Jumaat, 1 Julai 2011

Lawak Dalam Politik

Siapa yang tak join lagi segmen " Seminggu 100 Follower " sudi sudi la ringankan tulang join segmen ini dengan klik kat SINI

Depan rumah aku ada seorang pesara guru yang sangat aktif dengan politik. Kiranya kalau orang-orang besar atau YB Dun Besut ni memang confirm kenal dan kamcing la dengan pesara guru ni. Ceramah politik masa nak pilihan raya dulu pun buat di hadapan rumah dia. Ha ah bayangkan la nak kata kuatnya politik dia sampai ceramah kempen buat di depan rumah dia. Power Gila pakcik ni.

Ok ni part yang paling kelakar bagi aku. Dulu dia ni orang kuat BN. Memang sangat kuat habaq hang sampaikan YB pun selalu lepak dengan dia dan minta pendapat dia. Sekarang musim pilihan raya dah semakin hampir dan pada hari ni aku nampak sesuatu yang mengejutkan di sekitar rumah dia. Aku nampak bendera pembangkang ada dicucuk sekitar rumah dia.

Haih takkan la pesara cikgu ni dah masuk pembangkang kot ? Dulu bukan main lagi sembang kemas pasal BN dalam kempen politik. Aku tanya ayah, dan ayah beritahu yang memang pesara cikgu tu dah tukar pihak. Aku pun terus tergelak Kah Kah Kah dan ayah aku pun turut gelak sama. Lawak kot tiba-tiba je dia berubah pihak daripada penyokong kepada pembangkang.

Entri ni aku tak kutuk mana-mana parti ye. Aku cuma rasa lawak je dengan apa yang berlaku pada jiran aku ni. Sekarang ni pesara cikgu ni kuat ikot pembangkang pula. Malam ni tiba-tiba je ada ceramah politik dan sekarang ni mereka sedang test Microfon untuk ceramah politik malam ni.. Ha ha ha lawak betol ragam politik ni :D

Moral Value : Jangan taksub sangat dengan suatu parti, nanti suatu hari kau akan BENCI dengan apa yang kau taksub itu :)


Comments
4 Comments

4 ulasan:

MyMye MyMya berkata...

mcm2 je....:D

Kei Seichi berkata...

aku sokong dia..haha.. =P

[sutera kasih] berkata...

'jgn terlalu syg akan sesuatu sbb kelak akan membencinya suatu hari kelak..bersederhana sajalah..' :)

sergeant keroro berkata...

hehe, atas pagar jom XD

 
Related Posts with Thumbnails