Isnin, 11 Julai 2011

Kakak Matahari

Bila aku tengok perempuan pakai eyeshadow yang melampau dan pelik, aku asyik teringat kepada kakak matahari. Uikk siapa kakak matahari tu ? Dan kenapa kakak itu digelar sebagai kakak matahari ? ha ha jom baca kat bawah.

Lepas spm, sekolah aku ada buat lawatan ke Cameron Highland. Aku pun ada join jugak lawatan yang sangat hapening ni. Bila sampai di Cameron Highland, kami semua pergi serang 1 kedai ni untuk beli makanan kerana dah lapar sangat.

Di bahagian depan kedai tu ada bekas lauk makanan sangat banyak. Kami semua usha la lauk yang ada. Lepas seketika datang seorang akak tanya kepada kami nak makan ape.

Bila kami pandang je mata akak tu, semua kawan-kawan aku duk gelak terbahak-bahak. Aku yang tak dapat tahan geli hati pun terus gelak kaw-kaw. Aduyaii kesian akak tu kena gelak. Nak tahu kenapa akak tu kena gelak ? Sebab dia pakai eyeshadow yang sangat pelik.

Seingat aku, eyeshadow dia pakai tu hitam tutup mata macam zorro lepas tu ada selitkan belang berwarna biru terang. Bila teringat je kakak tu, aku pasti gelak. Sekarang pun bila aku tengok ada orang pakai eyeshadow dengan corak pelik, aku pasti gelak :D
Comments
13 Comments

13 ulasan:

TYNTHA LANA berkata...

Hehehe,tau takpa..ini yg dinamakan bila dah ter"over" ^_^

fieha berkata...

hehe..ingtkan apa tadi..pelik jgk tgk org yg pakai eyeshadow warna warni ni..kdg2 sampai 3,4 warna :)

najihah sahami berkata...

haha..xreti pakai eyeshadow..T_T

Cik Teddy berkata...

haha..lawak2..len kli pkai wrna natural jerk

siti kektus berkata...

itu style lah. hehe ;)

taliff berkata...

wahahahahaha!!! Sangat Pelik Tuh! keh keh keh keh!!!

faridah nazurah berkata...

peliknya ada orang macamtu. hee :)

jom2 comment2 entry adik sy
http://faridaheizzati.blogspot.com/2011/07/saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

**::CIKNUURUL::** berkata...

hehe,..ingtkn nk pomot eyeshadow td bile tgk gmbr,.ohhoi,xsuke pkai trlalu tight cm akk matahari tu,.just simple n nice,sudahh,.kdg2 lupe nk pkai,.pkai tu pon kalo ade fnction pape,.huhu

Fathiah Hamim berkata...

gelakkan orang nombor satu eh kau. naseb baek aku tak reti pakai menda alah neh

kiz berkata...

hehe...tumpang gelak leh..tapi aku lagi gelak kalau ada yang pakai merah kat pipi tu..apa nama tah..kalau nipis tak per..ni tebal..

bibi bibo berkata...

hamboihh , x baek gelakkan org , ishhh

yatie Awang berkata...

ooo...gelak ek..hehehe..itulah kalau kita yg biasa pakai mcm tu, semua org gelakkan, tp kalau artis ok pulak...pelik tak pelik tak

syaz@rozelt berkata...

sebab tu sy takot nak pakai eyeshadow..takot nampak pelik..kena study dulu tutorial pkai eyeshadow dekat youtube..hihi

 
Related Posts with Thumbnails