Ahad, 24 Julai 2011

Mereka Musuh Aku

Tajuk sentiasa bikin gempak beb walaupun isinya entah apa-apa. Sebenarnya bukan musuh perkataan yang aku nak gunakan dalam entri ni tapi lebih tepat lagi adalah PESAING . Biasanya manusia akan lebih bermotivasi untuk melakukan sesuatu atau lebih cenderung ke arah kejayaan apabila mereka mempunyai pesaing yang kuat.

Ini akan membawa mereka ke kancah pergelutan yang mana hanya yang kuat sahaja akan menang dan yang lemah akan kalah. Itu hanya la pendapat kasar daripada aku sendiri. Tapi sebelum munculnya pemenang dan pengalah, semangat yang ditonjolkan dalam sistem persaingan amat hebat sekali.

Pelbagai cara, pelbagai idea, pelbagai teknik serta langkah2 telah dikeluarkan demi mengatasi serta mengalahkan pesaing mereka. Ada yang guna cara kotor dan ada juga yang guna cara baik tapi aku tak mahu bincangkan hal itu di sini.

Apa yang jelas, Pesaing lebih memberi semangat untuk berjaya berbanding Idola. Idola itu sendiri adalah kegembiraan dan ketaksuban pada sesuatu. Manakala Pesaing pula adalah cabaran dan sememangnya hati manusia begitu tersentap dengan cabaran sehingga boleh membawa manusia mengatasi batasan yang mereka miliki.

Dalam dunia blog juga perlu ada Pesaing bagi mengejar kepuasan dan kejayaan di dunia maya ini. Idola saja tidak cukup syarat untuk mengatasi batasan yang ada. Cuba push limit anda dalam blog dengan mengenal pasti pesaing anda. InsyaAllah akan lebih bersemangat serta tidak mudah putus asa.

Ini adalah pesaing aku dalam dunia blog. Maksud aku bersaing secara sihat :D

-Invasion Plan
-Ini Kisah Tia
-Kizmyself
-Republic Aku
-Syaimz Hebatz
-Ernie Musliana
-Penulis Senja
-Gerbang Maya Melankolia Segar
-Senyum-senyum
-Blog Azrin Rahim
-Mrs Secretary
-Blog Gary
-Kei Seichi
-About Aku
-Suha~Simple~Life
-Quaint of Keen
Comments
8 Comments

8 ulasan:

kiz berkata...

semangat semangat..aku nak jadi pesaingan macam rakan sparring..berlatih bersama..keh keh..

Luqeem™ berkata...

peh diorg2 hbat kot..trmasuk ko..:D

sergeant keroro berkata...

haha, teman tapi lawan.

erk! boleh eh? hehe :P

Neo berkata...

dari permerhatian aku blog kau ni pun sudah di kira hebat ..rajin betul update...teruskan ...pasti berjaya kelak..

Siti Safiyyah berkata...

perghh.. diaorang memang hebat. :D

azrijohan berkata...

fuhhh,ni kes nak perang nihhh

Freaky berkata...

uik mana de perang.. ni persaingan jee

ILA HonEyBuNNy berkata...

Yeahhh...

semangat berblog...;-)

 
Related Posts with Thumbnails