Selasa, 19 Julai 2011

Jalan Raya Tak Selamat


Tiap hari pasti je dengar ada kemalangan berlaku di sana dan di sini. Kadang-kadang dalam 1 hari tu ada sampai 3 atau 4 kes kemalangan di jalan raya. Itu yang kita dengar daripada mulut orang. Kalau pergi ke hospital dan duduk di bahagian kecemasan atau kaunter, lagi kita tahu keadaan yang sebenar.

Aku pernah berada di bahagian kaunter kat hospital selama 3 jam sementara menunggu kawan aku mendapatkan rawatan. Sepanjang 3 jam berada di ruang menunggu tu, boleh kata hampir setiap jam pasti ada pesakit datang ke hospital kerana mengalami kemalangan jalan raya.

Semua jenis kemalangan aku boleh tengok sepanjang 3 jam tu, ada yang sampai diusung dengan katil dan berlumuran darah, ada juga yang boleh berjalan tapi muka serta anggota badan lain nampak cedera. Kemudian ada keluarga datang dengan tangisan kerana bimbang dengan keadaan mangsa.

Aku yang ada di hospital tu baru saja sedar bahawa memang banyak kes kemalangan berlaku. Itu baru 3 jam berada di hospital, kalau sepanjang hari ada di hospital, mungkin lebih banyak lagi yang dapat aku tengok.

p/s : Berhati-hati la di jalan raya. =_=
Comments
11 Comments

11 ulasan:

syarifahsidrus berkata...

semua tak selamat. nak salahkan siapa entah la kalau kemalangan jalan raya tu

Ezad Skytech berkata...

malang tu tak berbau..kat mana2 pon boleh kena kemalangan kan...kalau kat jalan raya tu..byk faktor penyebab kemalangan...kecuaian pemandu,
struktur jalan yg kurang elok pon boleh jadi penyumbang kpd kemalangan kan...

Syuxer berkata...

bila teknologi berkembang pesat,kadar kemalangan pasti meningkat..hehe

senyumSOYA berkata...

duk kat hospital mmg ngeri.. t try masok bilik mayat..hehheh

but saya rasa kebanyakan kemalangn sebab pemandu..mungkin ada faktor lain tapi yang pemandu pling menyumbang kpd kadar kemalangan..

GaRy™ berkata...

fuhh... seram sesangat lak... x nak aq duk lama2 kat sepital kalau dah macam tuh~.. T___T

nazirah berkata...

tu la ngeri kan
so berhati2 dan berhati2
adalah .. lngkh trbek sbnrny ;)

kiz berkata...

hakikat..semuanya dari sikap manusia dan takdir itu juga menentukan perjalanannya.

Bui Junaidi berkata...

sikap pemandu sekarang ni jd penyumbang kepada kemalangan2 jln raya..pentingkan diri,padahnya terkena dekat org lain..huhu

Fathiah Hamim berkata...

berhati-hati di mana jua anda berada. err

Najlaa 'Aqilah berkata...

bahaya ada kat mana2 je. tapi bila dekat jln raya kena extra careful jugak :)

sergeant keroro berkata...

malang tak berbau. tu la, kadang-kadang kita nak cepat jek gi mane-mane.

huhu

 
Related Posts with Thumbnails