Sabtu, 30 Julai 2011

Kenapa Kau Buat Blog ?


Orang buat blog memang ramai. Bila ditanya kenapa buat blog, banyak sebab menarik yang kita terima. Ada yang kata nak cari kawan, ada yang saja suka-suka, ada yang kejar duit, nak kejar ranking, dan ada juga yang tak tahu sebab yang betol kenapa dia buat blog ( aiyaakkk !! ) .

Kadang-kadang tu juga sebab kita berblog boleh berubah dari semasa ke semasa. Contohnya hari ni aku blog sebab nak habiskan masa. Esok aku blog sebab nak tambah income. Lusa pula aku blog kerana ada isu hangat sedang berlaku sekarang. Haa nampak tak ? sebab itu boleh berubah dari semasa ke semasa.

Memang bagus kita selalu berubah sebab, tapi perkara macam ni juga boleh menyebabkan seseorang putus asa dalam blog. Mereka akan putus asa kerana tiada pendirian yang tetap dan tiada hala tuju dalam blog. Sekejap itu dan sekejap ini. Lepas tu terus tutup blog. Sebab ape tutup ? sebab kecewa :P

Jadi blog pun macam kehidupan sebenar juga. Kena ada target dan hala tuju yang betol. Haa bila dah ada hala tuju dan target, baru la boleh ber-blog secara bermati-matian untuk mencapai target yang ditetapkan tu. Yang paling penting jangan sesekali putus asa. :)

p/s : Sebab aku berblog untuk cari kawan, kejar ranking, kejar income :P
Comments
16 Comments

16 ulasan:

pha is berkata...

aku pulak sebab nk kenali kawan aku yg dah ada blog dengan lebih dekat. hehehe

korek hidung batal puasa?

My Name is Mar berkata...

Pada mulanya hanya suka-suka..
Saja nak jadi kerek konon ada blog..
TAPI,.. Lepas berblog sekian lama..
Baru menyedari bahawa blog bukan untuk nama semata..
Blog adalah sesuatu yang akan menentukan putaran kehidupan..

Pentingkah IDENTITI seorang BLOGGER?

nurAMALLINA berkata...

nak berblog sebab minat menulis.

anismelon berkata...

buat blog sebab tak da kawan yg larat nak dengar luahan hati kite 24jam..boleh tak gnie..weee

kiz berkata...

oit freaky..tak buat blog..tapi aku menulis je..haha..peace

diana berkata...

akak buat blog untuk semua sebab yang orang ada...
hehehe,..boleh ??

Leysa JL berkata...

berblog untuk learning something new.. yaa, terlalu banyak benda yang boleh dijadikan pljrn dlm dunia blog..read, observe, learn n apply :)

azrijohan berkata...

sebab blog?
nak jadi blogger..hahaha
diterima tak...


income ciput laaa pakai Nuffnang
mai tolong aku kejar Innity...

cucu umie berkata...

hehehe..berblog untuk kongsi ilmu + cari income..huhu

Bigdaddyz berkata...

kerana takut tiada hari esok untuk dingati lagi...

qudwa berkata...

aq plak sebab aq suke mmbace....so lg best blogwalk klu da ad blog sendiri...haha...

siyes...mmg wat blog sebab nk blogwalk...XD

Kei Seichi berkata...

aku plak mula2 nak cuba2..pastu rasa seronok bile ade org baca and org hargai penulisan n idea kita..then nak cari kawan..last skali kalau ade income tu kire bonus la...

p/s: maju da bro skarang ni, income mesti lg masyuk dr dulu kan?all the best!

Freaky berkata...

hehe nampaknya ramai juga yang berubah sebab semasa blogging

sergeant keroro berkata...

aku pon sama lor, haha XD

NuSaNa NoSa 91 berkata...

sbb nk tulis apa yg keen rasa.. tu je... sbb tu xaktif sgt..~ ^_^

hira berkata...

saya aktif ni sebab nak cari kawan, cari pendapatan lebih dengan ads, kongsi apa-apa yang patut, menimba ilmu dari otai-otai dan selebihnya tu tak perlu dihuraikan. banyak sangat dah. hahahaha

 
Related Posts with Thumbnails