu ke nda... haha.... ade juga msg tu....

sergeant keroro berkata...

yeay!! same la kite, hehe XD

NEO berkata...

ingatkan aku seorang sahaja yang dapat...hehe

Freaky berkata...

wuahaha ramai ye dapat :D

Addin berkata...

addin pun dapat juga . *winkwink :)

 
Related Posts with Thumbnails