Isnin, 25 Julai 2011

Menyampah Event Fb

Dah lama aku nak hentam pasal ni sebenarnya tapi baru hari ni sampai seru untuk luahkan apa yang terbuku di hati ni. Event di Fb. Boleh kata hampir setiap hari aku wajib terima 5 hingga 10 event yang agak menyampah di Fb. Yang tidak cerdiknya, event tu tidak menjawab soalan langsung.

Sebagai contoh macam ni :

Event : Saya Nak Jadi Manusia Yg Lebih Tabah Hadapi Dugaan!!!

Jawapan = Attending = Menghadiri.

Nampak kan ? Jawapan langsung tidak kena dengan soalan. Tapi aku bukan nak bincang pasal jawapan dan soalan dalam Event tu. Aku nak bincang pasal Event merepek seperti di atas sangat merepek dan mengarut. Semak notification je. Kalau sehari dah 7 Event, 10 hari dah jadi 70 event yang mengarut diterima.

Yerr !! memang boleh Ignore . Setakat 100 event yang mengarut tu aku boleh je nak Ignore. Tapi kalau tiba2 ada kawan sekolah / kawan U buat event ajak pergi Gathering melalui Fb, memang sah la aku akan terlepas kerana aku dah Ignore event yang banyak tu.

Takkan la aku nak teliti semua 100 event tu semata-mata untuk cari event kawan2 sekolah / universiti buat Gathering.. Disebabkan banyak sangat event mengarut dalam notification, maka aku takkan tahu pasal Event yang dibuat kawan2.

Ok tu dah siap 1 hal. Lagi 1 hal ada juga yang mencari publisiti murahan suruh like gambar. Kalau gambar lawa takpe jugak. Ni Ya Allah mahu pengsan aku tengok gambar tu. Yerr memang aku boleh ignore permintaan suruh like tapi kau faham tak istilah semak ? Kau salah gunakan aplikasi Event di Facebook faham ?

p/s : Kalau event sambut ramadhan atau hadiri terawih ok la. Nampak jugak faedahnya.
Comments
23 Comments

23 ulasan:

sergeant keroro berkata...

betul, aku setuju. buat semak. fanpage blog pon nak buat event suruh like, entah pape. macam haram.

kiz berkata...

haha...tapi aku tak pernah dapat pun benda macam ni..huhu

Syuxer berkata...

aku tak pandang langsung kat sidebar fb aku tuh hahahha..birthday member pun aku kadang2 tak terpandang heheh..maklumla aku baca status dan udpate status je heheh

cucu umie berkata...

ayie just cakap maybe attending shje...setiap hari nk kne bt mcm gitu sebb kalo tidak ad mber nye event pon terlepas..huhuh

Panggil aku Han berkata...

event ni buat semak...hmm..tapi nk buat mcm mne...haihh apa pun tak boleh...hahah

Ahmad Haziq Azlan berkata...

penat dah ignore segala bagai event tu semua

Cik Teddy berkata...

that's right freaky..penah satu hari tu smpai 18 event..haha
mne x jadi gile cik..haha

aiman berkata...

memang menyemak.. apa pun tak boleh..

diana berkata...

tengok bola kt tv pun nak ajak..
entah apa2..
macam la kita kongsi tv dengan dia.
nak marah kang cakap kita sombong..
aih!!budak2 tak matang betul la..

cik najihah berkata...

hahah samelah..
nyampah gak..kalau yg ok x pe ni yg tah pape

siti kektus berkata...

haha. memang buat semak je lebih.


kalau yg bukan2. mmg malas nak layan. bia je. ;)

peNulis SeNjA berkata...

alamak abg dah marah ....... jomm larikkkkkkk

Green Apple berkata...

malas nak layan...
lagi pon sekarang memang dah jarang online fb...

. berkata...

aku buat tak tahu je..semak je event event and jemputan like secara paksa nie..

makin menarik blog mg..suka template and background macam nie ;)

k.h.a.l.i.l.a berkata...

hahaaa... x dpt disangkal lagi mmg ni kisah benar.

[sutera kasih] berkata...

betul tu..menyemaklah huhu
kdg2 terlepas pandang event penting yg sepatutnya..


pssttt lawa wajah baru blog freaky :)

~~Ticer Wann~~ berkata...

dorang tak faham apa erti mengganggu orang lain tu pasal dorang create event yang entah ape2 tu.. :D

Elyana Ahmad ツ berkata...

aku setuju sgt2 dgn ko freaky.event yg tue ok lagi yg mintak like gambar aku rs nak siku laju laju je kepala dorang

Sitisifir10 berkata...

keh keh keh.... macik like entry ini :D

wan_cikgumuzik berkata...

gilaaa kalah retissssss sehari 7 event,, kah kah kah kah..

hakikatnya aku pon semak bagai.. tah apa2 event yang dibuat.. paling menyampah nk like gambar.. hahhahaa.. mcm nk sounddd jerrr org yg buat event tuu..

tggu entri hentaman aku yang lagi memedaskan ok sbb aku cikgu wan blogger gila.. harap maklong... lalalalla..

Freaky berkata...

hahaha menantikan entri cikgu :D

Ezad Skytech berkata...

aq pon da naik fed up bila buka FB ada event2 yg cmtu...haha~

syarifahsidrus berkata...

betul2, macam2 event da

 
Related Posts with Thumbnails